Alangkah
indah sekiranya zaman ini kembali untuk kali ke 2, ke 3 dan seterusnya
mengikut kehendak.. tapi mana mungkin masa lalu bisa diputar kembali..
Manakan
tidak rasa rindu mencengkam, kerana zaman itu adalah zaman ‘kain
putih’, manakan sama dengan zaman remaja dan dewasa yang penuh pelbagai
coretan dan contengan pelbagai warna dan lakaran.. bercampur warna.. yang
indah ada yang kelam pun ada.. tapi masa tidak boleh diputar
kembali.. hanya kenangan yang menggamit memori..
Terlakar bibit-bibit manis ukhwah.. tak kira lelaki atau perempuan.. umur pun tak semua sebaya.. apa yang penting masa tu enjoy puas2..
Terlakar bibit-bibit manis ukhwah.. tak kira lelaki atau perempuan.. umur pun tak semua sebaya.. apa yang penting masa tu enjoy puas2..
Masa
tu macam-macam kenangan dicoretkan,. macam-macam lah, banyak sangat kalau nak
senarai habis..
Tapi yang paling jadi kenangan ialah bila main bola tin..
Untuk
pengetahuan, inilah permainan lazim kami geng kampung yang selalu
dimainkan pada waktu lapang…Bola tin @ Bola teng @ di kenali bola kopi oleh
masyarakat kampung adalah permainan paling popular pada zaman dulu..