Bencana alam yang melanda Jepun baru-baru ini menyemai titik keinsafan bahawa apabila Allah telah menetapkan sesuatu kejadian alam berlaku, maka tiada siapa pun yang dapat mengekangnya.Bandar yang dibina bertahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua hampir menjadi 'padang jarak padang tekukur' apabila dilanda gempa bumi dan gelombang tsunami yang kuat.
Pun begitu, dalam keadaan ramai rakyat Jepun yang masih trauma dengan kejadian itu, semangat meneruskan kehidupan seperti biasa dan bangkit daripada musibah ini adalah luar biasa.




