klik atas

backlink

gambar laju

Friday, August 5, 2011

Projek TRBK sumbang RM6.6j

KONSORTIUM Perumahan Rakyat Terengganu (KPRT) Sdn Bhd, syarikat berkaitan kerajaan negeri menyasarkan perolehan RM6.6 juta hasil jualan 29 unit rumah teres dua tingkat Fasa 3A Taman Rakyat Bistari Kemaman (TRBK) di Bukit Kuang, Teluk Kalong, Kemaman.

Pengurus Besarnya, Azizul Hashim berkata, rumah teres berkenaan berkeluasan 22 kaki lebar dan 70 kaki panjang dijual pada harga RM240,000 hingga RM287,000 seunit dan setakat ini 17 peratus sudah dijual.
Cantik... Kakitangan KOPERAT melihat Rumah Contoh TRBK

Menurutnya, potongan harga sebanyak lima peratus dan rebat RM3,000 akan diberikan kepada pembeli Bumiputera selain KPRT turut membantu menguruskan pinjaman dengan institusi kewangan bagi individu yang layak. Katanya, kelebihan TRBK ialah kedudukannya yang strategik berhampiran dengan jalan utama Terengganu-Kuantan dan susur ke Lebuhraya Pantai Timur selain hanya enam kilometer dari bandar Chukai.
“Selain itu, ia juga berdekatan kemudahan awam seperti masjid, stesen minyak, klinik desa, sekolah, pasar raya dan Taman Rekreasi Bakau Tinggi,” katanya ketika ditemui di pejabatnya.

Azizul berkata, pihaknya yakin dapat menyiapkan unit rumah berkenaan lebih awal iaitu penghujung tahun ini sedangkan tempoh asal adalah pada 2013.

Katanya, selain projek hartanah di TRBK, tahun depan pihaknya akan melaksanakan tiga projek baru di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu selain di Bukit Kuang dan Pekan Jabi, Besut.

Oleh Nazdy Harun
Harian Metro : Ruangan Bisnes : Jumaat, 5 Ogos, 2011

Layari Page Facebook / koperat        sekarang !!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online