klik atas

backlink

gambar laju

Saturday, February 18, 2012

Berselawat Ke atas Nabi Lebih Utama

Pastinya berselawat ke atas baginda adalah lebih utama berbanding bersedekah fatihah. Ini kerana perintah berselawat ke atas baginda jelas dalam al-Quran.

Allah SWT dan para malaikat sentiasa berselawat ke atas baginda. Yang demikian jelas dalam firman Allah SWT yang bermaksud: Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (al-Ahzab: 56)

Imam al-Tabari menjelaskan dalam tafsirnya, selawat dalam ayat ini bermaksud 'memberkati'.

Dengan kata lain, Allah SWT dan para malaikat mengucapkan keberkatan ke atas baginda Rasulullah SAW.

Sunday, February 12, 2012

Fakta BECA

Fakta Beca

BECA adalah kenderaan beroda tiga yang asalnya diubahsuai daripada lanca, iaitu kenderaan beroda dua yang ditarik menggunakan kudrat manusia.

Di Malaysia, sejarah bermula pada 1914 apabila 15 beca didaftar di Singapura sebelum diperkenalkan di negeri-negeri Tanah Melayu.

Walaupun pada awalnya ia hanya mengangkut penumpang, kini ia turut digunakan bagi mengangkut barang. Boleh dikatakan hampir kebanyakan negeri di Malaysia mempunyai perkhidmatan beca, namun ia paling popular di Melaka dan Pulau Pinang kerana diiktiraf sebagai aset tarikan pelancongan.

Di negeri lain, perkhidmatan penarik beca makin pupus berikutan kurangnya permintaan daripada pelancong tempatan atau asing.

Di Melaka, harga beca mencecah antara RM3,000 hingga RM5,000 sebuah, bergantung kepada kelengkapan yang ada padanya seperti bateri, alat perhiasan seperti lampu dan set radio.

Bagaimanapun, di kebanyakan tempat seperti Kelantan dan Terengganu, harga beca sekitar RM800 hingga RM1,000 kerana hanya dilengkapi barangan asas seperti tempat duduk penumpang dan penutup bahagian atas.

Dianggarkan ada kira-kira 300 beca di Melaka, manakala hanya tinggal kurang 30 beca di Kelantan dan Terengganu.

Di Melaka, bayaran kira-kira RM20 hingga RM30 dikenakan kepada pelancong yang ingin merasai pengalaman menaiki beca bagi pusingan tidak sampai satu kilometer manakala untuk bergambar saja sekitar RM20.

Bayaran itu jauh berbeza berbanding diterima penarik beca bagi mengangkut barang serta penumpang di Kelantan dan Terengganu, iaitu hanya RM2 bagi jarak kurang dua kilometer dan RM5 hingga RM10 bagi jarak lapan hingga 10 kilometer.

Saturday, February 4, 2012

Cara Mengatasi Enjin Kereta Mati Dengan sendiri

Enjin adalah elemen terpenting bagi sesebuah kenderaan. Namun, ada ketikanya jika tidak bernasib baik, enjin tidak dapat dihidupkan walaupun kunci sudah diputar ke arah start. Ada beberapa kemungkinan kerosakan yang boleh terjadi berdasarkan gejala, sebab dan pembaikan yang boleh dilakukan.

Jika ada masalah dengan sistem pemula (starter), kita perlu belajar cara menghidupkan enjin apabila bateri dan/atau motor starter dalam keadaan rosak. Apabila enjin tidak dapat dihidupkan dengan mudah kerana bateri dan/atau motor starter dalam keadaan rosak, biasanya enjin dapat start dengan prosedur berikut:
Hidupkan enjin dengan menolak kenderaan (untuk kereta manual). Meskipun bateri dalam keadaan lemah, enjin akan dapat dihidupkan dengan cara menolak kenderaan apabila bateri sekurang-kurangnya masih dapat menerangkan lampu besar.

Tuesday, January 31, 2012

Pengalaman Papa Menimang Cahaya Mata Ke - 3

Alhamdulillah ... syukur kepada Allah kerana dikurniakan rezeki melimpah ruah kepada kami sekeluarga... Semoga Allah senantiasa menambah rezeki kami sekeluarga dan dapat keampunan dariNya.... Kepada-Mu kami berserah kami hanya insan yang lemah... Tunjukilah kami jalan yang lurus diatas jalan jalan yang Engkau redhoi... amin....

