klik atas

backlink

gambar laju

Friday, August 28, 2009

Puasanya Aku

Dah seharian kat pejabat hari nie.....
rasa tak sihat badan... lemah semacam jer.... takder mood nak wak keja....
tapi tangan still jugaak keja.... dah tugas... nanti terbelengkalai lak....
mari selesema time-time cam nie.... risau gak berada dalam musim virus bercambah ni......
apapun itu terserah pada Allah.... semoga diriku, keluargaku dan semua orang yang membaca blog aku ni diberi kesihatan dan moga dijauhi penyakit yang memudaratkan diri..... AMIN...

Monday, August 24, 2009

Selamat Berpuasa Bagi Umat Islam

Salam untuk semua...... SELAMAT BERPUASA....... Dah 3 hari kita berada dalam bulan yang berkah ini..... sekejab ja masa berlalu.... Bulan ini pasti ditunggu bagi umat islam seluruh dunia.... bulan untuk mengabdikan diri pada yang ESA.... pintu taubat sentiasa terbuka.... Carilah satu malam yang lebih baik dari seribu bulan dalam bulan ini..... malam 'lailatul Qadar'.....

Saturday, August 8, 2009

TYRON Flat Tyre Protection

"Tyron Flat Tyre Protection System is a simple and effective solution to the convenience (or danger) of your tyre's underinflation, punture or blowout. Tyron can help assist in the ability to proceed on to a safer location in which to service the tyre problem."

Itu ja yang dapat aku simpulkan di sini... bila mana aku balik dari pelancaran nya petang tadi di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu. Satu lagi teknologi terbaru yang didatangkan dari uk untuk pengguna Malaysia..... Untuk keselamatan pengguna jalan raya. Bagus juga produk nih.... tapi kos dia ni baru lagi kan mahal la sikit.... tapi tak la beban sangat kut... anggaran dalam RM2,000.00 ja sebuah kereta...(RM500.00 X 4 tyre)..

Sunday, August 2, 2009

Ribut Hujan melanda Rumah Ku

Pagi semalam baru ja naik atas bumbung baiki atap yang sebelum ni bocor....
baiki la sikit sebanyak.... malam tu rupanya dah boleh test bocor ke tak.... hu hu....
Semalam hujan mencurah-cuarah... Lebat pula tu.... beserta ngan angin ribut....
Atap yang aku tambung pagi tu... kira okey la (dah tak bocor sebelah bawah)....
Yang jadi masalahnya.... bilik aku yang kena..., basah habis... tidur kat luar aku semalaman... ha ha... dugaan dugaan...

Monday, July 27, 2009

TATU TENTERA DARAT DI TERENGGANU

Buat julung-julung kalinya, warga terengganu dapat melihat pertunjukan TATU Tentera Darat Malaysia bertempat di Stadium Sultan Nasaruddin Shah pada 23-25 julai 2009 baru-baru ni...
Walaupun aku hanya berkesempatan melihat 2 kali raptai sahaja.... pun sedah memadai bagi aku...(mengikut keadaan harijadi sebenar 24&25 julai tu... hanya 5,000 orang sahaja hadirin yang dapat masuk.. selebihnya duk kat luar pintu tengok skrin besar jer)...
Masa dulu aku pernah dah tengok TATU ni... tapi yang telah dibuat oleh pihak Tentera Laut(TLDM). tapi kali ni Tentera Darat pula....(versi yang sama) cuma ader perubahan sikit yang dibuat...
gimiknya mula-mula.... "BOOMMM" bunti meriam.... berdetup bunyi jantung....
2 orang flying dari atas menara lampu ke hujung sana..... Disusuli Terjunan Payung Terjun..... membawa Bendera ...berkibar di angkasa.... Seterusnya pentomin kejadian sebenar semasa operasi....Pertunjukan Anjing Perang..... Dalam masa sama kelihatan 2-4 buah kereta perisai memasuki padang.... memasang dan membuka meriam..... siap ja pasang... "BOOOMMM" letupan kedengaran lagi.... kecut perut sekali lagi..... hu hu.. Aksi paling best dan syok menonton... Adegan penahanan ahli VIP dan seterusnya operasi menyelamat oleh KOMANDO (banyak aksi dan letupan kedengaran)....Lompatan motor.... pertunjukan kawad senyap.... demo pertahanan diri... pertunjukan brassband... pertunjukan akrobat motor....
Tu la sedikit sebanyak yang berlaku pada malam tu... habis ja semua pertunjukan.... ditutupi dengan percikan bunga api...... fu yooo.... itu la yang dapat digambarkan masa tu....
Tahniah buat para ASKAR sekalian... jasamu .... akan kami kenang.... pertunjukan mu sungguh mencuit hati.... diharap para belia dapat mencontohi.... jika perlu memasuki Tentera Darat ... Silakanlah .... Taburkan kanlah jasamu untuk dirimu... keluarga dan tanahairmu.... Ambillah sebanyak mana pengetahuan dan ilmu..... untuk kegunaan masa kecemasan.....
Jika takut untuk kekal dalam Tentera Darat... Askar Wataniah (simpanan/sukarela)sedia untuk berkhidmat....
Walau
Apa
Terjadi
Anak
Negeri
Ini
Akan
Hadapi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online