Apabila kita berbincang berkenaan dengan carian yang cekap dalam menggunakan enjin carian di Internet, ia merujuk kepada ketepatan maklumat yang diperolehi dalam masa secepat yang mungkin.
Enjin carian Google, contohnya ; dibina dengan kaedah cariannya yang cekap dan pantas.
Namun begitu, ada beberapa perkara yang memerlukan kecekapan pengguna enjin carian tersebut untuk mendapatkan carian maklumat yang tepat dan pantas.