klik atas

backlink

gambar laju

Wednesday, February 15, 2017

175 Rahsia yang MENABJUBKAN !

1. Mengeluarkan anak kunci patah dari dalam lubang kunci
Sapukan super glue pada hujung patahan kunci yang di luar, masukkan dan tekan selama beberapa saat, lalu perlahan-lahan tarik keluar.
 
2. Memutar lepaskan bola lampu yang pecah dari socketnya
Lekapkan potongan sabun ke sisi pecahan yang tajam dan gunakan sabun itu sebagai pegangan untuk memutarkan bola lampu itu.
 
3. Melepaskan skru yang tersekat.
Panaskan skru itu beberapa saat dengan alat solder, lalu cuba putar lepas.

4. Agar paku tidak memecahkan kayu ketika dipakukan.
Tumpulkan dulu dengan palu hujung runcing pakunya.

5. Menampal lubang-lubang kecil pada saringan.
Tutup lubang dengan cat kuku warna bening, biarkan kering. Ulangi proses sampai lubang tertutup rapat.

6. Meratakan kembali pita kaset yang kusut.
Letakkan pita kusut, digezet diantara kaca pecah, lalu jemur di sinar panahan matahari  beberapa waktu.

7. Cara terbaik untuk membersihkan pita kaset.
Celupkan dalam larutan detergen dan air, bilas dan keringkan.

8. Membuat sendiri gelondongan / unggun "Kayu Bakar" untuk perapian.
Buatlah unggun dari bekas akhbar lama dengan menggulungnya erat-erat.

9. Membersihkan tumpahan minyak dari garaj.
Tutupi minyak dengan pasir secukupnya, biarkan satu dua hari, barulah disapu bersih.

10. Menjaga mata kail agar tidak berkarat.
Lekapkan mata kail pada sebuah gabus lalu rendam dengan baking soda.

Wednesday, December 7, 2016

Penjagaan Gear Auto dan Tips



PERJAGAAN GEAR AUTO DAN TIPS TERKINI PENGGUNAAN GEAR AUTOMATIK

JIKA anda sayangkan kereta yang anda beli dengan harga puluhan ribu ringgit dan bertahun-tahun menanggung hutang, Sila baca hingga habis artikel ini...

1) Kebiasaannya kereta AUTO ada enam “step” gear. Bermula dengan P, R, N, D, 2, L (bergantung kepada model kenderaan) kebiasaanya tiga step di bawah "N" nombornya berlainan tetapi fungsi tetap sama.

Tekan tombol semasa menukar:
P > R
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D
Jangan sesekali tekan antara:
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

KENAPA?

Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear. Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak. Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear terus ke R.

Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear, kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. Akibat pertukaran mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan tombol gear.

Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat.

Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P – Parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat.jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.
R – Reverse, untuk mengundur kereta anda.
N – Neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.
D – Drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive – gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj.
3 – Setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3.
2 – Ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu.
L – Low gear, gear pertama.

ketahui lanjut : Cara masuk Gear Kereta

Thursday, November 24, 2016

anugerah fuskas Faiz Subki gol ajaib



KUALA LUMPUR: Pemain bola sepak Pulau Pinang Mohd Faiz Subri disenarai pendek untuk Anugerah Puskas FIFA 2016, sekaligus menyertai senarai 10 pemain bola sepak yang tercalon untuk anugerah yang mengiktiraf gol terbaik daripada puluhan ribu jaringan gol sepanjang tahun.

Ketika aksi Liga Super di Stadium Bandaraya pada Februari lepas, gol hasil sepakan percuma yang dilakukan Mohd Faiz dari jarak 35 meter melencong masuk ke gawang gol ketika membantu Pulau Pinang menang 4-1 ke atas Pahang.
Berikut 10 jaringan yang calonkan bagi Anugerah Puskas FIFA 2016:
  1. Mario Gaspar (Sepanyol) - 13.11.2015, Spain V England, persahabatan antarabangsa
  2. Hlompho Kekana (Afrika Selatan) - 26.03.2016, Cameroon V South Africa, Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika
  3. Marlone (Brazil) - 21.04.2016, Corinthians V Cobresal, Copa Libertadores
  4. Lionel Messi (Argentina) - 21.06.2016, USA V Argentina, Separuh akhir Copa América Centenario
  5. Neymar (Brazil) - 08.11.2015, Barcelona V Villarreal, La Liga
  6. Saúl Ñíguez (Sepanyol) - 27.04.2016, Atlético Madrid V Bayern Munich, Liga Juara-Juara Eropah
  7. Hal Robson-Kanu (Wales) - 01.07.2016, Wales V Belgium, EURO 2016
  8. Daniuska Rodríguez (Venezuela) - 14.03.2016, Venezuela V Colombia, Kejohanan Bola sepak Wanita B-17 Amerika Selatan
  9. Simon Skrabb (Finland) - 31.10.2015, Gefle V Ã…tvidaberg, Liga Allsvenskan, Sweden
  10. Mohd Faiz Subri (Malaysia) - 16.02.2016, Penang V. Pahang, Liga Super Malaysia
Undian bermula pada Isnin sehingga 2 Disember, di mana tiga gol yang mempunyai undian tertinggi akan diumumkan.

Undian akan dilakukan sekali lagi diantara tiga gol ini sebelum pemenang akan diumumkan pada anugerah The Best FIFA Football pada 9 Januari 2017.
Jom rakyat Malaysia... kita memberi sokongan kepada Mohd Faiz dan MENGUNDI DI SINI. 

Thursday, September 15, 2016

Biri biri bukan kambing

Kuala Lumpur: Kekeliruan istilah menyebabkan ramai yang beranggapan bahawa perkataan ‘lamb’ dan ‘mutton’ merujuk kepada daging kambing sedangkan ia daging biri-biri yang mengandungi kadar lemak yang tinggi.

Dengan kadar lemak sehingga 12 peratus daripada keseluruhan dagingnya, biri-biri yang biasanya dimasak di restoran atau dijadikan ‘kambing golek’ pada majlis tertentu, ia tidak sesuai untuk mereka yang menghidap tekanan darah tinggi berikutan kolesterol tinggi.

Pensyarah Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Azhar Kasim berkata, daging biri-biri matang dipanggil ‘mutton’ namun salah faham istilah itu menjadikan masyarakat menganggap mereka makan daging kambing.

“Dari segi istilah, kambing dipanggil ‘chevon’ manakala biri-biri muda ialah ‘lamb’. ‘Lamb chop’ dari segi istilah merujuk kepada daging biri-biri muda dan bukannya kambing.

Saturday, August 27, 2016

This Too, Shall Pass

THIS TOO , SHALL PASS

Satu hari.. Mari sorang hok bijok..

Mitok tulong kpd sorang Tukang Emas hok Vetereng wak cicing Dan tulih sesuatu dalang cicing tu
Sang bijok tu berkata

" tulih r sesuatu hok buleh menerangkan seluruh pengalamang dang perjalanang hidup tokki ( tukang mah ni Tue doh ) supaya buleh jadi pelajaran dan panduan pade hidup ambe pulop...."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online