klik atas
backlink
gambar laju
Thursday, November 21, 2013
Thursday, November 14, 2013
Peristiwa dan Kebaikan 10 Muharram
Peristiwa 10 Muharram ( Hari ini )
10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi
peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang
gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Peristiwa2 tersebut adalah :
Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit
# share kepada semua
Labels:
Animasi,
Berita Semasa,
Dunia IT,
Hari Bahagia,
Info,
Kesihatan,
Mari Belajar,
Memori,
Menu,
Permasalahan,
Tranung Sohor
Saturday, October 26, 2013
Intipati Bajet 2014 Malaysia
Berikut ialah intipati penuh Bajet 2014 bertema ‘Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji’ yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat semalam.
Lima teras
utama bajet ini ialah merancak aktiviti ekonomi, mengukuh pengurusan
fiskal, menggungul modal insan, mempergiat pembangunan bandar dan luar
bandar dan mensejahtera kehidupan rakyat.
* Peruntukan RM264.2 bilion bagi melaksanakan langkah-langkah, program dan projek kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.
* Belanja mengurus RM217.7 dan RM46.5 bilion belanja pembangunan.
* RM63.6 bilion diperuntukkan bagi emolumen dan RM36.6 bilion disediakan bagi perkhidmatan dan bekalan.
* Sejumlah RM29 bilion diperuntukkan untuk sektor ekonomi.
* RM10.5 bilion
bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan,
kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
* RM3.9 bilion
diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM1.1 bilion
(pentadbiran am) dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
* Kutipan hasil diunjurkan RM224.1 bilion, naik RM4 bilion
* Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan berkurangan kepada 3.5 %, berbanding 4 % pada 2013.
* Kerajaan
memperuntukkan RM1.2 bilion bagi tahun 2013 dan 2014 untuk perbelanjaan
mengurus dan pembangunan, meliputi program promosi dan pengiklanan Tahun
Melawat Malaysia 2014, dengan sasaran 28 juta pelancong.
* Tahun 2015 diisytiharkan sebagai Year of Festival.
* Bajet 2014 akan memperuntukkan sejumlah RM264.2 bilion bagi melaksanakan program dan projek
* Daripada
jumlah ini, RM217.7 bilion diperuntukkan untuk Peruntukan Operasi
manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
* Pada 2014, kutipan perolehan Kerajaan Persekutuan dianggarkan RM224.1 bilion, peningkatan sebanyak RM4 bilion berbanding 2013.
* Defisit
fiskal Kerajaan Persekutuan akan susut seterusnya daripada 4 peratus
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.5 peratus pada
2014.
* Pelaburan
swasta dijangkakan meningkat kepada RM189 bilion atau 17.9 peratus
kepada KDNK, terutama dalam industri minyak dan gas, industri tekstil,
peralatan pangangkutan dan pembangunan hartanah.
* Pelaburan awam dianggar mencecah RM106 bilion.
* Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.
* Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.
* Projek-projek
yang dilaksanakan oleh Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di
Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di
Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID,
Pengerang.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.
RINGKASAN Bajet 2014;
Labels:
Animasi,
Barang Free,
Berita Semasa,
Dunia IT,
Hari Bahagia,
Info,
Kedai,
Kesihatan,
Mari Belajar,
Memori,
Menu,
Permasalahan,
Perumahan
pesanan seorang ibu kepada anaknya
warkah untuk anak2 ku...
