Buat Promosi beri penerangan tarik bumi dan non-bumi sertai pasukan sukarelawan
Kuala Terengganu - Kaum bukan Melayu kurang berminat menyertai Askar Wataniah (AW) kerana kurang kesedaran mengenai peranan dan sumbangan yang boleh diberikan melalui penyertaan dengan badan sukarelawan tersebut.
Timbalan Komandan, Rejimen 512 Kem Padang Midin, Leftenan Kolonel Adnan Othman berkata, usaha berterusan dilakukan termasuk membuat promosi ke daerah dan kampung bagi memberikan penerangan yang jelas untuk menarik golongan tersebut.
Menurutnya, AW juga sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak, bagi menarik minat golongan Melayu dan bukan Melayu untuk menyertai pasukan sukarelawan ini.
"Kita sememangnya mahu menarik minat mereka (bukan Melayu) untuk menceburi bidang ini yang turut mempunyai pelbagai cabang kemahiran dan kelebihan selain memperoleh elaun".
"Malah mereka juga boleh mendapat pelbagai keistimewaan termasuk mendapat perkhidmatan rawatan percuma jika ke Hospital Kerajaan sepertimana keistimewaan yang diterima Angkatan Tentera Malaysia(ATM)".
"Sekiranya pelatih mengikuti latihan secara berjadual, peluang kenaikan pangkat adalah cerah".