klik atas

backlink

gambar laju

Monday, August 8, 2011

Sajak Loghat Kuala Brang - Raye Dulu Raya Lening

Sajak loghat Kuala Berang (Terengganu) – Raye Dulu, Raye Lening

Loghat Kuala Berang ini agak berbeza sedikit dengan loghat Terengganu 
yang biasa di dengari terutamanya perkataan yang berakhir dengan 
huruf  “a” akan ditukarkan kepada huruf “รจ” bukan “e” dan banyak 
mengunakan perumpamaan bagi mengantikan maksudnya, serta banyak 
mengunakan ayat pembilang yang mungkin agak sukar untuk difahami…..

P/s: ambe kadang-kadang dok (tak) pahang (faham) ngok (juga) 
bahase kuale berang neh… pa kan doh nok raya kan... jom kite dengor sajok ni


Dulu malang raye suke nok terang je…
(Dulu malam raya suka nak terang je)
Bako sapoh, korek buloh, buak pelite..
(Bakar sampah, korek buluh buat pelita)
Bubuh leleng dalang pu’rung, kenung kening hanje…
(Letak lilin dalam tempurung kelapa, ku sana ke mari)
Nok be’rong ekek pasa bedil buluh, uting woh nake…
(Nak main sekejap meriam buluh, bijik buah nangak)
Bukang ende… saje nok suke…
(Bukan apa, saja nak suka-suka)

Friday, August 5, 2011

Projek TRBK sumbang RM6.6j

KONSORTIUM Perumahan Rakyat Terengganu (KPRT) Sdn Bhd, syarikat berkaitan kerajaan negeri menyasarkan perolehan RM6.6 juta hasil jualan 29 unit rumah teres dua tingkat Fasa 3A Taman Rakyat Bistari Kemaman (TRBK) di Bukit Kuang, Teluk Kalong, Kemaman.

Pengurus Besarnya, Azizul Hashim berkata, rumah teres berkenaan berkeluasan 22 kaki lebar dan 70 kaki panjang dijual pada harga RM240,000 hingga RM287,000 seunit dan setakat ini 17 peratus sudah dijual.
Cantik... Kakitangan KOPERAT melihat Rumah Contoh TRBK

Menurutnya, potongan harga sebanyak lima peratus dan rebat RM3,000 akan diberikan kepada pembeli Bumiputera selain KPRT turut membantu menguruskan pinjaman dengan institusi kewangan bagi individu yang layak. Katanya, kelebihan TRBK ialah kedudukannya yang strategik berhampiran dengan jalan utama Terengganu-Kuantan dan susur ke Lebuhraya Pantai Timur selain hanya enam kilometer dari bandar Chukai.
“Selain itu, ia juga berdekatan kemudahan awam seperti masjid, stesen minyak, klinik desa, sekolah, pasar raya dan Taman Rekreasi Bakau Tinggi,” katanya ketika ditemui di pejabatnya.

Azizul berkata, pihaknya yakin dapat menyiapkan unit rumah berkenaan lebih awal iaitu penghujung tahun ini sedangkan tempoh asal adalah pada 2013.

Katanya, selain projek hartanah di TRBK, tahun depan pihaknya akan melaksanakan tiga projek baru di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu selain di Bukit Kuang dan Pekan Jabi, Besut.

Oleh Nazdy Harun
Harian Metro : Ruangan Bisnes : Jumaat, 5 Ogos, 2011

Layari Page Facebook / koperat        sekarang !!

Saturday, July 30, 2011

10 Adab-adab Berpuasa dan Solat Terawih


Salam Keberkatan, Salam Kemuliaan, Salam Keikhlasan, Salam Ramadhan Al-Mubarak 1432H dari saya untuk pembaca blog anime4nz semua. Kita hampir melangkah pintu ramadhan dan sekali lagi kita berpeluang menjalani ibadah puasa dalam Rukun Islam yang 5.


Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ;

Friday, July 29, 2011

23 lagi kompeni AW bakal dilancar

BUTTERWORTH 28 Julai - Sebanyak 23 lagi Kompeni Askar Wataniah (AW) bagi kawasan Parlimen akan dilancarkan secara berperingkat-peringkat di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahim Mohd. Yusuff berkata, ia selaras dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mahu ia dilancarkan sebelum penghujung 2011.

Menurutnya, sehingga kini sebanyak 199 kawasan di seluruh negara memiliki Kompeni AW mereka sendiri dan hanya Kedah, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur belum dilancarkan sepenuhnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online