klik atas

backlink

gambar laju

Tuesday, July 22, 2014

Misteri 17

Kuala Lumpur ; "Apa yang berlaku dengan MH17 tiada kaitan dengan nombor itu tetapi ia hanya kebetulan"

"Umat Islam kena jaga, ia kepercayaan bidaah dan khurafat, bukan ajaran Islam,'' kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Datuk Nooh Gadut ketika dihubungi.

Beliau mengulas tindakan segelintir masyarakat yang suka mengaitkan angka 17 dengan kejadian insiden pesawat MH17.

Angka 17 mula menjadi viral dalam laman sosial kononnya mempunyai nilai tersendiri.

Friday, July 18, 2014

Berita Malaysia Airlines - MAS 17 (MH 17) TERHEMPAS

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) hari ini menjelaskan bahawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal  - berada dalam pesawat Boeing 777 yang terhempas di Ukraine semalam semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

MAS menjelaskan bertentangan dengan kenyataan sebelum ini, penerbangan itu membawa sejumlah 283 penumpang, termasuk tiga bayi, pelbagai warganegara dan 15 anak kapal warga Malaysia.

Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan sebelum ini berkata bahawa pesawat malang penerbangan MH17 itu membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Sesetengah warganegara penumpang masih belum dikenal pasti, kata MAS.

Tuesday, July 15, 2014

erti CINTA dan PERKAHWINAN

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

Monday, July 7, 2014

resepi sebulan berbuka puasa di bulan Ramadhan

RESEPI SEBULAN BERBUKA TAK PAYAH PENING-PENING DI RAMADHAN

Menu:
1. Ayam Panggang Bermadu
2. Udang Masak Serai Wangi
3. Ikan Siakap Kukus
4. Ikan Masak Berlada
5. Ikan Kerapu Masak Asam Manis
6. Ayam Masak Cendawan Ala Cina
7. Pajeri Nenas
8. Mee Hailam
9. Ketam Bertelur
10. Ayam Kepak Masak Minyak Bijan
11. Nehari (Kari Kambing Kashmir)
12. Ikan Tiga Rasa
13. Ikan Pari Lemas!!!!
14. Tandoori Kurau
15. Tom Yam
16. Nasi Ayam Hakka
17. Mee Rebus
18. Gulai Tempoyak Ikan Kembung
19. Ayam Golek Seri Pahang
20. Kari Kepala Ikan
21. Black Pepper Steak
22. Gulai Tempoyak Ikan Kembung
23. Asam Pedas Tumis (Melaka)
24. Soto Ayam
25. Nasi Paprik
26. Nasi Dagang
27. Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)
28. Gulai nenas ikan kering orang utara
29. Ayam Bercili masak ketumbar
30. Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style
_

Monday, June 30, 2014

cara buang atau hapuskan sarang tebuan dan lebah

Operasi di Ambang Ramadhan 2014 datang lagi...

kali ni sarang tebuan dan lebah menjadi  mangsa... bukan kena sengat tapi sebaliknya.... sebelum ada orang lain terkena baik kita buang dulu agar tak terkena kepada anak-anak kita betul tak.


ada cara tak nak buang sarang lebah ni ?....

ada cara tak nak buang sarang tebuan ni?....

Itu je persoalan yang sering bermain di fikiran kita bila ternampak sarang tebuan atau lebah di kawasan atau dalam rumah kita.

Ada beberapa cara untuk membuang sarang tebuan dan lebah ni.....

Friday, June 27, 2014

pesanan akhir Allahyarham Dato' Ustaz Abu Bakar Chik

Pesanan terakhir daripada Allahyarham Dato' Ustaz Abu Bakar Chik sebelum kemalangan ketika berucap di program "Santai Anak Muda Bersama Murabbi" di Laman Budaya Taman Tasik Shah Alam, malam 22 Jun, 2014.

Dalam ucapannya itu;

Beliau mengingatkan bahawa anggota jemaah perlu berperanan mengatur strategi untuk kepentingan Islam dan bukannya untuk diri sendiri.

"Kita nak selesaikan kehidupan dengan syariat," ujarnya.

