klik atas

backlink

gambar laju

Monday, August 11, 2014

daerah kuala nerus

DAERAH BARU KUALA NERUS TUNGGU KEPUTUSAN KABINET

Usaha kerajaan negeri untuk menjadikan Kuala Nerus sebagai daerah pentadbiran ke lapan di Terengganu sudah sampai ke peringkat akhir.

Kuala Nerus akan diwartakan sebagai daerah penuh setelah mendapat keputusan kabinet, kata Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abdu Rahman.

“Keputusan daripada KSN (Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa) kita sudah dapat, tiada masalah. Soal perjawatan sudah selesai, cuma tunggu keputusan kabinet,” katanya kepada media semalam.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Kuala Nerus di Gong Badak. Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Dato’ Basir Ismail dan Naibnya, Apli Yusoff.


Ahmad Razif yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus berkata, kerajaan negeri telah meluluskan bajet sebanyak RM40 juta tahun ini sebagai persiapan awal dengan mewujudkan infrastruktur asas seperti sistem saliran dan laluan masuk ke kawasan pentadbiran daerah baru itu.

“Tahun depan, kerajaan negeri akan keluarkan bajet untuk membina bangunan pentadbiran baru iaitu Pejabat Daerah Kuala Nerus.

“Kita juga sedang memohon kepada kerajaan persekutuan untuk membina kompleks atau bangunan pentadbiran kerajaan persekutuan yang menempatkan jabatan-jabatan kerajaan pusat.

“Minggu depan Dato’ Seri Abdul Wahid Omar (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri) akan datang ke Terengganu untuk berbincang mengenai rangka RMK-11 (Rancangan Malaysia Ke-11). Salah satu yang akan kita utarakan ialah soal pembangunan daerah Kuala Nerus,” ujarnya.

(KOPERAT berharap projek Taman Koperat Peradong, Manir akan terus mendapat sambutan) www.koperat.com.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online