klik atas

backlink

gambar laju

Monday, February 5, 2024

Jemput Covid 19 Datang Ke Rumah

Sudah lama kita tidak mendengar update terbaru mengenai covid-19 ini ya.. Masihkah kita ingat tragedi covid 19 melanda negara kita. terus 'shutdown' lumpuh negara apabila virus covid 19 ini melanda. sehinggalah kita terpaksa mengambil DOS SUNTIKAN . PERTAMA .. KEDUA.. dan ada yang sehingga KETIGA (booster) untuk kita menghentikan wabak ini dari merebak.

Al kisahnya hari Rabu 13hb Disember, 2023 dapat panggilan dari cikgu. Anak yang duduk di asrama positive covid 19. Allahu. tak terkata apa. Sekarang. procedure sekolah memang macam tu. Kena ikutlah. Sesiapa anak yang bergejala kene ambil buat balik kuarantin dan saringan di rumah. Waktu sekarang budak SPM hendak menjalani peperiksaan. Cuti sekolah dah pun akan bermula 2 hari lagi. Hendak buat apa ? . BUAT BALIK???? DOH (bahasa terengganu dalam keadaan geram la juga)..... Anak2 lain duk di rumah ramai jugak tu nok buat kira lagu mane?... Warden Asrama bagitahu...dulu masa tidak merebak lagi 14 orang pelajar positive tidak termasuk anak saya. Sekarang.. Termasuk anak positive sudah mencecah 42 orang..Pikir pikir...thiNk...Tik tok tik tok.... Dokdang la pulok buka akaun tiktok #naim8osman tekoh tu. Mase jalan wehhhh

Jadinya NAK tak NAK. Dokkang nok anak kesakitang demam sorang diri nung dalam bilik pengasingan kat sekolah nung. Papa ya kena la berkorban juga untuk permasalahan orang ramai ni op...SO.... Call pejabat Kabo EL 2Hari..RABU dan KHAMIS. G la ke sekolah. Singgah ke 7E beli mask (Ingak ke dop payoh paka doh dan dok jual leni op). Jangan kabo wakpe dok beli keda 2ya ye... Singgoh doh weiiii... Xdok sutir habuk mask.. Sambung... Di 7E beli mask, mask pulok hok besar je ader. Untuk dewasa ah. Doh kene mikir ke anok laen jugok.. Kena beli gok hok mask budok. Tengok balik di rak... ADA.. ade hok mahal je hok budok. Beli la jugok. 2 Spray sinitaze, 2 hand sanitizer, banyok kakloh... TOTAL ...RM$$

Wak balikla anak ke rumah.. Kurung dalam satu bilik perasingan

Ehh.. Napok segorla pulok bila duduk di rumah... Kater demam gigil ke dirri masa di asrama.. Ni rasa panas je.. Dok supper macang duduk di asrama.. Sabor je lah.. Test covid masih positive, Guna tester covid yang dibekalkan oleh PM terdahulu bagi dalam kotak mysejahtera tu. Hok ada ye tulih #keluargamalaysia tuuu.. Sapa dok guna lagi kalu dapat ? Guna je la...

Start berkurung dohla di rumah. Semuanya. Kire dok ATO dohla anok hok laen ke sekolah hari khamis tu. "CLOSE CONTACT" kalu ikut procedure dulu laa.. procedure leni xdok starang update apa2 dari KKM. Jem.. Ikuk hok dulu la opp. Cuma dapat info skek2. Covid-19 leni ganaz. Pelik skek. Ari pertama dokleh detect la. Pah 3 hari baru detect. Assudoh... Tapi dok test lagi ke diri ini . Hari Rabu/Khamis tu.. Cuma malam tu saya dah terasa macam ada sesuatu benda merayap dalam tubuh ooo.. Ia mari beloh belakang... AIIIIIIII adekahhhhhh.. tak selesa.

KES COVID SEMAKIN MENINGKAT. Ade peningkatan di Terengganu.. Malaysia. Koho / Semakin merah semula.. Berita di FB, wasap ... Kini duduk merayap-rayap dalam grup.

