klik atas

backlink

gambar laju

Thursday, November 21, 2013

Luahan hati Perajurit / Askar

LUAHAN HATI PARAJURIT. 

ORG AWAM. 
Kami bekerja waktu pejabat. jika rajin buat overtime. 
gaji kami besar. cuma perlu beri komitmen terbaik. kami sentiasa bersama keluarga. hari perayaan kami sentiasa ada. 

TENTERA. Kami bekerja 24 jam sehari. kalau malas baru kami dapat lelap ayam. gaji kami kecil xsetanding sijil n masa perkhidmatan. waktu perayaan jika ada belas kasihan dari pegawai atasan. tapi kami kena bagi komitmen terbaik,kena korbankan mentaliti kami, korbankan nyawa kami,korbankan kasih sayang kami. sentiasa tiada masa bersama keluarga terutama ketika bertugas. badan kami utk negara, makanan kami alakadar,perut kami buncit bila usia meningkat kerana kehilangan banyak hormon akibat lasak. pakaian kami x perlukan jenama.

APA YANG KAMI (Tentera) DAPAT! KAMI GEMBIRA DAPAT LIHAT NEGARA KAMI AMAN. mm, betul ke aman? aman bagi rakyat. tapi bagi kami, kami sentiasa berperang. mental kami sentiasa diuji. 

Thursday, November 14, 2013

Peristiwa dan Kebaikan 10 Muharram

Peristiwa 10 Muharram ( Hari ini )

10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Peristiwa2 tersebut adalah :

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit

# share kepada semua 

Saturday, October 26, 2013

Intipati Bajet 2014 Malaysia


Berikut ialah intipati penuh Bajet 2014 bertema ‘Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji’ yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat semalam.

Lima teras utama bajet ini ialah merancak aktiviti ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal, menggungul modal insan, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar dan mensejahtera kehidupan rakyat.

* Peruntukan RM264.2 bilion bagi melaksanakan langkah-langkah, program dan projek kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

* Belanja mengurus RM217.7 dan RM46.5 bilion belanja pembangunan.

* RM63.6 bilion diperuntukkan bagi emolumen dan RM36.6 bilion disediakan bagi perkhidmatan dan bekalan.

* Sejumlah RM29 bilion diperuntukkan untuk sektor ekonomi.

* RM10.5 bilion bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM3.9 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM1.1 bilion (pentadbiran am) dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Kutipan hasil diunjurkan RM224.1 bilion, naik RM4 bilion

* Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan berkurangan kepada 3.5 %, berbanding 4 % pada 2013.

* Kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion bagi tahun 2013 dan 2014 untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan, meliputi program promosi dan pengiklanan Tahun Melawat Malaysia 2014, dengan sasaran 28 juta pelancong.

* Tahun 2015 diisytiharkan sebagai Year of Festival.

* Bajet 2014 akan memperuntukkan sejumlah RM264.2 bilion bagi melaksanakan program dan projek

* Daripada jumlah ini, RM217.7 bilion diperuntukkan untuk Peruntukan Operasi manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

* Pada 2014, kutipan perolehan Kerajaan Persekutuan dianggarkan RM224.1 bilion, peningkatan sebanyak RM4 bilion berbanding 2013.

* Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan akan susut seterusnya daripada 4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.5 peratus pada 2014.

* Pelaburan swasta dijangkakan meningkat kepada RM189 bilion atau 17.9 peratus kepada KDNK, terutama dalam industri minyak dan gas, industri tekstil, peralatan pangangkutan dan pembangunan hartanah.

* Pelaburan awam dianggar mencecah RM106 bilion.

* Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.

* Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.

* Projek-projek yang dilaksanakan oleh Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID, Pengerang.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.

RINGKASAN Bajet 2014;

pesanan seorang ibu kepada anaknya

warkah untuk anak2 ku...

bila mama tua nnt..mama harap korg memahami & bersabar dgn kerenah mama mu ini..jika satu mase mama terpecahkan pinggan atau tumpahkan sup diatas meja krn mata mamamu ini kabur..mama harap korg xkan menenking atau memukul..naluri org tua terlalu terasa..selalu lah merasa kasihan pd diri ini bila korg terasa nak marah akan ibu mu ini...ank2ku jika satu masa pendengaran ini bertambah teruk.. mungkin kadang2 mama xberapa dengar apa yg korg ucapkan..mama harap korg tidak memanggil mama pekak..tolong ulang apa yg korg ingin cakapkan atau tulis je diatas kertas..mama mnta maaf anakku...semakin lama kulit mama mu ini dimakan usia..bila lututku bertambah lemah..mama harap korg ade kesabaran untuk memimpin ku bangun seperti mana mama biasa mengangkatmu semasa kecil untuk berjalan2...tolonglah bersama2 ku...anak2ku..jika mama kerap mengulangi perkataan macam radio rosak,,mama harap korg terus mendengar keluhan ku ini..tolong jangan persendakan mama atau bosan memberi perhatian pada mama ibumu,,adakah korg masih ingat masa korang kecil apabila korg mahu sesuatu permainan..korg selalu mengulangi secara berterusan sehingga korg dpt apa yg korag inginkan..tolong maafkan mama..jika bau badan mama x menyenangkan korg krn begitulah bau badan org tua..jangan paksa mama mandi..tubuh mama lemah..org tua selalu mendapat sakit bila sejuk..mama harap korg x marahkan mama..adakah korg ingat masa korg kecil..mama selalu mengejar korg yg x mahu mandi ..mama harap korg boleh bersabar bila mama tersasul krn itu adalah antara perkara yg x dpt dielakkan bila bertambah tua..korg akan faham bila usia korg tiba macam tu..jika ada masa terluang mama harap korg boleh luangkan masa berbual dgn mama walaupun beberapa minit..krn mungkin masa tu mama selalu berseorgan setiap masa & xde siapa menemani mama untuk berbual...jika sutu hari nnt korg telah mula berkerja & ada keluarga sndri..mama tahu korg akan sibuk dgn kerja n keluarga.. walaupun korg x berminat dgn cerita mama..mama cuma mntak korg luangkan masa untuk mama..mse korg kecil mama selalu mendengar ceritamu tntang brg mainanmu..tentang sekolah mu..ingat bila masa mama telah tiba & mama sakit terlantar diatas katil...mama mntak maaf jika secara x sengaja cadar basah atau bernajis..kami harap korg mempunyai kesabaranmu & kekuatan yg kuat untuk menjaga mama dsaat2 terakhir..mse tu mama xkan lme meyusahkan mu ank2ku..bila ajal mama tiba..mama harap korg dpt menggengam tangan mama untuk menghadapi nafas terakhir mama..wahai anaku jangan kau risau,,bila mama disana nnt ...mama akan selalu mendoakan agar kehidupan anak2 mama diberkati krn jasamu disaat terakhirku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online