klik atas

backlink

gambar laju

Saturday, June 16, 2012

Cara Sujud Sahwi

Sujud sahwi adalah nama bagi ‘dua sujud’ yang dilakukan oleh seseorang yang bersolat, untuk menutup kekurangan yang terjadi ketika solat disebabkan terlupa. (Muhammad bin Shalih al-‘Uthaimin, Risalah Sujud Syahwi, Majalah as-Sunnah, Edisi 12/VII/1424H/2004M, m.s. 41)

Menurut Sayyid Sabiq rahimahullah:

Sujud sahwi dilakukan dengan dua kali sujud sebelum atau sesudah salam oleh seseorang yang sedang bersolat. Kedua-dua cara ini memang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah, jld. 2, m.s. 98)

------
Perlaksanaan sujud sahwi adalah atas beberapa sebab seperti berikut:
------

1 – Penambahan gerakan (al-Ziyadah). Misalnya seseorang menambah jumlah rukuk, sujud, berdiri atau duduknya.

2 – Pengurangan (Naqs). Misalnya seseorang kurang dalam melaksanakan rukun atau hal yang wajib dalam solat.

3 – Mengalami keraguan (syak). Misalnya dia ragu-ragu tentang jumlah rakaat solat samaada tiga atau empat. (Muhammad bin Shalih al-‘Uthaimin, Majmu’ Fatawa: Bab Ibadah, m.s. 382)

Sujud sahwi hanya disyariatkan ke atas kekurangan atau penambahan yang berlaku di dalam solat secara tidak sengaja.

Jika solat seseorang terlebih atau terkurang, maka hendaklah dia sujud dua kali. (Sahih Muslim, Hadis no.: 572)

Thursday, June 14, 2012

Jerman Kalahkan Belanda 2-1

Jerman berjaya mengalahkan Belanda 3-2 dalam perlawanan kumpulan B pagi nie dalam saingan Euro 2012 seterusnya mendapat mata penuh dan mengungguli tangga ke atas kumpulan B.

Manakala Portugal berjaya mengejar dan mengalahkan Denmark 3-2 dalam perlawanan sebelumnya bagi membuka peluang bagi pasukannya tidak tercicir.

Keputusan Perlawanan Euro 2012, 14.6.2012

12.00a.m : Portugal vs Denmark = 3-2
3.00a.m   : Jerman vs Belanda = 2-1

Sunday, May 20, 2012

LPT2 BUKIT PAYONG KINI DIBUKA

Sukacita dimaklumkan bahawa laluan dari Persimpangan Ajil (Pakej 10) ke Persimpangan Telemung (Pakej 10) telah dibuka kepada awam bermula pada 18hb Mei 2012 (Jumaat). Perasmian pembukaan laluan ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia,  Y.B. Dato' IR Hj. Ismail bin Md. Salleh bertempat di kawasan Plaza Tol Ajil.
 
Sementara itu, laluan Persimpangan Kijal (Pakej 5A) hingga Persimpangan Kerteh (Pakej 6) juga turut dibuka kepada awam, namun perasmian pembukaan oleh Pengarah Pembinaan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 akan diadakan pada Jun depan.

Untuk makluman, tiada tol akan dikenakan kepada pengguna lebuhraya bagi laluan ini sehinggalah keseluruhan lebuhraya ini disiapkan. Pasukan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 menasihati pengguna agar berhati-hati semasa memandu dan mematuhi setiap peraturan-peraturan papan tanda di lebuhraya ini.

Laluan 1 : Persimpangan Ajil (Pakej 10) ke Persimpangan Telemung (Pakej 10
Laluan 2 : Persimpangan Kijal (Pakej 5A) hingga Persimpangan Kerteh (Pakej 6)

Dah start nak memecut..... 110km ke atas... vrommmm

Tuesday, May 15, 2012

Pelaga Buah Getah

Permainan yang anime4nz nak citer ni mungkin dah pupus kot... Tu yang nak citer ni.... Permainan yang nak citer ni ialah... main pelaga buah getah...

Permainan ni popular sangat-sangat masa zaman kecik-kecik dulu... Menariknya bermula dari mencari buah getah lagi.... sampai la melagakan buah getah tu.... Takde kos.....takde di shopping mall.... Cuma ada di kebun getah jer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online