klik atas

backlink

gambar laju

Thursday, June 21, 2012

Kisah 3 Coca Cola

Pagi-pagi akal menerjah jom kita menerjah isi tersirat di sebalik kisah 3 coca-cola ini.

Ada 3 tin coca cola, ketiga-tiga tin tersebut diprodukkan dan dipatenkan di kilang yang sama. Ketika tiba harinya, sebuah truk datang ke kilang, mengangkut tin-tin coca cola dan menuju ke tempat yang berbeza untuk perindustrian/penjualan.

Tin pertama dek kerana malu memberitahu mahu ke tempat kurang orang, janji ada orang mahukannya. Pemberhentian pertama adalah supermaket tempatan. Tin coca cola pertama di turunkan disini. Tin itu diletakkan di rak bersama dengan tin coca cola lainnya dan diberi harga RM 1.50.

Tin kedua pula mahu ke tempat ramai orang supaya dirinya cepat terjual dan ramai meminumnya. Maka, pemberhentian kedua adalah pusat pasaraya terbesar. Di sana, tin kedua diturunkan. Tin tersebut ditempatkan di dalam peti supaya dingin dan dijual dengan harga RM 2.50.

Tin ketiga mahukan ekclusif. Pemberhentian terakhir adalah hotel bintang 5 yang sangat mewah. Tin coca cola ketiga diturunkan di sana. Tin ini tidak ditempatkan di rak atau di dalam peti. Tin ini hanya akan dikeluarkan jika ada pesanan dari pelanggan hotel. Dan ketika ada yang pesan, tin ini dikeluarkan bersama dengan gelas kristal berisi ais batu. Semua disajikan di atas meja dan pelayan hotel akan membuka tin coca cola itu, menuangkannya ke dalam gelas dan dengan sopan menyajikannya ke pelanggan hotel. Harganya RM 22.00.


Sekarang, pertanyaannya adalah :

 
Mengapa ketiga-tiga tin coca cola tersebut memiliki harga yang berbeza padahal diprodukkan/dipatenkan dari kilang yang sama, dihantar dengan truk yang sama dan bahkan mereka memiliki rasa yang sama.


" Lingkungan Anda mencerminkan harga Anda ".


" Lingkungan berbicara tentang RELATIONSHIP ".


Apabila Anda berada dilingkungan yang boleh mengeluarkan terbaik dari diri Anda, maka Anda akan menjadi cemerlang. Tapi bila Anda berada dilingkungan yang meng-kerdil- kan diri Anda, maka Anda akan menjadi kerdil.!!....Lingkungan anda, adalah ANDA.


(Orang yang sama, bakat yang sama, kemampuan yang sama) + lingkungan yang berbeza = NILAI YANG BERBEZA..!!



FIKIR-FIKIRKANLAH DAN SELAMAT BERAMAL!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama