klik atas

backlink

gambar laju

Tuesday, May 31, 2011

Buat Duit Dengan AVAIL

Saya ingin berkongsi dalam anime4nz sedikit pengalaman saya buat bisnes Avail Beauty ini. Memang cukup senang. Bila kita buka saja mulut bercerita pasal informasi kesihatan dan kepentingan produk, pasti saja kawan-kawan akan beli... Tak kiralah lelaki ker, perempuan ker....

Setakat nak cari duit poket cash RM20 - RM50 sememangnya amat mudah... Begitu juga kalau tiap-tiap bulan kita nak dapat bonus tambahan 4-5 angka pun senang. Kalau tak percaya, tanyalah mereka yang sudah join dan buat bisnes ini... Tapi jangan pula pergi tanya yang dah join tapi tak buat bisnes ini... Memanglah mereka tak akan kata best....

Bila kita nak bercakap kenalah ada ilmu... Tidak boleh main terjah jer... Selalu pergi kelas COP yang disediakan percuma, Belajar dengan mereka yang dah berjaya... Saya sendiri pun banyak belajar dari sifu Avail, Jutawan terbaru SCM Azman Bidin dan CM Noraini binti Bidin.

Tuesday, May 24, 2011

Cara Azan / Iqamah dengan Betul dan Sempurna

Apabila kita ditegur akan sesuatu bermakna kita kehilangan sesuatu.... Masih banyak yang perlu kita pelajari agar sempurnalah ilmu kita dan cara penyampaian kita. Mari anime4nz ingin berkongsi sesuatu yang jarang kita praktikkan dan amalkan dalam mengazankan / mengiqamahkan. Semoga kita dapat keberkatan dan petunjuk dari Allah.....

Cara Azan Yang Betul

1. Berwuduk, makruh azan tanpa wuduk
2. Berdiri
3. Meletakkan Jari Telunjuk ke Telinga
4. Menghadap Kiblat


Sunday, May 22, 2011

Gula dari Habuk Kayu

SELAMA ini kita hanya mengetahui gula dihasilkan daripada tebu. Kemudian beberapa tahun lalu, penemuan daun stevia sebagai alternatif gula turut menarik perhatian ramai.

Bagaimanapun, apabila seorang penyelidik muda dari Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof. Madya Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim berjaya menghasilkan gula ringkas daripada habuk kayu, penemuan itu bukan sahaja melonjakkan namanya, bahkan membolehkan beliau bakal membuka sebuah kilang tidak lama lagi.

Pensyarah Kanan di Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (FKKSA) itu berkata, melalui penemuan itu beliau telah menerima geran daripada Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) sebanyak RM500,000 bagi membina sebuah kilang.

Krisis Air Menjelang 2014?

TAHUKAH pembaca kita bakal menghadapi krisis kekurangan air menjelang 2014 jika tabiat membazir dan penggunaan cara sekarang terus diamalkan?

Presiden Persatuan Air Malaysia (MWA), Ahmad Zahdi Jamil baru-baru ini mendedahkan, jika amalan itu terus menjadi ikutan oleh rakyat Malaysia, 2014 menyaksikan negara akan kekurangan 476 juta liter sehari.

Monday, May 9, 2011

Cara guna Enjin Carian Google/Yahoo/Ask dan sebagainya

APAKAH kaedah carian maklumat yang cekap dalam Internet terutama dalam menggunakan enjin carian ?


Apabila kita berbincang berkenaan dengan carian yang cekap dalam menggunakan enjin carian di Internet, ia merujuk kepada ketepatan maklumat yang diperolehi dalam masa secepat yang mungkin.

Enjin carian Google, contohnya ; dibina dengan kaedah cariannya yang cekap dan pantas.

Namun begitu, ada beberapa perkara yang memerlukan kecekapan pengguna enjin carian tersebut untuk mendapatkan carian maklumat yang tepat dan pantas.

Sunday, May 8, 2011

Cara Jejak Haiwan

RAMAI daripada kita yang mempunyai binatang peliharaan seperti kucing, anjing, arnab dan sebagainya.
Bagaimanapun, saat yang paling dikhuatiri oleh kebanyakan daripada pembela haiwan kesayangan ini ialah jika haiwan itu tidak lagi pulang ke rumah selepas keluar berjalan-jalan.

Ketika itulah, kita dapat melihat betapa akrabnya hubungan antara manusia dan haiwan kerana sudah tentu ramai yang akan meratap atas pemergian haiwan kesayangan mereka itu yang dianggap seperti anggota keluarga sendiri.

Bagaimanapun dengan perkembangan teknologi, segala masalah pasti ada penyelesaiannya kerana anda kini tidak perlu risau lagi ke manakah perginya binatang peliharaan anda itu.

Monday, May 2, 2011

Penjagaan Burung Puyuh

JAPANESE quail atau Coturnix japonica adalah nama saintifik bagi puyuh pedaging. Ia tergolong dalam famili Phasianidae. Pemeliharaan puyuh pedaging tidak memerlukan kawasan yang besar. Ini adalah kerana saiz puyuh jauh lebih kecil daripada unggas lain seperti ayam.

Pemilihan tapak kawasan penternakan sebaiknya hendaklah jauh dari kawasan perumahan dan ladang-ladang unggas yang lain.

Kawasan hendaklah bebas dari banjir dengan mempunyai kemudahan jalan bagi pengangkutan barangan dari luar ke ladang dan sebaliknya.

Tanah berbukit tiada halangan kecuali perlu diratakan bagi setiap kawasan reban yang perlu didirikan. Peredaran udara yang baik juga perlu diambil kira dalam pemilihan kawasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online