Ada 3 tin coca cola, ketiga-tiga tin tersebut diprodukkan dan dipatenkan di kilang yang sama. Ketika tiba harinya, sebuah truk datang ke kilang, mengangkut tin-tin coca cola dan menuju ke tempat yang berbeza untuk perindustrian/penjualan.
Tin pertama dek kerana malu memberitahu mahu ke tempat kurang orang, janji ada orang mahukannya. Pemberhentian pertama adalah supermaket tempatan. Tin coca cola pertama di turunkan disini. Tin itu diletakkan di rak bersama dengan tin coca cola lainnya dan diberi harga RM 1.50.
Tin kedua pula mahu ke tempat ramai orang supaya dirinya cepat terjual dan ramai meminumnya. Maka, pemberhentian kedua adalah pusat pasaraya terbesar. Di sana, tin kedua diturunkan. Tin tersebut ditempatkan di dalam peti supaya dingin dan dijual dengan harga RM 2.50.
Tin ketiga mahukan ekclusif. Pemberhentian terakhir adalah hotel bintang 5 yang sangat mewah. Tin coca cola ketiga diturunkan di sana. Tin ini tidak ditempatkan di rak atau di dalam peti. Tin ini hanya akan dikeluarkan jika ada pesanan dari pelanggan hotel. Dan ketika ada yang pesan, tin ini dikeluarkan bersama dengan gelas kristal berisi ais batu. Semua disajikan di atas meja dan pelayan hotel akan membuka tin coca cola itu, menuangkannya ke dalam gelas dan dengan sopan menyajikannya ke pelanggan hotel. Harganya RM 22.00.