klik atas

backlink

gambar laju

Friday, July 22, 2011

Berhati-hati melayari Internet

SERINGKALI kita melihat pautan-pautan di laman web atau video yang menggunakan imej-imej seksi ketika melayari laman sosial kegemaran seperti Facebook.

Ayat-ayat yang digunakan pula berbaur seks dan sangat jelas untuk difahami bagi menambahkan lagi keinginan seseorang untuk melihatnya.

Terdorong oleh nafsu, butang diklik tetapi tiada apa yang berlaku. Sebenarnya tanpa disedari, anda telah diserang dengan aktiviti phishing.

Phishing adalah cubaan untuk mendapatkan maklumat sensitif pengguna yang dimasukkan ke dalam komputer peribadi tanpa disedari.

Aktiviti tersebut semakin kerap dapat dilihat di laman-laman sosial sejajar dengan kenaikan kadar penembusan Internet terutama laman sosial di Malaysia.

Tuesday, July 19, 2011

Tip Menjaga Kemasan Lantai

Kemasan lantai yang indah sememangnya menjadi idaman semua isi rumah. 

Terdapat pelbagai pilihan lantai seperti jubin seramik, kayu berlaminet, dan lain-lain. Jubin biasanya terdiri daripada terazo, marmar, seramik dan sebagainya. 

Walaupun indah, kadang kala ia memerlukan perhatian dan penjagaan yang baik agar sentiasa terpelihara dan tidak rosak. 

Berikut anime4nz kongsikan tips untuk menjaga kemasan lantai rumah kita:

Galaxy S II, peranti paling ringan

NIPIS, ringan dan pantas adalah elemen penting yang terdapat model terkini, Samsung Galaxy S II yang dilancarkan baru-baru ini.
Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd., Kwon Jae Hoon berkata, Samsung Galaxy S II adalah skrin peranti telefon paling jelas yang terdapat di pasaran.

“Melalui skrin Amoled bersaiz 109.22 milimeter, ia memberi paparan imej yang jelas dan jernih. Ia sesuai dengan penggunaan rakaman kamera gambar dan video lapan megapiksel.

Telefon pintar beri kesan buruk?

SUATU ketika dulu, agak mudah untuk kita menyapa mereka yang tidak dikenali kerana pada masa itu masyarakat lebih mesra dan mudah bertegur sapa.

Tetapi kini, orang ramai lebih gemar 'membayar' untuk menghubungi kenalan yang jauh walaupun ada orang yang lebih dekat untuk dijadikan teman berbicara.

Pada masa lalu, makan bersama keluarga adalah satu situasi yang mana ibu menunjukkan kebolehannya memasak manakala abang akan bangga bercerita tentang perlawanan bola sepak di sekolahnya.

Ketika itu jugalah si adik akan 'menyambar' ketulan ayam goreng di pinggan kakaknya.

Itulah gambaran kemesraan dalam satu keluarga.

Kini, 'masa berkualiti' bersama keluarga makin pudar kerana keriuhan waktu makan menjadi sepi dan dingin kerana masing-masing lebih gemar memberi perhatian kepada peralatan komunikasi canggih milik mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online