klik atas

backlink

gambar laju

Monday, August 11, 2014

daerah kuala nerus

DAERAH BARU KUALA NERUS TUNGGU KEPUTUSAN KABINET

Usaha kerajaan negeri untuk menjadikan Kuala Nerus sebagai daerah pentadbiran ke lapan di Terengganu sudah sampai ke peringkat akhir.

Kuala Nerus akan diwartakan sebagai daerah penuh setelah mendapat keputusan kabinet, kata Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abdu Rahman.

“Keputusan daripada KSN (Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa) kita sudah dapat, tiada masalah. Soal perjawatan sudah selesai, cuma tunggu keputusan kabinet,” katanya kepada media semalam.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Kuala Nerus di Gong Badak. Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Dato’ Basir Ismail dan Naibnya, Apli Yusoff.

Thursday, August 7, 2014

handphone punya pasal

HP PUNYA PASAL???!

Ya ALLAH ampunilah dosa dosa kami yg mempunyai HP kerana:

⌛ Kami lebih banyak mengisi kredit daripada bersedekah.

⌛ Kami lebih banyak pegang HP daripada pegang tasbih.

⌛ Kami lebih banyak baca sms daripada baca Al Quran

⌛ Kami lebih sering menelefon daripada Silaturahim.

⌛ Kami lebih sering buka bluetooth daripada berlutut untuk sujud.

Ya ALLAH ampunilah kami yg serba kekurangan dan yg selalu lalai ini.
Dan semoga HP yg kami miliki ini dpt digunakan sebagai IBADAH untk lebih taqarrub kepada Mu Ya ALLAH.

Amin....

Tuesday, July 22, 2014

Misteri 17

Kuala Lumpur ; "Apa yang berlaku dengan MH17 tiada kaitan dengan nombor itu tetapi ia hanya kebetulan"

"Umat Islam kena jaga, ia kepercayaan bidaah dan khurafat, bukan ajaran Islam,'' kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Datuk Nooh Gadut ketika dihubungi.

Beliau mengulas tindakan segelintir masyarakat yang suka mengaitkan angka 17 dengan kejadian insiden pesawat MH17.

Angka 17 mula menjadi viral dalam laman sosial kononnya mempunyai nilai tersendiri.

Friday, July 18, 2014

Berita Malaysia Airlines - MAS 17 (MH 17) TERHEMPAS

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) hari ini menjelaskan bahawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal  - berada dalam pesawat Boeing 777 yang terhempas di Ukraine semalam semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

MAS menjelaskan bertentangan dengan kenyataan sebelum ini, penerbangan itu membawa sejumlah 283 penumpang, termasuk tiga bayi, pelbagai warganegara dan 15 anak kapal warga Malaysia.

Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan sebelum ini berkata bahawa pesawat malang penerbangan MH17 itu membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Sesetengah warganegara penumpang masih belum dikenal pasti, kata MAS.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online