klik atas

backlink

gambar laju

Saturday, October 8, 2011

Cara Ketahui Kiblat / Qiblat

Panduan cara ketahui waktu dan arah kiblat solat

TIPS WAKTU DAN ARAH KIBLAT SOLAT

Cara mencari kiblat tanpa menggunakan kompas memerlukan pengetahuan pembaca blog anime4nz dalam beberapa bidang ilmu. Antaranya ialah astronomi, geografi, dan matematik. Ia satu cara untuk mencabar minda pembaca budiman kerana anda perlu melihat, meneliti, menganalisis dan mengkaji fenomena alam. Untuk mendapatkan data yang tepat, pembaca budiman perlu menumpukan kesemua deria dalam pengajian. Walaupun ada cara moden untuk mencari kiblat, pembaca perlu didedahkan dengan cara tradisional agar ianya tidak pupus. Walaupun ada yang baru, yang lama tidak dilupai.

CARA KETAHUI ARAH KIBLAT DAN WAKTU SOLAT TANPA KOMPAS

Kiblat @ qiblat ! ! Benda apa itu??
Kiblat@qiblat merujuk kepada arah Kaabah. Kaabah terletak di Arab Saudi. Ia menjadi titik arah sembahyang bagi umat Islam. Ia juga simbol kesatuan umat Islam.
Firman Allah "Maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram (Kaabah)".
Tempat paling suci & mulia di sisi umat Islam. Ianya dikunjungi oleh jutaan orang setiap tahun.

Cara Pertama
Istiwa' A'zam : Istiwa' matahari atas Kaabah.

Istiwa' ialah keadaan matahari tepat di atas langit. Ia berlaku setiap hari. Waktu solat ditentukan oleh pergerakan ini.
Istiwa' A'zam hanya berlaku 2 kali setahun. :
28 Mei 5.16 ptg & 16 Julai 5.28 ptg.
Ia merupakan keadaan matahari tepat di atas Kaabah.

Arah qiblat : Pancangkan tiang tegak, bayang yang terhasil akan menunjukkan arah kiblat. Jika di dalam masjid, cahaya dari tingkap boleh diguna untuk membetulkan kiblat yang salah.

Cara Kedua
Buruj (gugusan bintang)
Firman Allah "Demi langit yang ada gugusan bintang".
Fokus kita pada Buruj Orion / Al-Babadour. Pada buruj ini terdapat tiga bintang yang berderet iaitu Mintaka, An-Nilam dan An-Nitak. Orion digambarkan seperti seorang pemburu.
Arah kiblat : Unjurkan arah 3 bintang berderet tersebut ke arah barat.

Cara Ketiga
Dalam keadaan luar biasa : Ketika kita tidak tahu di mana arah kiblat dan menentukan masuk waktu atau tidak.
Pada masa ini kita dikehendaki berikhtiar, berusaha dengan apa cara berpandukan apa saja yang dapat kita lakukan untuk menentukan arah kiblat dan meyakinkan masuk waktu dan kerjakanlah sembahyang dan yakinlah arah yang kita tuju itu adalah kiblat dan waktunya telah masuk.

Cara mengetahui arah kiblat bagi nelayan yang arah perahunya sering berubah?
Ketika mula hendak melakukan takbiratul ihram hendaklah menghadap ataupun menghala ke arah kiblat.
Selepas kita melakukan takbir, maka ketika itu terpulanglah kepada perahu itu apabila berpusing sekalipun dah tak ambil kisah dah, sebab sembahyang seperti ini merupakan sembahyang dalam keadaan darurat. Itulah cara kita menentukan arah kiblat bagi kenderaan yang bergerak dan berpusing.


CARA DAN KAEDAH MENENTUKAN WAKTU SOLAT 5 WAKTU

SUBUH
Waktu Masuk : Mulai terbit fajar Sodiq
Waktu Akhir : Terbit matahari (Syuruk)
Rasulullah bersabda "Barangsiapa yang mendapatkan solat subuh satu rakaat sebelum terbit matahari maka dia telah mendapatkan solat subuh"

ZOHOR
Waktu Masuk : Tergelincir matahari ke barat iaitu apabila sesuatu benda mempunyai bayang di sebalah timur.
Waktu Akhir : Bayang sesuatu benda sama panjang dengan ukuran asalnya.
Jabir bin Abdullah meriwayatkan yang bermaksud 'Nabi saw didatangi Jibril as, dan berkata : 'Berdirilah dan bersolatlah'. Maka beliau solat zohor ketika matahari tergelincir.

ASAR
Waktu Masuk : Apabila bayang sesuatu benda sama panjang dengan ukuran asalnya.
Waktu Akhir : Apabila matahari terbenam seluruh bulatnya.
Rasulullah bersabda :"... dan barangsiapa mendapat satu rakaat dari solat Asar sebelum matahari terbenam maka dia telah mendapat solat Asar".

MAGHRIB
Waktu Masuk : Apabila matahari terbenam seluruh bulatnya.
Waktu Akhir : Hilang merah dikaki langit.
Rasulullah telah bersabda :"Waktu maghrib adalah selama warna merah belum hilang".

ISYAK
Waktu Masuk : Hilang cahaya merah dikaki langit.
Waktu Akhir : Terbit fajar Sodiq.
Rasulullah telah bersabda :"Waktu maghrib adalah selama warna merah belum hilang".

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online