klik atas

backlink

gambar laju

Friday, November 23, 2018

Bacaan Doa Iftitah Yang Betul Dalam Rumi

Assalamualaikum

Mari kita sama-sama belajar bacaan Doa Iftitah yang betul selepas takbiratulihram dalam sembahyang.



ALLAHU AKBARU KABIRAW-WALHAMDU LILLAHI KATHIRAW-WASUBHAANALLAHI BUKRATAW-WA-ASIILAA. WAJJAHTU WAJHIA LILLAZI FATARAS SAMAA-WAATI WAL-ARDHA HANIFAM-MUSLIMAW-WAMAA ANAA MINAL-MUSYRIKIIN. INNA SOLAATI WANUSUKII WAMAHYAAAYA WAMAMAATI LILLAHI RABBIL-'ALAMIIN. LAA SYARIIKALAHU WABIZAA-LIKA UMIRTU WA ANAA MINAL MUSLIMIIN.


ALLAH maha besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi ALLAH sebanyak-banyaknya. Dan maha suci ALLAH siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada ALLAH dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan ALLAH. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada ALLAH seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-NYA. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang islam.


Thursday, November 22, 2018

Belanjawan 2019 Mesra Sektor Hartanah

KUALA LUMPUR: Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) berkata kalangan peserta industri itu menyambut baik usaha kerajaan merangsang sektor hartanah menerusi beberapa cadangan yang dibentangkan dalam Belanjawan 2019, Jumaat lalu.

Presidennya, Datuk Ir Soam Heng Choon berkata ini termasuk cadangan Kempen Pemilikan Rumah Kebangsaan yang merupakan langkah positif bagi menguruskan isu hartanah kediaman yang tidak terjual.


"Ini serta cadangan pengecualian duti setem bagi surat cara pindah milik bagi pembelian rumah pertama berharga antara RM300,001 sehingga RM1 juta, adalah langkah tepat bagi menggalakkan lagi orang ramai memiliki hartanah sendiri. Tindakan ini juga berkesan bagi mewujudkan instrumen pemilikan aset,” katanya dalam satu kenyataan.


Mengulas selanjutnya, Heng Choon turut mengalu-alukan cadangan kerajaan mengecualikan duti setem bagi pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500,000 dan dana RM1 bilion untuk membiayai pembelian rumah pertama berpendapatan bulanan tidak lebih RM2,300 (bagi pembelian hartanah berhagra RM150,000 pada kadar pembiayaan sehingga 3.5 peratus setahun) yang disifatkan beliau dapat merangsang pemilikan rumah dalam jangka panjang.

“Selain itu, (cadangan) peruntukan RM25 juta kepada Cagamas Bhd bagi jaminan pajakan untuk pembeli rumah pertama berpendapatan bulanan sehingga RM5,000, akan turut melonjakkan pertumbuhan pasaran hartanah,” katanya.

Heng Choon turut berharap usaha kerajaan melanjutkan tempoh pembiayaan perumahan sektor awam di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam kepada 35 tahun daripada 30 tahun untuk pembiayaan pertama dan kedua kepada 30 tahun berbanding 25 tahun, dapat meringankan beban tekanan kewangan untuk peminjam yang menggalas pembayaran pinjaman bulanan yang tinggi.

Beliau berkata peruntukan hampir RM1.5 bilion untuk perumahan mampu milik di bawah Program Perumahan Rakyat, Perumahan Penjawat Awam Malaysia, PR1MA dan Syarikat Perumahan Nasional Bhd akan memastikan bekalan rumah mencukupi bagi golongan yang layak.

“Kami berharap kerajaan akan terus melaksanakan penyediaan kategori rumah ini," katanya.

Selain itu, beliau bagaimanapun melihat cadangan melaksanakan lima hingga 10 peratus cukai keuntungan harta tanah (CKHT) bagi rumah yang dijual melebihi RM200,000 serta kenaikan duti setem bagi rumah berharga melebihi RM1 juta daripada tiga peratus kepada empat peratus, sebagai kurang sesuai pada masa ini.

"Ini pasti memberi kesan kepada industri, terutama dalam tempoh mencabar ketika ini," katanya.


Portal berkaitan perumahan : KOPERAT

Saturday, November 3, 2018

BAJET 2019 : Rumah / Hartanah

Bajet Rumah 2019 : Berkaitan Rumah / Hartanah

Harga Rumah kurang 10% ?


1. SST – Kerajaan telah mengumumkan pengecualian SST ke atas perkhidmatan pembinaan dan bahan binaan.

Sebagai balasan, persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REDHA) telah bersetuju untuk mengurangkan harga rumah sebanyak 10%, yang tidak tertakluk kepada kawalan harga untuk projek baru.

