klik atas

backlink

gambar laju

Wednesday, December 9, 2009

Cerita Pagi nie......

Hari ni hari Rabu 9.12.2009..... Hari haku buat temujanji bukan date line ar... temujanji servis kereta haku daa..... Gie ar serviis ari ni.... kena basic cas jah... kat perodua jah.... sesambil tu leh ar try duduk tengok keleh tilik keta baru kuar tahun ni.... MPV ALZA..... boleh la tahan dudukannya.... sit depan rendah dari sit tengah... sit belakang orang beso tak disaran kan duduk... bebudak jah... kaki rendah... kena duk sila..... lain-lain modifikasi.... boleh la tahan....
Sudah tu makan kat depan perodua... tengah tunggu order akder aksi persembahan dari kucing kat bawah meja haku.... nak tengok.... tengok la... kalu leh... makanan haku dah sampai.... Jom Makann.

ULAR Masuk Rumah!!!

Semalam Bini aku terkezut gak.... tergamam pun ada... yang pasti takutt..... ternampak ular melingkar kat bilik air... (masuk ikut celah atap menetap kat dalam situ.... tempat port dia sebelum nih ke.... hisss)
Apalagi haku suruh dia gie mandi kat bilik mandi lain la.... aku tolong ar usha usha.... Aku cecuba gertak dia dulu.... 'ja'uh dari rumah bukan tempat mung sini'... syoh! jangan duk buat kacau sini....
[mana tahu ular lain pula jadinya] makin ke dalam duduknya ular tu... tak mahu juga lari lari.... Geram dibuatnya.... maaf la ular ya... aku gie ambil Ricsect Nyamuk aku sembur kat lubang hok mane haku nampak ular tadi ada duduk.... Tapi takder tindak balas... MAMPUS dah ker..... Aku mandi cam biasa... anak haku duk tanya macam macam... PAPA buat apa tu... PAPA buat apa tu..... Haku bagitahu ... Gie ar jaga adek nun... Gi tengok TV nun... PAPA ada keja sket..... kotor sini... tak bagitahu hal sebenar.... kut dia makin mendekat kat haku ... bahaya bagi dia.....
Lepas siap semua...... hati rasa tak sedap lagi..... aku try gie tilik kat lubang lagi..... aii.... cam ada buat donno lagi jah dalam tuh....
MAi akal.. BANCUH air Serai WAngi (bacaan ..semut tikus lari kalu bau serai wangi nih).... aku sembur kat ada ular tu..... Aku gie pakai pakaian tebal.... baju CELORENG siap..... sampai kat bilik air.... uihsss ular tur dah keluar melingkar kat lampu sebelah luar..... memang berkesan serai wangi tadi.... Ular Pucuk.... wana hijau atas.. belang belang hitam bawah...cam ular lidi....Panjang betul... betul ke ek??? Apa lagi aku tangkap ekor dia cam penangkap ular jah.... beraninya haku..... [bini haku duk jerit.... Abe jangan ar main ular tu] takutt.... .... Pakai baju keselematan dah kan.... Haku pusing pusing kan ular tu.... CAM GASING DAA....... pah tu terus campak ular tu melalui tingkap ....... Abis cerita.... Lega dah........ TAk yah runsing runsing lagi... dah buang jauh-jauh dah......
Turun gie dapur makan nasi.... masak
"belut" bess........ tak ingat dah pasal ular tu.... {walaupun kisah tu cam ter teringat biler makan belut}.... ha ha...... wak senyap ja.... kalu tak tak termakan nasi tu karang...... he he....

Wednesday, December 2, 2009

Kereta jatuh lubang

Pagi ni ada satu kejadian....
tapi ianya tak berlaku kat haku la.... cuma kebetulan berlaku depan mata haku... hu hu.....

Alkisahnya masa haku menempatkan keretaku di tempat parking awal pagi semasa pergi kerja.... BAMMMM... terdengar bunyi di depanku..... Waduh... kereta pakcik tu masuk lubang..... cari bala.....hujan hujan cam ni..... memang hujan lebat giler.... dengan berbekalkan payung ngan baju sejuk jah haku pergi menanya khabar..... Tolong mana yang patut.... Disuruhnya haku angkat.... manala nak larat kalau ramai bolehla.... dengan kudrat pakcik tu... molek ada terangkat keretanya sikit... tapi tak penuh la..boleh angkat ni.... ringan ja katanya dalam diam... Timbul rasa kasihan nak tolong... (lagipun semalam punya cerita Ayah Mertua pun basah berjerup dek hujan kerana tolong angkat kereta jerlus lubang).

Tak cakap banyak angkat kaki seluar....simpan payung.... letak kat tepi dulu.... baru la ada 2 @ 3 orang mari berenti tolong..... Satu... Dua... ANGKAT>>>.. ya... berjaya..... Terima kasih pada semua.... Camana la kalu ianya terjadi pada diri kita sendiri......

Disaat haku mengarang nih... masih ada lagi peninggalan kebasahan di pakaian ni.... lembab... hu hu..... nak balik ke... hujan lagi kat luar sana..... jemur dalam aircond ja la sekejab....... sekian cerita ....

