Keselamatan Dari Kejutan Elektrik
Sebelum kita pergi jauh jom anime4nz men'share'kan sedikit pengetahuan yang perlu diketahui langkah-langkah keselamatan untuk memastikan kita tidak
terkena kejutan elektrik.
Di bawah
disenaraikan langkah-langkah yang perlu dipatuhi:
1. Jangan sesekali pegang wayar hidup dengan tangan.
Jangan pegang/sentuh 'live wire' dengan
tangan. Gunakan 'Test pen' atau 'Multimeter' untuk memeriksa sama ada talian
tersebut mempunyai tenaga elektrik atau tidak.
Plug didinding mempunyai tiga lubang.
Lubang di atas sekali dikenali sebagai bumi (Earth) dan wayar di
dalamnya berwarna hijau. Sebelah kanan dikenali sebagai hidup (Live) dan
wayarnya berwarna coklat. Sebelah kiri dikenali sebagai berkecuali (Neutral)
dan wayarnya berwarna biru.
![]() |
menunjukkan kedudukan wayar dlm plug 3 pin |
Sekiranya kita menggunakan peralatan
seperti Test Pen, hujungnya hendaklah dimasukkan pada lubang hidup dan hujung
jari kita memegang pangkal atau penutup Test Pen tersebut. Sekiranya lampu
menyala pada Test Pen maka ada aliran elektrik. Jika tidak menyala, pastikan
anda telah menghidupkan plugnya. Ujian juga boleh dilakukan pada lubang hidup
dan berkecuali, hasil ujian mestilah menyala. Kalau tidak menyala tandanya ada
kesilapan pendawaian atau tiada api/elektrik. Perlu diingatkan ujian arus elektrik untuk peralatan Test
Pen ada hadnya. Pada setiap peralatan Test Pen ada tertera voltan minima dan
maksima. Selalunya bermula dari 100V sehingga 500V. Jadi lampu hanya menyala
sekiranya voltan tersebut melebihi 100V. Sekiranya kita menguji talian voltan
sebesar 1000V, kita pasti akan terkena kejutan elektrik.
![]() |
cara betul guna test pen vs kadar voltan minima-maksima ditunjukkan |
Sekiranya kita menggunakan peralatan seperti
Multimeter, tombol perlu disetkan kepada arus AC sekurang-kurangnya menunjukkan
250V. Palam yang berwarna merah perlu dimasukkan pada lubang hidup dan palam
berwarna hitam dimasukkan pada lubang berkecuali. Sekiranya terdapat voltan
yang mengalir, jarum akan menunjukkan sekitar 230V.
Sekiranya kita tersentuh wayar yang hidup,
maka tangan kita secara automatik akan mengengam wayar tersebut. Ini kerana tindakan reflex yang membuatkan kita
mengengam wayar tersebut. Tidak ada manusia normal sengaja menyentuh wayar
elektrik hanya semata-mata untuk menguji sama ada talian tersebut berfungsi atau tidak.
Kadang-kadang (selalunya) kita terlupa membawa Test Pen, kita hanya membawa
peralatan pemutar skru (skru driver). Ini menimbulkan masalah apabila
kita perlu menguji plug ditempat yang tiada peralatan elektrik.
Bayangkan
scenario ini, anda pergi melawat pejabat baru dengan Pengarah. Sampai sahaja,
lampu pejabat akan dipasang. Bila lampu menyala, maka kita tahu pejabat
tersebut telah mempunyai bekalan elektrik. Tetapi anda tidak pasti sama ada
plug dipejabat tersebut berfungsi atau tidak. Tiba-tiba Pengarah bertanya “Mat,
plug dekat dinding tu boleh digunakan ke? Tetapi anda tidak membawa sebarang
peralatan untuk menguji plug tersebut. Test Pen pula tertinggal dipejabat dan
yang ada hanyalah kunci kereta. Nak jawap tak tahu sebab terlupa bawa Test Pen
pada Pengarah, alamatnya kena jeling. Jadi cara paling mudah, masukkan kunci
dilubang hidup, hidupkan plug dan pegang kunci tersebut. Kalau anda terkena
kejutan, maka sah 100% plug berfungsi dengan baik. TOLONG JANGAN BUAT KERJA
GILA. Kalau terpaksa juga (nak bodek Pengarah punya pasal), anda boleh sentuh
kunci tadi dengan belakang jari (BUKAN belakang tapak tangan). Sekiranya ada
kejutan elektrik, jari anda akan tergenggam dengan sendirinya dan seterusnya
menjauhi kunci tersebut.