Order dengan shoppee test kid covid-19 25 kotak.. TOTAL ...RM$$

Cukup 3 hari. Hari SABTU TEST 16hb Disember, 2024. SAH... SAYA POSITIVE COVID 19. Hok lain serumah negative belake. Ohhh. Inilah risiko yang kita kene hadapi bila jemput covid 19 datang ke rumah tuan puan. JANGAN AMBIL MUDAH. TAPI... NOK DOK NOK kena telan juga kalau melibatkan hal keluarga. Kannnnnn.. Ke guana sek mung

Eh panjang pulok doh cerita. Lame doh dok karang gini dalam my blog anime4nz ni serupa zaman dulu dulu. hari nie berpeluang mencurahkan sedikit pengalaman terkena penyakit covid 19. Satu virus yang sebelum ini membuat kita ketakutan sehingga negara darurat... sekatan daerah, sekatan negeri, sekatan negara... hanya berkurung di dalam rumah. jika perlu keluar rumah perlu pemakaian mask lengkap dan perlukan kebenaran dari pihak berkuasa yang menjalankan sekatan. YANG PASTI .. Kita tidak mahu lagi menjalani kehidupan sebegitu... Inn Syaa Allah

Pendek cerita.. Eh apa kisah doh apps mysejahtera sekarang. Kena install semula kah ? Kena update kah ? Godek semula la. Kena lapor diri ke mysejahtera. Bertambahlah seorang lagi mangsa covid-19 di Terengganu. Masa ni baru ada keluar procedure terbaru menghadapi covid 


PERTAMA : Test bila ada gejala

Molek  test hari pertama. nok2 hok ada gejala betul-betul. Demam, loya, sakit tekak, etc. Tapi nak comfirm hari ke 3. 

Kes saya.. 

Amik anak yang positive hari rabu.. Khamis Jumaat. Sabtu test... lekat POSITIVE COVID 19. huhu

Hari Ahad test lagi.... NEGATIVE... alhamdulillah selamat.... tapi saya masih was-was

Hari Isnin test lagi.... Ada 2 jalur tetapi samar - samar.... maknanya masih ADA

Hari Selasa test lagi.... YA ... JELAS . POSITIVE..


KEDUA : Laporkan bila ADA = POSITIVE dalam mysejahtera

Report covid-19

Bacaan tekanan darah (ada stenby beli dah)

Bacaan oksigen (dalam kotak mysejahtera ada)

Bacaan nadi (dalam kotak mysejahtera ada)

Bacaan demam (dalam kotak mysejahtera ada)


KETIGA : Asingkan


KEEMPAT : Tempoh perasingan 5 hari. Tambahan 5 hari lagi menjadi 10 hari dari tarikh positive covid-19 untuk recover / boleh keluar dengan mask dan tidak bercampur dengan orang awam. Elakkan tempat sesak dengan orang ramai. 


Begitulah kepahaman saya lebih kurang untuk rujukan anda semua dan saya semula akan datang.


Order shoppee FOG MACHINE .. Semburan kabus sinitize. perasap satu rumah dan kereta. 

TOTAL ...RM$$


Berakhirnya cerita bagaimana saya jemput covid 19 ke rumah.


Akhir kalam. Ianya belum berakhir. Memang tak ada demam. Gejala loya, muntah tiada bau semuanya tiada. CUMA. satu sahaja. SAKIT BELAKANG.  Serupa merayap rayap di belakang. Bila ia start merayap-rayap. Terasa sakit tubuh, lenguh.. tak senang duduk. Ka sakit lain???? Asssudah... Semoga dijauhi dari penyakit-penyakit yang kita tidak pernah ketahui.

Semoga dipermudahkan urusan kita semua dan doakan kita semua dengan kesihatan senantiasa...

aamiiN

Inn syaa Allah. Ma'as salamah wa ilal liqo'

Assalamualaikum wbt

Terima kasih baca sampai habis. d N

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online