bila mama tua nnt..mama harap korg memahami & bersabar dgn kerenah mama mu ini..jika satu mase mama terpecahkan pinggan atau tumpahkan sup diatas meja krn mata mamamu ini kabur..mama harap korg xkan menenking atau memukul..naluri org tua terlalu terasa..selalu lah merasa kasihan pd diri ini bila korg terasa nak marah akan ibu mu ini...ank2ku jika satu masa pendengaran ini bertambah teruk.. mungkin kadang2 mama xberapa dengar apa yg korg ucapkan..mama harap korg tidak memanggil mama pekak..tolong ulang apa yg korg ingin cakapkan atau tulis je diatas kertas..mama mnta maaf anakku...semakin lama kulit mama mu ini dimakan usia..bila lututku bertambah lemah..mama harap korg ade kesabaran untuk memimpin ku bangun seperti mana mama biasa mengangkatmu semasa kecil untuk berjalan2...tolonglah bersama2 ku...anak2ku..jika mama kerap mengulangi perkataan macam radio rosak,,mama harap korg terus mendengar keluhan ku ini..tolong jangan persendakan mama atau bosan memberi perhatian pada mama ibumu,,adakah korg masih ingat masa korang kecil apabila korg mahu sesuatu permainan..korg selalu mengulangi secara berterusan sehingga korg dpt apa yg korag inginkan..tolong maafkan mama..jika bau badan mama x menyenangkan korg krn begitulah bau badan org tua..jangan paksa mama mandi..tubuh mama lemah..org tua selalu mendapat sakit bila sejuk..mama harap korg x marahkan mama..adakah korg ingat masa korg kecil..mama selalu mengejar korg yg x mahu mandi ..mama harap korg boleh bersabar bila mama tersasul krn itu adalah antara perkara yg x dpt dielakkan bila bertambah tua..korg akan faham bila usia korg tiba macam tu..jika ada masa terluang mama harap korg boleh luangkan masa berbual dgn mama walaupun beberapa minit..krn mungkin masa tu mama selalu berseorgan setiap masa & xde siapa menemani mama untuk berbual...jika sutu hari nnt korg telah mula berkerja & ada keluarga sndri..mama tahu korg akan sibuk dgn kerja n keluarga.. walaupun korg x berminat dgn cerita mama..mama cuma mntak korg luangkan masa untuk mama..mse korg kecil mama selalu mendengar ceritamu tntang brg mainanmu..tentang sekolah mu..ingat bila masa mama telah tiba & mama sakit terlantar diatas katil...mama mntak maaf jika secara x sengaja cadar basah atau bernajis..kami harap korg mempunyai kesabaranmu & kekuatan yg kuat untuk menjaga mama dsaat2 terakhir..mse tu mama xkan lme meyusahkan mu ank2ku..bila ajal mama tiba..mama harap korg dpt menggengam tangan mama untuk menghadapi nafas terakhir mama..wahai anaku jangan kau risau,,bila mama disana nnt ...mama akan selalu mendoakan agar kehidupan anak2 mama diberkati krn jasamu disaat terakhirku
Labels:
Animasi,
Hari Bahagia,
Info,
Mari Belajar,
Memori,
Permasalahan
Subscribe to:
Posts (Atom)
klik tengah
Lazada : Kedai Online Top
Popular Posts
-
Tengoh - tengoh duk layan facebook tepat jam 12.25 hujan mula turun membasahi bumi terengganu lagi.... K...
-
Belajar cara memasang lantai cara yang saya pelajari pulak deh, hari tu saya dah sedikit sebanyak berceri...
-
Loghat Tranung kiter ni kasor sket bagi sesetengah orang. Perkataan seperti bengong, natang, babi adalah biasa. Walaupun perkataan ini agak ...
-
Masalah juga ya kalu doh pakai telefon atau tablet yang lebih updated ni kan. Kalau pembaca sekalian ada kewarasan baik pakai telefon atau t...
-
Syawal dah nak sampai ke penghujung... rumah terbuka dah banyak yang terpergi dan yang terlepas.... Kini bermula misi saya untuk siapkan rum...
-
Sehingga kini, telah direkod / dikenalpasti terdapat sebanyak 360 jenis silat yang diamalkan dan mempunyai pengikut terutamanya di Ma...
-
Syarat-Syarat Penyertaan Individu yang ingin berkhidmat dalam Askar Wataniah sama ada sebagai anggota biasa (Lain-lain Pangkat) atau ...
-
Apabila kita ditegur akan sesuatu bermakna kita kehilangan sesuatu.... Masih banyak yang perlu kita pelajari agar sempurnalah ilmu kita dan ...
-
Assalamualaikum Mari kita sama-sama belajar bacaan Doa Iftitah yang betul selepas takbiratulihram dalam sembahyang. ALLAHU AKBARU KA...
-
Cuba tukar nama anda dalam bahasa JEPUN: Tukar Nama Jepun A = ka, N = to, B = tu, O = mo, C = mi, ...