klik atas

backlink

gambar laju

Saturday, January 26, 2013

Bertuah Jadi Umat Muhammad SAW

SABAN tahun, menjelang Rabiulawal, umat Islam seluruh dunia akan tersemat dalam kotak minda masing-masing dengan satu peristiwa terbesar berlaku di atas muka bumi ini. Peristiwa tersebut telah membawa keamanan sejagat buat semua makhluk, iaitu kelahiran junjungan besar Muhammad SAW yang tercinta.

Perutusan Baginda SAW hakikatnya telah membawa kerahmatan dan manfaat kepada semua manusia, haiwan, jin dan para malaikat.

Firman ALLAH SWT dalam Surah al-Anbiya’, ayat 107 yang bermaksud: Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu (wahai Muhammad) kecuali sebagai rahmat seluruh alam".

Justeru, kita yang mengakui umat Baginda SAW mestinya sentiasa mengucapkan selawat dan salam buat Baginda SAW dengan berazam untuk menuruti setiap Sunnahnya dalam kehidupan seharian kita. Hal ini kerana Bagindalah makhluk dan insan yang paling agung pernah diciptakan ALLAH SWT.

Kita percaya seyakinnya tindakan dan pertuturan yang ditunjukkan Baginda SAW pasti mendatangkan manfaat besar kepada manusia seluruhnya.


Hal ini demikian kerana setiap apa dikeluarkan daripada Nabi Muhammad SAW tidak lain dan tidak bukan merupakan wahyu ILAHI semata sebagaimana maksud Surah an-Najm, ayat 4: "Segala yang diperkatakannya itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya". Namun menjadi realitinya, Sunnah Rasulullah SAW dianggap remeh dan dipandang sepi oleh segelintir umat Islam dewasa kini. Ada menganggap ia sebagai suatu perkara biasa sahaja yang dilakukan oleh seseorang manusia yang tiada bezanya dengan amalan-amalan lain. Ada yang malu meniru amalan Sunnah Baginda SAW.

Mungkin ada juga segelintir yang leka dengan kesibukan hedonisme dan materialistik duniawi sehinggakan sanggup menjadikan manusia lain sebagai idola kehidupan.

Sebagai contohnya, seseorang yang menjadikan individu tertentu yang jelas terpesong akhlak dan budi pekertinya seperti berpakaian tidak menutup aurat, bertutur dengan bahasa yang kesat, menghina sesama sendiri, suka menabur fitnah yang tidak bernoktah, mengamalkan pergaulan bebas lelaki perempuan bukan muhrim, terjebak dengan gejala negatif serta perkara memabukkan, terpengaruh dengan budaya Barat yang kuning dan hitam serta pelbagai lagi kebejatan sosial pada akhir zaman ini.

Maka kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW perlu menuruti apa yang diungkapkan oleh Baginda melalui hadis sahih dalam Sunan Ibnu Majah yang bermaksud: "Hendaklah kamu beramal dengan Sunnahku dan Sunnah Khulafa’ ar-Rasyidin al-Mahdiyyin".

Menjadi persoalan sekarang, adakah kita umat akhir zaman ini mengenali susuk tubuh, tingkah-laku, perkataan, perbuatan dan sifat-sifat Baginda dengan sebaik mungkin? Adakah nanti pada hari akhirat kelak dapat kita mencari individu teristimewa, iaitu Nabi Muhammad SAW dengan mudah dan cepat?

Bagaimana kita hendak mengecamnya jika di dunia ini pun kita tidak mengambil endah dan peduli dengan Sunnah Rasulullah SAW? Mudah bagi kita untuk menghafaz lirik lagu ‘Gangnam Style’ daripada membasahi lidah kita dengan lafaz selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Selain itu, ada yang menghina Baginda SAW melalui lukisan, tulisan, cemuhan, kata-kata nista serta yang paling menyayat hati adalah tidak mengikuti perintah ALLAH SWT dan rasul-Nya dengan sikap sambil lewa sahaja.

Justeru, bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada awal tahun ini, marilah kita memperbaharui niat kita sekali lagi dengan berazam bersungguh-sungguh untuk membudayakan Sunnah dan amalan Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

Ikutan Sunnah sebegini mampu dijadikan titik tolak perubahan kepada maklum balas wasiat terakhir Baginda SAW pada saat-saat kewafatannya yang mengungkapkan lafaz: ‘Ummati..Ummati..Ummati’. Sedarilah betapa kasih sayang Baginda SAW terhadap umatnya bukanlah terhenti setakat itu sahaja, pada hari akhirat kelak dianugerahkan syafaat Baginda untuk masuk ke syurga nanti. Oh! Alangkah beruntungnya menjadi umat Nabi Muhammad SAW.

Anime4nz vs Keluarga Avail : Selamat Menyambut Maulidul Rasul 1434M (Hari Keputeraan Nabi muhammad SAW)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama