Pekerja nuklear diarah berpindah
GAMBAR menunjukkan loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi di timur laut Jepun pada 23 Mac lalu. |
Pihak pengurusan syarikat Tokyo Electric Power Co (TEPCO) yang mengendalikan loji jana kuasa itu menyatakan, tahap radiasi dalam air di reaktor nombor dua loji tersebut melebihi 1,000 milisievert sejam jika dibandingkan dengan standard keselamatan kebangsaan iaitu hanya 250 milisievert setahun.
Agensi Perlindungan Keselamatan Amerika Syarikat menyatakan kesan radiasi sebanyak 1,000 millisievert sudah cukup untuk menyebabkan perdarahan dalam tubuh manusia.