Bagaimanapun, saat yang paling dikhuatiri oleh kebanyakan daripada pembela haiwan kesayangan ini ialah jika haiwan itu tidak lagi pulang ke rumah selepas keluar berjalan-jalan.
Ketika itulah, kita dapat melihat betapa akrabnya hubungan antara manusia dan haiwan kerana sudah tentu ramai yang akan meratap atas pemergian haiwan kesayangan mereka itu yang dianggap seperti anggota keluarga sendiri.
Bagaimanapun dengan perkembangan teknologi, segala masalah pasti ada penyelesaiannya kerana anda kini tidak perlu risau lagi ke manakah perginya binatang peliharaan anda itu.