Sunday, June 22, 2014

Tip Pembelian Rumah

Jom kali ini kita lihat- lihat tips pembelian rumah untuk para pembaca blogger anime4nz, mana tahu dalam diam-diam ada keinginan untuk memiliki rumah sendiri.... bolehlah lihat dan pahami dulu basic atau perkara asas dalam pembelian rumah ni...

kalu nak lebih-lebih dan ramai yg berminat bolehlah anime4nz cuba-cuba serapkan dalam penulisan akan datang...


Saturday, May 24, 2014

cara mandi wajib yang betul

MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?

Jangan Pandang Remeh Bab ni.....

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.


Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.


Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.


“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .


Friday, May 9, 2014

cara buang atau uninstall ads / adware / spam / malware / pop-up

Baru - baru ni saya dah diganggu dengan adware / iklan apabila buka laman web.... Dok sedap sungguh melayari laman web bila benda alah tu ade... salah terklik kan... ke penuh iklan yang mengarut datang.... lain la jika laman web tu memang pasang iklan tu...

nama benda alah ni ialah "Ads not by this site" nama pun dah pelik dan memang susah nak buang. sakit hati betul, sampai nak buat posting pun kena ganggu dengan program adware ini.

saranan awal jangan sesekali terus pangkah ads tersebut..... sebab sekarang ads dah bijak.... klik tandanya ber'setuju'.....  ingat tu.... gunakan butang ALT+F4 untuk membuangnya... ok

kepada anda yang ada masalah ini, anime4nz cadangkan anda melawat laman web ini untuk mengetahui cara untuk membuangnya. saya memang dah cuba dan terbukti berjaya.....

selamat berjaya juga ya....


Thursday, March 20, 2014

Skim Myhome 2014 bagi Subsidi Rumah RM30,000

Kerajaan akan menawarkan bantuan subsidi maksimum sejumlah RM30,000 bagi membeli rumah kos rendah kepada rakyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah menerusi program perumahan yang dikenali sebagai “Skim MyHome”
Skim My Home itu akan dilancarkan 1 April ini dan program yang membantu rakyat itu akan mensasarkan pembinaan 10,000 unit rumah bagi tahun 2014


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat pertama Majlis Perumahan Negara, yang dipengerusikan beliau sebelum ini.
Beliau berkata mesyuarat juga bersetuju memperuntukkan RM300 juta tahun ini bagi menjayakan program berkenaan, yang disasar untuk melibatkan 10,000 unit rumah.
Katanya menerusi program itu, subsidi akan diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli pada harga rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri.
"Misalnya kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat itu di bangunan Perdana Putra di sini-BERNAMA

Friday, February 21, 2014

cara bunuh nyamuk



CARA BUNUH NYAMUK (BUATAN GENIUS)
==========================
Bunuh nyamuk di sekitar rumah versi genius. Cubalah.

Bahan-bahan :

• 200 ml air
• 50 gram gula merah
• 1 gram ragi
• botol plastik saiz besar

Langkah-langkah:

1. Potong botol plastik ditengah-tengah. Simpan bahagian atas/mulut botol.
2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga sejuk kemudian tuangkan ke dalam potongan bawah botol.
3. Masukkan ragi. Tidak perlu dikacau. Tujuannya untuk menghasilkan karbon-dioksida.
4. Masukkan potongan botol bagian atas sebelum ini dengan posisi terbalik seperti corong.
5. Lilit keliling botol dengan tape hitam atau kain, bukan di bahagian atas botol dan letakkan di bahagian sudut rumah.

Dalam dua minggu, anda akan melihat sejumlah besar nyamuk yang mati di dalam botol.

Selamat mencuba.

Saturday, January 18, 2014

Kenangan anda zaman budak-budak

Apa kenangan anda zaman menjadi budak-budak?

1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.

2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle' , rasa hebat.

4. Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.

5. Lukis burung guna huruf 'm' dan 'v'.

6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

7. Masa kecil fikir bentuk hati macam bentul 'love'

8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.

Wednesday, January 15, 2014

Rumah Berkembar 1 Lapis di Banggol Peradong, Manir, Kuala Terengganu

Pemaju Perumahan

Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn. Bhd.
(KOPERAT)

Rumah Berkembar 1 lapis

Banggol Peradong, Mukim Belara, Manir, Kuala Terengganu

28 unit

35' x 75'

RM 250,000.00 - RM 305,600.00

www.koperat.com.my

facebook / koperat








pujian ke akhirat

RUGI TAK BACA

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat 5A UPSR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

Dulu saya dapat 7A dalam PMR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online