klik atas

backlink

gambar laju

Monday, September 17, 2012

apa itu kaveat ?

KAVEAT bermaksud sekatan atau halangan ; adalah satu instrumen / alat / mekanisme yang disediakan oleh undang-undang untuk melindungi kepentingan seseorang ke atas urus niaga hartanah miliknya.

Terdapat 4 (empat) jenis kaveat berdasarkan Akta Kanun Tanah Negara 1965 ( Bab 19 Bahagian 1)

1. Kaveat Pendaftar 
- Kaveat yang didaftarkan oleh Pendaftar ke atas Dokumen Hakmilik. Menurut Seksyen 320, Antara tujuan kaveat jenis ini adalah untuk melindungi hak-hak pemilik tertentu dan juga berkaitan dengan hak-hak kerajaan. Ia juga untuk menghalang dari perbuatan / urusniaga fraud ataupun urus niaga yang tidak wajar.

2. Kaveat Persendirian
- Kaveat yang dimasukkan oleh individu atau sebuah badan yang mempunyai kepentingan ke atas pemilikan hertanah tersebut. (Seksyen 322)

3. Kaveat Pemegang-Lien
- Kaveat yang dimasukkan oleh seseorang individu atau sesebuah badan yang memegang dokumen Hakmilik Hartanah tersebut untuk tujuan tertentu contohnya sebagai cagaran untuk tujuan pinjaman bank. (Seksyen 330)

4. Kaveat Amanah
- Kaveat ini dimasukkan oleh pendaftar ke atas mana-mana individu atau badan yang memegang amanah ke atas milikan tersebut (Seksyen 332)

Thursday, September 13, 2012

lafaz selepas akad nikah

Jom anime4nz kongsikan lafaz yang telah dilupakan selepas akad nikah.
Semoga kita semua dapat amalkan agar dapat memberi kesan terus meresaap ke hati.... naluri..

Lafaz nerupakan suatu kata-kata yang diucapkan oleh seseorang bagi menyampaikan maksud yang hendak dikatakan. Dalam perkahwinan, lafaz memainkan peranan penting bagi menjayakan acara akad nikah dan juga memberikan kesan dalam hati atas apa yang diucapkan. Masa kini yakni zaman serba moden, lafaz-lafaz akujanji dan pengakuan makin ditinggalkan serta tidak dipedulikan. Lalu ia tidak memberikan kesan dan impak dalam hati seseorang yang berkahwin. Mari kita lihat dan baca bersama anime4nz antara lafaz yang baik untuk suatu majlis akad nikah.

Wednesday, September 12, 2012

pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 begitu komprehensif dan menyeluruh.

“Pelan tindakan itu adalah berdasarkan maklum balas yang diterima daripada semua pihak, termasuk pandangan dari pendidik tempatan dan antarabangsa,” katanya ketika melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

"Pelan jangka panjang itu akan menggariskan 11 anjakan dan akan menjadi cabaran kepada semua pihak berkenaan".

“Tugas yang menanti adalah satu cabaran kerana ia bukan saja melibatkan orang di dalam mahupun luar bandar ini tetapi semua 28 juta rakyat Malaysia,”.

"Pelan itu bukan saja bertumpu kepada pengetahuan dan kemahiran tetapi nilai-nilai yang betul untuk menjamin masa depan negara.


Tuesday, September 11, 2012

Fenomena Gangnam Style


Sejak kebelakangan ini seluruh dunia dah kecoh pasal music video tarian oppa gangnam style oleh seorang artis Korea dengan nama jolokan PSY.

Faktor utama yang penyebabnya adalah jumlah tontonan di youtube kini mencecah 130 juta penonton. Apa kekuatan yang ada pada video ini ya? nampak tarian pelik.... mungkin kini orang diluar sana masih mengharapkan sesuatu yang PELIK untuk ditonton.... sehingga tidak sampai di akal untuk memikirkan perkara itu.

Sehinggakan kita terikut-ikut dengan perbuatan dan perdebatan mengenainya... Kalau kita tak ada cerita kita dikatakan ketinggalan zaman la pulak... ha ha.... Ada yang ikut menari bersama dan tidak kurang yang membenci perkara tersebut.

Asalkan lagu yang tercipta 'catchy' dan mampu 'menangkap' telinga untuk terus mendengarnya, ia sudah cukup untuk membuatkan kita jatuh hati.

Namun tidak salah kiranya kita mengkaji sedikit mengenai lirik yang datang dari bahasa yang berbeza dan latar belakang jalan cerita lagu tersebut. Apa salahnya kita sedikit kritis dalam menilai produk luar? Lagipun bukan semua produk luar berkualiti, terpulang pada pilihan masing-masing. Bukanlah tidak boleh terima langsung perkara dari luar tetapi bukankah lebih elok jika perkara ini diseimbangkan. Biarlah kita ada identiti sendiri. Mahu mencipta identiti bukan mudah. Tapi perkara itu akan hilang bila-bila masa sahaja jika kita abaikannya. Tak salah untuk suka budaya import tapi dalam masa sama, agungkan budaya sendiri.

Jom kaji bersama anime4nz kajian mengenai fenomena "oppa gangnam style" [wikipedia] ini. berikut adalah summary berkenaan dengan apa yang anime4nz dapat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online