Tuesday, December 1, 2009

Selamat Hari Raya Korban

Alhamdulillah ....
Sudah berlalu Hari Raya Qurban pada 27 - 28hb november 2009 baru-baru nih....
Jatuh pula hari jumaat...... terkejor kejor ngan sembahyang jumaat.....
tahun nih pula giliran kg bini haku.....so cuti sehari hari khamis..... terus balik petang rabu lagi.... leh rehat sari sebelum raya..... buat persiapan.... Lagipun ambil sebahagian 1/7 untuk buat akiqah anak kedua baru-baru nih..... Nur Firzanah binti Mohd Khairunnaim.... Papa mama buat akiqah untuk mu sayangku..... Untuk bahagian perempuan satu bahagian sahaja kan.... so buat kat kampung ... kos kurang sket .. tak la mahal sangat berbanding ngan sebelah sini....

Pagi hari raya berlaku satu peristiwa.... hampir hampir la jugak terlepas sembahyang raya... cos terlewat pergi masjid... sampai saja dah nak masuk rakaat kedua.... terus satu lagi masjid.... dah baca khutbah kedua.... huuuu... zooommm.... terus kedepan jumpa masjid.... belum dimulai lagi... masih bertasbih..... Alhamdulillah ...sempat jua..... (Rupanya Imam masjid pula lambat datang... patut la sempat... rezeki ) Syukur pada - NYA.


Masa untuk beraksi.....

Pakat likung reramai jerat lembu.... ho ho.... jadi hero kg haku kali ni... tu... duk depan sekali berkas lembu..... naik semangat pagi ni.... yang lain semua duk tepi...... biar haku sorang je gi berkas.....pegang tali kuat kuat yang belakang tu... karang tak pasal pasal melambung haku TERBANG>>>>>


Akhirnya usaha sesama .... apa yang penting KERJASAMA.... membuahkan hasil.... lembu dapat dijinakkan.... Sang lembu sudah pun diberkas tunggu untuk disembelih... selesai satu qurban...... untukmu anakku..... hanya untukmu.....

Wednesday, November 25, 2009

Virus TAUN menyerang Terengganu

Vibrio Cholera...... Kuman taun yang kini menyerang penduduk Terengganu..... Ekornya nampak panjang sket.... ha ha.... Tu la pasal wabak taun nih lain sket dari negeri lain.... sabah/sarawak nun.... Ianya dikatakan mudah dijangkiti.... Mudah tersebar..... Bahaya bagi orang ramai..... Setakat ini berbahaya bagi penduduk Terengganu.... [ yang didapati bakteria ini mendiami makanan kegemaran orang Ganu ; KEROPOK LEKOR. .. dan selebihnya air batu..... ]
Peringatan : JIKA ANDA ADA TANDA SEPERTI ;
Cirit-birit berterusan serta muntah yang teruk
Najis cair yang berwarna
Otot kejang di pergelangan kaki dan perut
Tekanan darah turun, nadi lemah, lidah kering dan mata cengkung....
SILA ... ke HOSPITAL berdekatan anda.....kerana dah ada tercatat kematian akibat taun nih.... Kawan sepejabat aku pun dah terkena wabak ni (Dah la mengandung.... Semoga dirinya dan kandungan sihat senantiasa.....Amin)...Cuma disyaki ja baru.... Aku cuba la ngan kawan sepejabat nak gie melawat kat Hospital.... Apanya... 'Jaga' tak bagi masuk.... Kiranya satu wad tu... untuk penyakit ini DIKUARANTIN sepenuhnya.... kalah VIRUS BABI DULU>>>>>

Bagi mengukuhkan lagi; Lihat kenyataan dibawah :

KUALA TERENGGANU 19 Nov. - Jabatan Kesihatan negeri akan mempergiat aktiviti kawalan dan pencegahan terutama di kawasan yang berpotensi mengalami cirit-birit sejak wabak taun melanda negeri ini Jumaat lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nordiyanah Hassan berkata, ini termasuk memberi nasihat kepada masyarakat supaya mengutamakan penjagaan kebersihan di samping penyediaan makanan yang bersih.

"Orang ramai yang mengalami cirit-birit perlu mendapatkan rawatan segera di hospital kerajaan di negeri ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican mengumumkan bahawa 158 kes taun dilaporkan di negeri ini dengan satu kematian dan dua pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sejak penyakit itu melanda Terengganu 11 November lalu, 112 kes dikesan daripada 402 kes cirit-birit yang mendapat rawatan di hospital dan klinik kesihatan.

Dalam pada itu, menurut Nordiyanah, kesemua pesakit yang mengalami masalah itu kini ditempatkan di hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut sekurang-kurang tiga atau empat hari sebelum dibenarkan pulang.

Beliau mengakui, walaupun menghadapi masalah kekurangan katil di hospital-hospital, beberapa langkah tertentu diambil bagi memastikan semua pesakit mendapat rawatan dan mengawal penyakit itu daripada merebak.

Tambahnya, pesakit-pesakit yang telah bebas daripada kuman itu namun berisiko terdedah atau dijangkiti semula diletakkan dalam kelompok disyaki masih mempunyai kuman taun itu.

"Saya minta kerjasama orang ramai yang cirit-birit terus mendapatkan rawatan di semua hospital kerajaan seluruh negeri dan pihak jabatan akan turut menghantar pegawai untuk memantau kawasan yang terbabit.

"Jabatan Kesihatan juga mengharapkan kerjasama semua klinik swasta supaya terus merujuk ke hospital kerajaan jika ada pesakit yang ingin mendapatkan rawatan cirit-birit," jelasnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online