Korang semua minat dengan adventure tak ? Korang suka tempat tinggi ? Ingin rasai keseronokan berjalan dari pokok ke pokok dengan hanya menggunakan seutas tali / kabel ? Kali ni anime4nz nak kongsikan satu pengalaman yang korang boleh lakukan di Skytrack Adventure di Terengganu Darul Iman. Konsep ni di luar dah pun mulakan, so kiranya barula lagi bertapak di Terengganu. Bolehlah korang cuba-cuba ya di sini.
Biasanya kalau nak main mende-mende ginim, kena gi jauh-jauh. Terip ni kita main di Marang, Terengganu. Tranung la Boh !
Siapa tahu apa itu " Skytrack Adventure " ? Sky track adventure adalah aktiviti yang dilakukan di atas pokok. Macam lalu jambatan gantung atau bahasa mudah cabaran meniti atas tali yang tergantung di awangan ( High Ropes Course Adventure ), Musang Terbang ( Flying Fox ), Kanopi Jalan ( Canopy Walk), Abseiling dan sebagainya.
Skytrack di Terengganu ada 2 peringkat. Boleh pilih untuk dewasa ( Advance Adventure ) mahupun kanak-kanak ( Litle Adventure ). Cabaran dia hampir sama cuma ketinggian dia je berbeza.
Di SkytrackGanu ada lebih kurang 8 adventure / cabaran yang korang akan laksanakan. Bermula dengan naik tangga. Jangan mudah patah semangat pada permulaan. Cabaran lain korang kena cuba try dan habiskan lah ya, hehe. WASAP SKYTRACKGANU untuk rasainya pengalaman nie sekarang.
Oh lupa nak bagitahu, Sebelum kita melalui cabaran-cabaran itu, kita akan diajar oleh instructor mereka yang pakar. Mereka akan mengajar cara pakai alat keselamatan di badan kita, cara nak sambungkan peralatan-peralatan, cara menggunakannya, cara nak kunci peralatan itu supaya kita selamat ketika menjalani cabaran di skytrack terengganu ini.
Tips untuk melakukan aktiviti Skytrack Di Terengganu
1. Pakai pakaian yang longgar dan selesa
Alasan : Jika tersilap pakai seluar jeans susah dan melambatkan pergerakan di atas trek.
2. Kasut ( perkara yang paling penting ) Gunakan kasut sukan dan pastikan berkasut ! !
Alasan : Jika pakai selipar atau sneakers, kaki akan terasa sakit bila pijak halangan-halangan bertali dan kabel disebabkan tapak yang nipis. ~ jangan hairan dan terperanjat anda tak dapat bermain skytrack di Terengganu jika tak berkasut ya.
Pengalaman pengunjung di SkytrackGanu - Skytrack Adventure di Terengganu Darul Iman
Ni first dan LAST aku main mende ni....
Masa duduk kat bawah rasa macam rendah je. Tapi bila naik atas... Rasa macam nak turun balik... Tak nak main dah... 😂😂..
Dan ramai yang bila sampai hujung. Ramai yang bagitahu, serik doh main, ketor lutut, debbor, gayat, Ade belaka boh...
Tapi... Itulah CABARAN dan PENGALAMAN kalau korang cuba High Rope Element macam skytrack ini. Memang mencemaskan, tapi inn syaa Allah selamat. Peralatan keselamatan lengkap dan jurulatih / krew pun terlatih belaka.
Kalau berhajat nak try atau nak buat program di SkytrackGanu, boleh masuk dalam group bawah ni dulu ya.
Kalau ada sebarang pertanyaan boleh wasap nombor di bawah
OPEN DAY * SKYTRACKGANU KHALEEDA
Tarikh : 04HB - 06HB, NOVEMBER 2021 [ * Akan Dibuka ]
Hari : KHAMIS - SABTU
Masa : 9pagi - 1ptg
Harga : Dewasa RM50, Kanak-kanak RM30 ( 8 ElemeN )
Lokasi : Khaleeda Lodging and Recreation Centre, Gong Nangka, Marang, Terengganu
SLOT TERHAD ..... Kalau berhajat boleh wasap ya . WASAP SKYTRACKGANU
Rasailah pengalaman berharga ini di Sky Track Terengganu. Sebelum tu persiapkan diri dulu dan jangan lupa tingkatkan stamina sebelum pergi berjuang ya.
Korang ada pengalaman tak ? Komen dan kongsilah ya.. Terima kasih support blog ni. N
No comments:
Post a Comment