Jangkaan tarikh bersalin isteriku yang sepatutnya ditunggu adalah  9hb.2.2012 (ikut kata doktor klinik kerajaan), ikut perkiraan doktor klinik swasta 6hb.2.2012.....

ok.... semuanya berjalan lancar......

Petang tu kami sekeluarga bersama mertua sekeluarga sempat makan laksa dari kampung....Tidak habis disitu sambung lagi di pantai Airport Kuala Terengganu... Isteriku sempat juga naik di atas batu benteng belakang airport untuk melihat saya dan adik ipar memancing di celah batu..... Alhamdulillah kami dapat beberapa ikan kerapu dan sepesis dengannya...

Hujan yang renyai mulai datang memaksa kami mengundur diri dari tapak perkelahan..... Singgah di Masjid untuk sembahyang maghrib dan terus balik ke rumah dengan senyuman di atas suasana perkelahan kami tadi.

Rasa letih ngukah atas batu tadi membawa kepada tidur awal bagi isteriku.... aku.... tak terasa untuk tidur hanya melayani FB dan video cerita kegemaranku.

Isteriku 2 @ 3 kali bangun untuk kencing ...Aih kerapnya kencing? ujarku...... banyak ngat makan laksa, katanya... sakit ar belakang... sakit urat kut makan laksa banyak..... sambungnya lagi... dan terus sambung tidur....

Buat kali keempat isteriku bangun kencing... lama.... tiba-tiba mai mendapatkan aku dari belakang dan menepuk bahuku....Abang.... Ada darah keluar la.... ???? banyak ka... hati bergumam.... dah masanya ke?

Jam menunjukkan pukul 0300pagi..... Isteriku dah ada tanda resah.... Aku maintan cool.... Ku persiap diri...Sembahyang hajat kepada Allah... meminta petunjuk..... Ku bacakan ayat mudah bersalin / selusuh kutiupkan ke dalam air minuman isteriku.... Minumlah...

Jam di tangan ku pegang.... pukul 0315pagi.... masanya dah tiba.... sakit berselang sudah datang. masa harus diambil keputusan harus tepat.... ya!! masanya 5 minit... maknanya memang hampir tiba... hati berkata-kata. sambil ku capai kitab suci Al-Qur'an... Ku bacakan Surah Maryam..... bertahanlah Isteriku.....

0345pagi... Abang... kita gie hospital.... ok ... ku habiskan bacaanku... ku gerakkan ibundaku buat peneman. 0400pagi bertolak ke hospital Kuala Terengganu dan terus ke pintu utama.... Bersalin lagi!!!!! ucapan yg ku terima dari pok guard hospital... dia kira agaknya orang mai nak sambut baby pagi2 buter nie... :)

Masuk ceq..... kuar misi... nie ambil kad pergi daftar bawah.... ok.... ku terus turun dan daftar masuk wad... naik ke atas.... orang sekalian menunggu memberitahuku bahawa isteriku dah masuk ke Labour room... aih tak sempat.... ku terus masuk ... daftar....n sempat ku bertanya... dah berapa cm misi?... 8 doh? oh... terima kasih gumamku dan kaki terus menuju ke labour room... suami belum boleh masuk kata misi kaunter.

Masa menunggu terasa lama... tak ingin untuk duduk. tapi... kerusi banyak kekosongan... ku duduk.. ku bacakan doa... mungkin ketika itu jiwaku bersatu... nafasku berdegub kencang... turun naik menghela nafas.... Ya Allah... Kau selamatkan Isteriku.. Kau Selamatkanlah zuriat kami..... Ma.... ku panggil ibuku... kenapa tak panggil-panggil lagi ma...  nafas mengoh ngat nie!!... Doh gane rase gitu... takdoh mende eh.. jawab ibuku....
Kali kedua nafas mengoh datang lagi tapi tak lama... coz panggilan nama dibuat di pembesar suara mengejutkan aku... tapi bukan namaku... bila?????

Pintu labour terbuka... misi bersama baby baru berjalan keluar.... Namaku dipanggil.... Anakku dah keluar.... Ya Allah Aku bersyukur pada-MU.... Maaflah tidak panggil sebab bilik takdok pagar... jawab misi...... Ku sambut anakku... kucium... ku belai... dan ku iqamatkan di telinga.... Anak perempuan 28.01.2012 JAM 0445pagi....

Ku sujud Syukur >> Allah yang telah memudahkan segalanya....

Memang awal dari yang terjangka.... Hanya Allah yang lebih mengetahui.... Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi..... Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online