klik atas

backlink

gambar laju

Friday, April 8, 2011

9 Asas Haram Poco-Poco

IPOH - Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan tarian poco-poco haram pada mesyuarat fatwa negeri itu kali ke-186 yang bersidang pada 24 hingga 26 Januari lalu setelah mengambil kira sembilan asas termasuk soal akidah dan kepercayaan.

Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria berkata, walaupun tarian itu dilihat sebagai penjagaan kesihatan oleh beberapa pihak namun, sebarang amalan dan perlakuan yang meragukan sewajarnya dibendung dan ditinggalkan.

"Adalah lebih selamat dan lebih berhati-hati dengan cara menjauhkan diri daripada menyerupai mereka.

"Lebih-lebih lagi setelah mengetahui asal usul poco-poco yang mempunyai unsur keagamaan dan pemujaan roh, sebagai beramal dengan hadis,"

Asas Pengharaman

1. Dalil Al-Quran, surah Al-An'am ayat 153.

2. Dalil Al-Quran, surah Al Isra' ayat 36.

3. Dalil dari hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abi Sa'id Al Khudri Sesungguhnya Nabi bersabda "Kamu akan benar-benar mengikut sunnah-sunnah (jalan hidup) orang yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka memasuki lubang dhob sekalipun nescaya kamu mengikutinya".

4. Nabi Muhammad SAW memperingatkan sekalian orang yang beriman agar sentiasa mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan, tindakan dan perlakuan yang menyerupai orang kafir.

5. Penjagaan aqidah dan kepercayaan Umat Islam lebih penting daripada kesihatan mereka. Justeru itu, sebarang amalan dan perlakuan yang meragukan sewajarnya dibendung dan ditinggalkan.

6. Walaupun pelbagai nama, panggilan atau sebagainya diberi kepada tarian dan senaman poco-poco dengan penjenamaan yang lain, walhal pada hakikatnya ia sebenarnya tarian dan senaman poco-poco itu sendiri, maka ia tetap diharamkan.

7. Pengharaman berasaskan Kaedah Saddu al-Dzarai'e iaitu menegah melakukan perkara yang harus kerana bimbang perkara itu membawa kepada yang haram.

Pada umumnya tarian dan senaman tersebut dilaksanakan bercampur lelaki dan wanita yang bukan mahram, tidak menutup aurat seperti mana yang ditetapkan menurut Syarak dan dibuat di tempat terbuka.

8. Pengharaman berlandaskan alasan Ihtiati (teliti dan cermat).

9. Adalah lebih menyelamatkan keadaan sekiranya kita menggunakan tarian atau senaman yang jelas cocok dengan agama, budaya dan warisan bangsa kita sendiri daripada meniru dan memperlakukan sesuatu perbuatan yang boleh menimbulkan keraguan dan kecelaruan.


Jangan sampai umat Islam keliru

NAMPAKNYA umat Islam negara kita terus diuji secara bertalu-talu dan secara berterusan di mana satu demi satu perkara menjadi isu dan perlu dibuat perhitungan antara halal dan haram. Belumpun reda isu makanan halal di hotel yang kecoh seluruh negara sebelum ini, kini kita dikejutkan pula dengan isu pengharaman tarian poco-poco di negeri Perak.

Keputusan seumpama ini terus mengundang pelbagai kontroversi dan cakap-cakap di mana sehingga sekarang hanya negeri Perak sahaja yang menguatkuasakan pengharaman ini. Sebaliknya negeri-negeri lain belum mahu membuat sebarang keputusan yang muktamad dan lebih suka untuk mengambil jalan tunggu dan lihat serta dilaporkan akan membuat kajian yang mendalam selepas ini.

Pada masa yang sama, Majlis Fatwa Kebangsaan juga dilaporkan tidak mahu terburu-buru. Menurut pengerusinya, Prof. Tan Sri Dr. Abdul Shukor Hussin, buat masa ini belum ada cadangan untuk mengharamkan tarian tersebut di peringkat nasional, sebaliknya akan mengadakan kajian menyeluruh terlebih dahulu walaupun pengharaman telah dilaksanakan di negeri Perak.

Situasi yang tidak menentu sebegini dilihat mula mencetuskan pelbagai tanda tanya dalam kalangan umat Islam seluruh negara. Hal ini kerana tarian poco-poco yang berasal dari Filipina ini dilihat telahpun mencetuskan satu fenomena baru di negara kita.

Sebut sahaja apa bentuk program kesihatan mahupun kecergasan baik di peringkat nasional mahupun di peringkat kampung tarian poco-poco dilihat sudah menjadi acara wajib sebagai platform senaman dan dengan mudahnya dapat menarik minat para peserta program terbabit.

Justeru pengharaman tarian ini sekali lagi menyebabkan umat Islam dilanda perasaan was-was dan tidak pasti sama seperti dalam kes makanan halal di hotel tempoh hari.

Maka kita berharap sangat agar pihak yang bertanggungjawab seperti Majlis Fatwa Kebangsaan, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) segera membuat satu keputusan yang muktamad yang seragam.

Seterusnya hebahkan keputusan itu untuk pengetahuan seluruh umat Islam di negara ini agar isu tarian poco-poco ini dapat diperjelaskan dengan sewajarnya.

Sesungguhnya soal halal dan haram ini adalah suatu perkara yang perlu diseragamkan penguatkuasaannya, dan bukan terhad kepada amalan di sesebuah negeri tertentu sahaja secara berasingan mengikut kuasa masing-masing. Ia melibatkan kepentingan awam dan agenda nasional yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

Andai ia jelas haram maka perkara ini perlu dimuktamadkan dan dilaksanakan secara tegas di seluruh negara. Sebaliknya jika ia didapati tiada masalah dari segi hukum Islam maka ia juga perlu diperjelaskan dan diseragamkan di semua negeri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online