Moto : Satu visi, Satu Identiti, Satu Komuniti
Ibu Pejabat : Indonesia
Setiausaha Agung : Le Luong Minh (Vietnam)
Ditubuhkan : 8 Ogos 1967
Mesyuarat tahunan dalam kalangan negara anggota ASEAN membincangkan pelbagai aspek termasuk ekonomi, politik dan kebudayaan.
Sidang kemuncak sulong diadakan pada Februari 1976 di Bali.
AGENDA UTAMA
Sebanyak 10 sidang kemuncak akan diadakan termasuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-27, Sidang Kemuncak Asia Timur ke-10 dan Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga (China, Jepun, Korea Selatan)
Kelahiran Komuniti ASEAN pada 31 Disember 2015, satu peristiwa besar dalam sejarah pertubuhan berusia 48 tahun itu yang akan dicatatkan di Kuala Lumpur menerusi upacara menandatangani satu deklarasi oleh pemimpin rantau berkenaan.
Mereka juga dijngka mengeluarkan sati lagi dokumen yang merangka haluan ke hadapan bagi Komoniti ASEAN dalam tempoh 10 tahun akan datang hingga 2025.
Dua deligasi bakal ditandatangani iaitu Deklarasi Kuala Lumpur Berkaitan Penubuhan Komuniti ASEAN dan Deklarasi Kuala Lumpur Berkaitan ASEAN : Maju Bersama-sama.
ANTARA ISU BAKAL DIBINCANGKAN
Usaha menentang keganasan dan ekstremisme
Perkara berkaitan isu Laut China Selatan
Pemerdagangan manusia
Masalah jerebu bermusim
ACARA SAMPINGAN
Persidangan Inovasi Perkhidmatan Awam ASEAN
Sidang Kemuncak Pemimpin Muda ASEAN
Sidang Kemuncak Bisnes dan Pelaburan ASEAN 2015
Program untuk isteri pemimpin menampilkan beberapa acara menarik seperti sesi mengenai Suara Wanita ASEAN : Meninjau Peluang Perniagaan untuk Wanita Desa.
Acara masakan dan budaya ASEAN.