KUALA LUMPUR:
Pemain bola sepak Pulau Pinang Mohd Faiz Subri disenarai pendek untuk Anugerah
Puskas FIFA 2016, sekaligus menyertai senarai 10 pemain bola sepak yang
tercalon untuk anugerah yang mengiktiraf gol terbaik daripada puluhan ribu
jaringan gol sepanjang tahun.
Ketika aksi Liga Super di Stadium Bandaraya pada Februari lepas, gol hasil sepakan percuma yang dilakukan Mohd Faiz dari jarak 35 meter melencong masuk ke gawang gol ketika membantu Pulau Pinang menang 4-1 ke atas Pahang.
Berikut
10 jaringan yang calonkan bagi Anugerah Puskas FIFA 2016:
- Mario Gaspar (Sepanyol) - 13.11.2015, Spain V England, persahabatan antarabangsa
- Hlompho Kekana (Afrika Selatan) - 26.03.2016, Cameroon V South Africa, Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika
- Marlone (Brazil) - 21.04.2016, Corinthians V Cobresal, Copa Libertadores
- Lionel Messi (Argentina) - 21.06.2016, USA V Argentina, Separuh akhir Copa América Centenario
- Neymar (Brazil) - 08.11.2015, Barcelona V Villarreal, La Liga
- Saúl Ñíguez (Sepanyol) - 27.04.2016, Atlético Madrid V Bayern Munich, Liga Juara-Juara Eropah
- Hal Robson-Kanu (Wales) - 01.07.2016, Wales V Belgium, EURO 2016
- Daniuska Rodríguez (Venezuela) - 14.03.2016, Venezuela V Colombia, Kejohanan Bola sepak Wanita B-17 Amerika Selatan
- Simon Skrabb (Finland) - 31.10.2015, Gefle V Åtvidaberg, Liga Allsvenskan, Sweden
- Mohd Faiz Subri (Malaysia) - 16.02.2016, Penang V. Pahang, Liga Super Malaysia
Undian
bermula pada Isnin sehingga 2 Disember, di mana tiga gol yang mempunyai undian
tertinggi akan diumumkan.
Undian akan dilakukan sekali lagi diantara tiga gol ini sebelum pemenang akan diumumkan pada anugerah The Best FIFA Football pada 9 Januari 2017.
Undian akan dilakukan sekali lagi diantara tiga gol ini sebelum pemenang akan diumumkan pada anugerah The Best FIFA Football pada 9 Januari 2017.
Jom rakyat Malaysia... kita memberi sokongan kepada Mohd Faiz dan MENGUNDI DI SINI.