2. Kerajaan bercadang untuk mewujudkan Amanah Pelaburan Hartanah (AHB) bagi lapangan terbang atau Airport Real Estate Investment Trust (REIT) yang pertama di dunia.

Melalui inisiatif ini, Kerajaan berharap dapat meraih dana sebanyak RM4 bilion daripada penjualan 30% ekuiti REIT kepada institusi pelaburan yang berpeluang memegang aset infrastruktur yang berkualiti.


Wednesday, July 25, 2018

Cara Mengira Gaji Usahawan


1. Seseorang usahawan yang bekerja harus dibayar gaji. Ini penting bagi membolehkan gaji diambilkira sebagai kos. Ia penting dalam menentukan kos sebenar pengeluaran.

2. Persoalannya ialah berapakah gaji yang harus "dibayar" kepada usahawan.

3. Ada beberapa formula.

4. Pertama, letakkan gaji seperti yang dibayar kepada pekerja lain yang membuat kerja tersebut. Kalau pekerja dibayar RM3,000, usahawan pun dibayar sebanyak itu juga.

5. Kedua, tentukan gaji berdasarkan keperluan minima usahawan itu. Kalau usahawan perlukan RM3,000, maka itulah gajinya.

6. Ketiga, bayar gaji "premium" dengan mengambilkira nilai sebenar usahawan itu. Kalau sewaktu bekerja dengan orang lain dulu RM10,000 sebulan, itulah gaji dia sekarang.

7. Sekiranya kedudukan kewangan semasa tidak membenarkan usahawan dibayar gaji, semak semula kos operasi. Potong di mana boleh supaya usahawan dibayar gaji.

8. Jika bisnes masih tak mampu bayar gaji, sesuaikan gaji itu dengan kedudukan kewangan semasa. Kurangkan gaji tersebut jika perlu.

9. Namun pada yang sama, usahawan harus menjadikan jumlah gaji sebagai dorongan untuk dia bekerja keras. Jika bisnes masih belum mampu membayar gaji beliau, itu tanda dia kena berusaha lebih gigih.

10. Gaji yang ditentukan ini hendaklah dimasukkan dalam bajet bisnes. Sekiranya bisnes tak mampu bayar, anggap itu sebagai hutang syarikat kepada dia. Rekodkan.

11. Apabila buat aliran tunai, ambilkira kenaikan gaji. Lebih banyak unjuran pendapatan, lebih tinggi unjuran gaji.

12.Walau bagaimana hebat bisnes sekali pun, harus ada had gaji seseorang usahawan.

13. Ada orang cadangkan, hadkan gaji usahawan kepada tidak lebih 400% gaji staf paling tinggi. Sebagai contoh, jika gaji staf paling tinggi ialah RM5,000 sebulan, gaji usahawan harus tidak lebih RM20,000.

14. Atau, hadkan kepada tidak lebih 5% keseluruhan perolehan. Katakan perolehan setahun RM1 juta, hadkan gaji usahawan kepada RM50,000 setahun atau RM4,100 sebulan.

15. Sekiranya mahu dapat gaji RM20,000 sebulan, usahakan perolehan tahunan sebanyak RM5 juta!

Nota : Tulisan ini disiarkan semula bagi manfaat mereka yang tak sempat membaca sebelum ini.  copy n paste from FB... tk


Friday, November 24, 2017

Tempat Kunjungan Bila Bercuti Di Terengganu

👞 PANDUAN : TEMPAT MENARIK YANG PERLU DIKUNJUNGI APABILA BERCUTI DI TERENGGANU 👞

Terengganu merupakan negeri yang kaya dengan khazanah hutan,pantai/pulau yang menarik,makanan yang sedap2 seperti nasi dagang, keropok lekor, sata, otak2, sate ikan dan ikan celup tepung..

Jom kita tengok senarai tempat2 menarik di DAERAH KUALA TERENGGANU Dan MARANG..

👞.DAERAH KUALA TERENGGANU-merupakan ibu negeri bagi Negeri Terengganu

👞. PANTAI BATU BURUK
- sering menjadi tempat bersantai keluarga untuk bermain layang2,menunggang kuda,naik kereta kuda berhias,membawa anak2 bermain di taman permainan yang disediakan dan apa yang paling penting,dapat bermain di pasir yang memutih sambil bermain air.Di pantai ini jugak terdapat gerai2 yang menjual keropok lekor dan ikan celup tepung.

👞.PANTAI TELUK KETAPANG / PANTAI AIRPORT
- terletak di Kampung Seberang Takir, 20 minit dari Bandar Kuala Terengganu.Pantai ini bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud.Di sini pengunjung boleh menikmati ikan/sotong/udang celup tepung.Terdapat lebih deretan 20 buah kedai yang menjual makanan utama disini ini.

