klik atas

backlink

gambar laju

Wednesday, October 16, 2013

renungan ular sawa empat meter

Kuala Terengganu : "Matanya tepat merenung ke arah saya seperti kelaparan," kata Nurul Hidayatie Mohd Ali, 26, yang trauma selepas melihat ular sawa sepanjang empat meter di dapur rumahnya di Kampung Mengabang Tengah, di sini, semalam.

Menurutnya, hasratnya untuk minum air di dapur terbantut apabila melihat ular sawa menjalar masuk ke dapur menerusi lubang angin kira-kira jam 1.15 pagi semalam.

Pelajar Universiti Malaysia Terengganu itu berkata, dia tidak menyedari kehadiran reptilia berkenaan sehinggalah membuka lampu dapur untuk mengambil gelas.

"Sebaik lampu terpasang saya terperanjat melihat ular sawa menjalar turun dari lubang angin ke arah sinki.

"Jantung saya berdegup pantas apabila ular berkenaan merenung saya dan bergegas memanggil nenek dan ahli keluarga untuk mengusir ular sawa itu.

"Namun usaha menghalau ular sawa itu tidak berhasil dan adik menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) - [melalui talian 999] untuk mengambilnya," katanya ketika ditemui di kediamannya.

Bapa saudaranya. Naim Osman, 34, berkata kecekapan tiga anggota JPAM yang tiba kira-kira 10 minit selepas kejadian itu berjaya menangkap ular sawa seberat tujuh kilogram itu.

Menurutnya, ular sawa itu pada mulanya bertindak agresif dan sukar dijerut pada tali, namun hasil tindakan pantas dan kerjasama antara tiga anggota JPAM akhirnya berjaya menangkap serta memasukkan ke dalam karung guni.

Pemaju perumahan KOPERAT itu berkata, kejadian semalam adalah kali ketiga rumahnya dimasuki ular dan sebelum ini bilik anak saudaranya juga dimasuki ular sawa tikus tetapi berjaya ditangkap ahli keluarga.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online