klik atas

backlink

gambar laju

Wednesday, October 22, 2014

Panduan Pembeli Rumah

Sila ikuti panduan asas sebelum membeli rumah para blogger anime4nz sekalian.

Hasrat untuk membeli dan memiliki rumah sendiri adalah diantara keutamaan kita....

Bagi kebanyakan orang, ia merupakan detik paling penting dalam hidup mereka.

Prosesnya ringkas dan mudah, namun demikian anda perlu elak daripada melakukan beberapa kesilapan lazim.

Dan bagi memudahkan proses membeli rumah idaman, anda dinasihati mengambil langkah-langkah berikut :

{。^◕‿◕^。} Peringkat Awal : Penilaian sendiri sebelum pembelian.

{。^◕‿◕^。} Peringkat Pembelian

{。^◕‿◕^。} Peringkat Akhir : Penyerahan Pemilikan Kosong




Pada Peringkat awal, anda perlu membuat penilaian sendiri untuk menentukan kelayakan pinjaman dan bajet kewangan. Dalam konteks ini, perkara yang perlu dinilai ialah :

◕‿◕。 Harga rumah yang anda mampu.

◕‿◕。 Jumlah yang boleh dibayar sebagai wang pendahuluan untuk rumah yang diingini.

◕‿◕。 Jumlah bayaran ansuran bulanan berdasarkan gaji anda.

◕‿◕。 Adakah anda layak untuk mendapat pinjaman bank ?

◕‿◕。 Jumlah pembiayaan yang boleh anda perolehi.

◕‿◕。 Apakah caj-caj yang akan dikenakan ?

Sekiranya anda inginkan penjelasan terperinci, anda bolehlah menghubungi mana-mana bank komersial di Malaysia... (bawa je slip gaji anda dan tanya had pinjaman rumah anda !)

Seterusnya, berdasarkan bajet dan kemampuan anda, tentukan lokasi rumah yang anda inginkan.

Antara faktor yang perlu diambil kira, termasuk

◕‿-。 Jarak ke tempat kerja,

◕‿-。 Kemudahan pengangkutan awam

◕‿-。 Suasana masyarakat persekitaran

◕‿-。 Kemudahan

◕‿-。 Kelengkapan

Kemudian, di lokasi yang diinginkan, kenal pasti rumah yang boleh dibeli.

Bagi projek-projek baharu oleh pemaju, semak lesen pemaju serta permit iklan dan jualan dengan Jabatan Perumhan Negara... untuk memastikan projek berkenaan adalah sah.

Status pemaju juga boleh disemak melalui laman web ehome.kpkt.gov.my


Pada peringkat Pembelian, luangkan secukup masa untuk membaca dan memahami kandungan Perjanjian Jual Beli (PJB), selain dokumen-dokumen lain sebelum menurunkan tanda tangan.

。◕‿◕。 Semak semula aspek-aspek penting, seperti ;

。◕‿◕。 Nombor lot yang dibeli

。◕‿◕。 Harga pembelian

。◕‿◕。 Kedudukan dan keluasan petak/tapak

。◕‿◕。 Samaada pegangan bebas atau pegangan pajak

。◕‿◕。 Petak Aksesori (jika ada)

。◕‿◕。 Jenis kelengkapan rumah

。◕‿◕。 Jangka masa penyerahan pemilikan kosong

。◕‿◕。 Jadual pembayaran

。◕‿◕。 Butiran pemaju

。◕‿◕。 Butiran pembeli

。◕‿◕。 dan lain-lain jika berkaitan

Ini semua perlu bagi memastikan segala maklumat yang terkandung adalah betul dan tepat.

Peguam boleh menerangkan kepada anda mengenai semua klausa yang terdapat dalam perjanjian.

Sementara rumah sedang dibina, anda perlu menyelesaikan bayaran-bayaran berperingkat seperti yang termaktub dalam Jadual Ketiga, Pembayaran Harga Beli pada PJB dalam masa 21 hari bekerja daripada tarikh dibilkan jika pembelian secara Tunai.

Buat lawatan sekerap mungkin ke kawasan pembinaan untuk memantau kerja pembinaan.

Sekiranya anda mengambil pinjaman bank atau kerajaan, pihak bank atau kerajaan akan menjelaskan bayaran-bayaran berperingkat kepada pemaju (ikut Jadual Ketiga), sementara anda pula membuat bayaran ke atas faedah bulanan hingga rumah siap. (ikut tempoh maksima 30-35 tahun)

Jangan lupa membuat bayaran bulanan tepat pada waktu bagi mengelakkan daripada dikenakan faedah ke atas pembayaran lewat. (anda juga mungkin akan dikenakan faedah oleh pemaju disebabkan pembayaran lewat diterima dari pihak bank atau kerajaan - rujuk klausa PJB)

Pada Peringkat Akhir, pemaju akan menyerahkan Penyerahan Pemilikan Kosong kepada anda, setelah pembinaan selesai, berserta satu salinan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

Sijil CCC adalah sijil yang mengesahkan bahawa sesebuah bangunan yang dibina selamat dan layak untuk diduduki.

Anda sebagai pembeli, dianggap telah menerima penyerahan pemilikan kosong harta tanah tersebut dalam tempoh 14 hari daripada tarikh notis dihantar oleh pemaju.

Setelah menerima kunci, luangkan masa anda untuk memeriksa rumah bagi memastikan tiada kecacatan dan, atau pelencongan daripada apa yang tertera dalam Perjanjian Jual Beli.

Pemaju bertanggungjawab melakukan pembaikan ke atas mana-mana bahagian pembinaan yang cacat dalam jangka masa 24 bulan daripada tarikh pemilikan kosong.

Ini dikenali sebagai Tempoh Liabiliti Kecacatan, atau 'Defect  Liability Period (DLP).

Bermula daripada tarikh Perjanjian Jual Beli, pemaju diwajibkan untuk menyerahkan Penyerahan Pemilikan Kosong rumah baharu anda dalam masa ;

◐◑ Tempoh 24 bulan bagi sesuatu rumah yang 'landed' seperti Rumah Teres, Semi-D atau Banglo

◐◑ Tempoh 36 bulan bagi sesuatu unit ber 'strata' seperti Pangsapuri atau Kondominum.

Sekiranya pemaju gagal memenuhi syarat-syarat ini, anda boleh membuat tuntutan ganti rugi, di bawah apa yang dikenali sebagai Ganti Rugi Jumlah atau 'Liquidated and Ascertained Damages (LAD).

Anda boleh tuntut LAD dengan notis/surat selepas anda mendapat Penyerahan Pemilikan Kosong dalam tempoh yang tertentu - rujuk klausa PJB. 

Anda boleh memfailkan tuntutan di Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS), dan sekiranya anda memerlukan sebarang penjelasan, anda boleh merujuk kepada Jabatan Perumahan Negara.


TAHNIAH para pembaca anime4z! ! ! Sekarang anda sudah siap mengikuti panduan asas untuk memiliki rumah.

Dengan ini, anda bolehlah mencari rumah idaman anda.

Tetapi, ingat.... ikut setiap peringkat yang dipelajari di atas untuk memastikan laluan anda ke arah memenuhi impian memiliki rumah tidak terjejas....

dibawakan khas buat KOPERAT........

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online