👞. MUZIUM NEGERI TERENGGANU
- terletak di Kampung Losong.Terkenal kerana memiliki reka bentuk yang unik melambangkan senibina rumah di Terengganu dan merupakan muzium yang terbesar di Asia Tenggara.Tarikan utamanya adalah Batu Bersurat.

👞. PASAR KEDAI PAYANG
- bagi peminat kain sutera dan batik Terengganu,inilah tempat yang patut anda datang.Tempat ini boleh dikatakan tempat yang wajib dikunjungi jika ingin membeli belah di Terengganu.Di sini terdapat pelbagai barangan kering dan basah.Periuk belanga,toto,bantal kekabu,keropok keping,dodol,barangan kemas dan banyak lagi,semuanya ada di sini..

👞. TAMAN TAMADUN ISLAM (TTI)
- terletaknya 21 monumen replika bangunan terkenal di dunia yang mempunyai senibina yang asli seperti bangunan asal.Antara monumen yang terdapat di sini adalah Taj Mahal,Masjidil Haram,Masjid Nabawi dan banyak lagi.Jangan lepaskan peluang untuk merakamkan gambar2 kenangan anda berlatarbelakangkan monumen2 indah ini.

👞. MASJID KRISTAL
- terletak bersebelahan Taman Tamadun Islam.Masjid ini sentiasa menjadi tempat kunjungan orang ramai kerana keunikan senibinanya terutama pemandangan pada waktu malam yang bermandikan cahaya.Di sini juga terdapat jeti untuk pengunjung menaiki River Cruise bagi menikmati keindahan dan menyelusuri Sungai Terengganu.

👞. MASJID TERAPUNG / MASJID TENGKU TENGAH ZAHARAH
- antara masjid yang mesti dilawati selain Masjid Kristal.Istilah terapung adalah kerana binaannya seolah-olah berada di atas air.Berhampiran masjid ini juga,terdapat sebuah lagun iaitu LAGUN KUALA IBAI yang sentiasa menjadi pilihan ibubapa untuk membawa anak2 mereka beristerirehat/bersantai/lepak2 bersama.Disini juga para pengunjung boleh mandi mandi dengan selesa kerana sungainya yang cetek.Amat sesuai untuk anak2 kecil.

👞. PULAU WARISAN
( I-City Terengganu )
- Terletak di Kampung Cina.Sesuai dijadikan tempat santai2/lepak2 terutamanya pada waktu malam.Di sini juga terdapat bangunan2 lama dengan keunikannya tersendiri iaitu pada lorong2 bangunan yang telah dihias cantik dengan pelbagai tema dan imaginasi.Abadikan gambar kenangan anda di sini.Pasti berbaloi..

👠. DAERAH MARANG
- terletaknya destinasi pelancongan yang popular iaitu PULAU KAPAS.Juga sentiasa menjadi lokasi wajib datang jika tibanya MUSIM MENCANDAT SOTONG.

👠. PULAU KAPAS
- sentiasa menjadi pilihan untuk bercuti bersama keluarga atau pakej bulan madu.Pulau Kapas (selain Pulau Redang dan Pulau Perhentian) juga cukup popular bagi kaki snorkeling untuk melihat keindahan dan keunikan batu karang yang masih terjaga rapi di sekitar pulau ini.Tapi pastikan anda tidak merancang untuk datang bercuti ke pulau ini antara bulan November-Mac,kerana pulau ini ditutup disebabkan musim tengkujuh.

👠. PANTAI KELULUT
- pantai memanjang dan pasirnya yang memutih.Pasti menggamit anda untuk mandi manda dan bersantai bersama keluarga.Di pantai ini juga,terdapat deretan kedai dan medan selera yang menyajikan masakan panas dan pelbagai menu berasaskan makanan laut.Peminat2 makanan seafood pastikan pantai ini menjadi antara pilihan anda untuk menikmati makanan laut yang memang sedap..Terdapat juga ikan/sotong/udang celup tepung. Dan yang paling utama,di sepanjang laluan ke Pantai Kelulut,terdapat deretan kedai yang menjual keropok lekor,keropok keping,ikan kering,ikan masin dan pelbagai produk lain berasaskan makanan laut.

👠. PULAU GEMIA
- terletak bersebelahan dengan Pulau Kapas dan sesuai dijadikan tempat percutian yang lebih privacy.

👠. PANTAI PULAU KEKABU
- sesuai dijadikan tempat riadah dan juga tempat mandi mandi bersama keluarga.Pada kaki2 pancing,anda boleh tunjukkan bakat pancingan anda di sini,di benteng pemecah ombak Pantai Marang.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online