klik atas

backlink

gambar laju

Thursday, August 25, 2011

Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) Kuantan - Kuala Terengganu

Pembukaan Rasmi Persimpangan Bukit Besi - Ajil - Bukit Payong - Telemong - Kuala Terengganu

Sukacitanya dimaklumkan jajaran Pakej 11 dan Pakej 12 telah dibuka secara rasmi kepada orang awam pada 22hb Ogos 2011. Untuk makluman, pakej 11 dan Pakej 12 telah diwartakan Jalan Persekutuan pada 15hb Mac 2011.  Sehubungan itu, orang awam dibolehkan menggunakan jajaran lebuhraya dengan melalui Persimpangan Bukit Besi sehingga Persimpangan Ajill bagi Pakej 10. Seterusnya melalui Persimpangan Telemong ke Persimpangan KualaTerengganu bagi Pakej 11 dan Pakej 12. Rujuk peta jajaran dibawah.



Maklumat Lebuhraya LPT 2



Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 akan menyediakan laluan yang terpanjang meliputi ciri-ciri tercepat, tanpa gangguan, paling selesa dan memberi perjalanan yang selamat kepada kenderaan dari bandaraya Kuala Lumpur ke bandaraya persisir pantai  Kuala Terengganu yang tersohor dengan budaya dan tradisi.

Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 akan menjadi perintis kepada pembangunan kawasan pedalaman dan mempercepatkan lagi pertumbuhan tiga negeri pantai timur untuk memenuhi objektif kerajaan dalam menyeimbangi pertumbuhan ekonomi diantara semua negeri-negeri di Malaysia. Perlaksanaannya sejajar dengan pelan pembangunan koridor di bawah ‘Eastern Corridor Economic Region (ECER)’ yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada Disember 2007. Lebuhraya Pantai Timur menyediakan pengangkutan dalaman dan menghubungkan wilayah-wilayah untuk membangkitkan pembangunan aktiviti ekonomi di kawasan pedalaman.

Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1, (LPT1) sepanjang 160 km, menghubungkan Karak ke Kuantan, ibu negeri Pahang telah siap pada tahun 2004.

Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), sepanjang 185 km kini dalam pembinaan dan dijadualkan siap pada 2012. Fasa 2 lebuhraya bermula dari Jabur dan berakhir di Gemuruh, di bahagian utara Kuala Terengganu sepanjang 182.6km. Ianya merupakan lebuhraya bertaraf tinggi dengan 4-lorong dua hala, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti 10 persimpangan bertingkat, kawasan rehat dan rawat, hentian sebelah, lampu jalan dan plaza tol dengan berasaskan kriteria rekabentuk dan pemilihan laluan.
Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan diurus oleh Kementerian Kerja Raya. Pembinaan projek diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuh Raya (LLM) melalui pembahagian kerja sebanyak 70:30. JKR melaksanakan projek dengan membuat pembahagian jajaran kepada 16 pakej dan membuka tender kepada kontraktor-kontraktor tempatan bumiputera.

Jaminan Kualiti


Untuk memastikan LPT2 dibina memenuhi kualiti yang tertinggi, Sistem Pengurusan Kualiti JKR diaplikasikan pada setiap proses perjalanan projek.

Alam Sekitar… Kami Pelihara
Kajian Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA) untuk keseluruhan projek telah dibuat dan telah mendapat kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar. Inisiatif untuk menjadikan lebih mesra alam sekitar, ‘swale’, elevated structure, bukaan pembentung dibina sebagai laluan air dan juga laluan haiwan untuk menjaga keseimbangan flora dan fauna.

Langkah-langkah pengawalan terhadap kesan alam sekitar seperti penanaman rumput, perangkap kelodak, dan pagar pengawalan kelodak, diwajibkan semasa kerja-kerja pembinaan untuk mengurangkan kesan hakisan dan memastikan kesan yang minima terhadap eko-sistem yang sedia ada.
Untuk keselesaan pengguna, kemudahan Kawasan Rehat dan Hentian Sebelah dibina pada setiap 30 km. Kemudahan yang dibina termasuk tandas, kedai cenderahati, gerai makanan, restoran, surau, taman permainan kanak-kanak, gazebo dan ruangan tempat letak kereta.

Kemudahan yang disediakan memberikan kesempatan yang bersesuaian untuk pengguna lebuhraya berehat dan menyegarkan badan sambil melihat keunikan barangan kraf tempatan disamping makanan-makanan tempatan yang enak. Telefon kecemasan dipasang pada setiap dua kilometer sepanjang jalan pada kedua-dua hala lebuhraya.
Projek ini direkabentuk untuk menepati piawaian kejuruteraan yang tertinggi yang mementingkan keselamatan jalan, penjagaan alam sekitar, dan kemudahan penyelenggaraan. Aspek-aspek yang terlibat meliputi:-
  •  Lebuhraya direkabentuk untuk kelajuan 120km sejam
  •  Pembahagi jalan berlandskap selebar enam meter
  •  Tiga meter lebar bahu jalan yang berturap
  •  Sepuluh persimpangan bertingkat dengan lampu jalan yang menyediakan jalan susur keluar bagi menghubungkan ke bandar yang terdekat.
  •  Dihubungkan dengan jalan susur keluar yang direkabentuk berkelajuan 60 km sejam   

1 comment:

  1. Pada 18.5.2012 Lebuhraya LPT2 dari Bukit Besi - Ajil - Bukit Payong - Telemong - Setiu - Kuala Terengganu dah dibuka by peringkat...
    LPT2 nih bertingkat so ada la jugak tak buka lagi... apa pun dah boleh lalu....
    Lihat papan tanda yang betul
    Lihat Speed meter anda kut TERNAIK ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online