Sukacita dimaklumkan bahawa laluan dari Persimpangan Ajil (Pakej 10)
ke Persimpangan Telemung (Pakej 10) telah dibuka kepada awam bermula
pada 18hb Mei 2012 (Jumaat). Perasmian pembukaan laluan ini
telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia,
Y.B. Dato' IR Hj. Ismail bin Md. Salleh
bertempat di kawasan Plaza Tol Ajil.
Sementara itu, laluan Persimpangan Kijal (Pakej 5A) hingga
Persimpangan Kerteh (Pakej 6) juga turut dibuka kepada awam, namun
perasmian pembukaan oleh Pengarah Pembinaan Projek Lebuhraya Pantai
Timur Fasa 2 akan diadakan pada Jun depan.
Untuk makluman, tiada tol akan dikenakan kepada pengguna lebuhraya
bagi laluan ini sehinggalah keseluruhan lebuhraya ini disiapkan. Pasukan
Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 menasihati pengguna agar
berhati-hati semasa memandu dan mematuhi setiap peraturan-peraturan
papan tanda di lebuhraya ini.
Laluan 1 : Persimpangan Ajil (Pakej 10) ke Persimpangan Telemung (Pakej 10
Laluan 2 : Persimpangan Kijal (Pakej 5A) hingga Persimpangan Kerteh (Pakej 6)
Dah start nak memecut..... 110km ke atas... vrommmm