klik atas

backlink

gambar laju

Sunday, August 21, 2011

Keadaan dunia jejas kos sara hidup

PASARAN saham dunia melalui satu lagi ujian getir pada 2011. Hal ini dapat dilihat apabila nilai saham berjumlah lebih daripada 62 bilion pound sterling lenyap di pasaran saham London baru-baru ini apabila indeks FTSE-nya jatuh sebanyak 239 mata atau 4.5 peratus kepada 5092.

Perkara serupa berlaku terhadap Dow Jones Industrial Averase (DJIA) AS apabila ia merekodkan kejatuhan lebih 419 mata atau 3.7 peratus kepada 10991.

Sistem ekonomi dunia yang saling berkait telah menyebabkan apa yang berlaku di AS itu turut memberi kesan kepada pasaran saham lain di seluruh dunia termasuk Malaysia apabila KLCI turut jatuh iaitu di bawah paras 1500 mata.

Kejatuhan pasaran saham dunia ini adalah kesan daripada pengumuman yang dibuat oleh agensi penarafan kredit terkemuka dunia iaitu Standard & Poor’s (S&P). Secara khususnya penurunan taraf kredit AS daripada AAA kepada AA+ iaitu pertama kali berlaku dalam sejarah bukan sahaja memburukkan ekonomi AS tetapi dunia kerana dunia boleh sekali lagi terjerumus ke dalam kancah krisis ekonomi jika tidak ditangani secara komprehensif oleh AS khususnya dan lain-lain negara atau kuasa ekonomi amnya.

Saturday, August 20, 2011

Puisi 'Bersatulah Melayu'

Puisi "Bersatulah Melayu" bakar semangat peserta 


SHAH ALAM 19 Ogos - Puisi berjudul "Bersatulah Melayu" karya Lim Swee Tin membakar semangat para peserta Konvensyen Memperkasa Modul Baru Ekonomi di sini.

Kira-kira 5,000 peserta konvensyen membawa matlamat "Satu Jihad Ekonomi Bumiputera" kagum dengan luahan hati seorang bukan Melayu yang mahu melihat perpaduan Melayu demi kesejahteraan dan kemajuan negara.

Berikut puisi yang dideklamasi oleh pensyarah Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik UiTM, Abdul Ghafar Ibrahim:

BERSATULAH MELAYU

Bersatulah Melayu
Kalau nampak ada retak
Kerana retak hujungnya belah
Bimbang belah membawa pecah
Melayu itu tak mampu berpecah

Bersatulah Melayu
Melayu itu cermin
Dalam jernihnya kita menilik
Kita menilik mencari wajah
Wajah Melayu wajah kita

Bersatulah Melayu
Melayu itu lampu
Terangi jalan luas terbentang
Siapa cuba kaburkan suluh
Kelak hilang arah dan tuju

Bersatulah Melayu
Melayu itu payung
Payung jangan carik
Carik payung
Manakan lagi tempat berlindung

Bersatulah Melayu
Melayu itu pohon
Akarnya mencengkam bumi
Bumi ini pautan kasih
Kasih Melayu segala kasih

Bersatulah Melayu
Cari dan rangkalah jalan damai
Damai membuka pintu pertemuan
Pertemuan kelak merintis padu
Berpadulah Melayu, berpadu semua.

- Utusan

Tuesday, August 16, 2011

Bayar zakat guna SMS

PELANGGAN beragama Islam Maxis Berhad (Maxis), di Selangor, Melaka, Sabah, Kedah, Perlis, Pahang dan Terengganu akan menikmati kemudahan untuk membayar zakat fitrah menerusi sistem pesanan ringkas (SMS hasil perkhidmatan mZakat yang ditawarkan syarikat terbabit).

Dengan perkhidmatan mZakat, pelanggan boleh memenuhi tuntutan agama mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Perkhidmatan mZakat Maxis terbuka kepada pelanggan prabayar dan juga pascabayar.

Jumlah pembayaran zakat fitrah akan dicaj kepada bil telefon para pelanggan pascabayar atau ditolak dari baki prabayar pelanggan.

Sunday, August 14, 2011

Bukan Melayu Kurang Minat AW

Buat Promosi beri penerangan tarik bumi dan non-bumi sertai pasukan sukarelawan

Kuala Terengganu - Kaum bukan Melayu kurang berminat menyertai Askar Wataniah (AW) kerana kurang kesedaran mengenai peranan dan sumbangan yang boleh diberikan melalui penyertaan dengan badan sukarelawan tersebut.

Timbalan Komandan, Rejimen 512 Kem Padang Midin, Leftenan Kolonel Adnan Othman berkata, usaha berterusan dilakukan termasuk membuat promosi ke daerah dan kampung bagi memberikan penerangan yang jelas untuk menarik golongan tersebut.

Menurutnya, AW juga sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak, bagi menarik minat golongan Melayu dan bukan Melayu untuk menyertai pasukan sukarelawan ini.

"Kita sememangnya mahu menarik minat mereka (bukan Melayu) untuk menceburi bidang ini yang turut mempunyai pelbagai cabang kemahiran dan kelebihan selain memperoleh elaun".

"Malah mereka juga boleh mendapat pelbagai keistimewaan termasuk mendapat perkhidmatan rawatan percuma jika ke Hospital Kerajaan sepertimana keistimewaan yang diterima Angkatan Tentera Malaysia(ATM)".

"Sekiranya pelatih mengikuti latihan secara berjadual, peluang kenaikan pangkat adalah cerah".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online