Sehingga
kini, telah direkod / dikenalpasti terdapat sebanyak 360 jenis silat yang
diamalkan dan mempunyai pengikut terutamanya di Malaysia. Wow...Banyak betul tu
Tapi tak semua jenis silat tu kita ketahui atau biasa dengar sebab ada yang
terdapat di negeri2 dan kawasan tertentu dan tak ada kat tempat lain.
Pengamal ilmu persilatan daripada mana-mana aliran pula sememangnya mempunyai
kemahiran dan ada yang telah menguasai lebih daripada 1 jenis ilmu persilatan.
Ini sama ada kerana minat atau ingin menimba lebih banyak pengalaman dan
kemahiran oleh sebab setiap silat mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Dalam
gerak jurusnya pula gerakan tubuh adalah bebas saja baik ke hadapan, ke
belakang, ke kanan, ke kiri, dengan gerak lurus atau gerak sendeng atau rencong
semua boleh dan bebas belaka mengikut situasi serta tempat bergelut serta
keselesaan diri manusiawiyahnya. Kedudukan dan pergerakan tuboh juga bebas
tidak terikat dengan satu-satu kaedah kedudukan persilatan sahaja, ia
menggunakan gerak manusia sejatinya – boleh bertukar bila-bila masa saja asalkan dirinya
selesa untuk membuat belaan, serangan atau LARI.
Kedudukan
tubuh juga mengikut situasi tempur atau pergelutan dan situasi tempat bertempur
samada di kawasan lapang, kawasan sempit, di darat, di air, di bukit, di lembah
dan sabagainya dengan kedudukan dan gerakan sama ada baring terlentang,
terlungkup, berbaring pada lambong kiri atau kanan, keadaan bersila, bersila
panggong atau pun bertinggong, duduk berlutut, berdiri dalam keadaan
berbongkok, berdiri berkekuda atau berdiri tegak lurus terpacak sahaja atau pun
apa saja kedudukan biasa manusianya ia tetap boleh bergelut atau bertempur jika
diserang oleh musoh ketika itu dengan menggunakan seluruh alam diri
persilatannya. Wallahu`alam.