Wang atau duit merujuk sesuatu objek
atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah di sisi undang-undang
sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain.
Wang juga berfungsi sebagai penyimpan nilai, unit akaun, dan piawai
langsaian hutang
Dalam kegunaan harian, wang dirujuk
sebagai mata wang atau wang kertas dan syiling yang berada dalam edaran
sesebuah negara yang mempunyai status tender sah seperti ringgit; dan
juga dalam pelbagai bentuk akaun deposit kewangan seperti akaun
simpanan, akaun semasa dan sijil deposit. Dalam sistem ekonomi moden,
mata wang adalah komponen terkecil dalam bekalan wang.