klik atas

backlink

gambar laju

Saturday, May 24, 2014

cara mandi wajib yang betul

MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?

Jangan Pandang Remeh Bab ni.....

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.


Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.


Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.


“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .


Friday, May 9, 2014

cara buang atau uninstall ads / adware / spam / malware / pop-up

Baru - baru ni saya dah diganggu dengan adware / iklan apabila buka laman web.... Dok sedap sungguh melayari laman web bila benda alah tu ade... salah terklik kan... ke penuh iklan yang mengarut datang.... lain la jika laman web tu memang pasang iklan tu...

nama benda alah ni ialah "Ads not by this site" nama pun dah pelik dan memang susah nak buang. sakit hati betul, sampai nak buat posting pun kena ganggu dengan program adware ini.

saranan awal jangan sesekali terus pangkah ads tersebut..... sebab sekarang ads dah bijak.... klik tandanya ber'setuju'.....  ingat tu.... gunakan butang ALT+F4 untuk membuangnya... ok

kepada anda yang ada masalah ini, anime4nz cadangkan anda melawat laman web ini untuk mengetahui cara untuk membuangnya. saya memang dah cuba dan terbukti berjaya.....

selamat berjaya juga ya....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online