klik atas

backlink

gambar laju

Wednesday, August 10, 2011

10 telefon bimbit popular di Malaysia

MALAYSIA mempunyai prospek pasaran telefon bimbit pintar paling cepat membangun. Ia dibuktikan menerusi peningkatan jumlah pengguna telefon bimbit mobiliti pelbagai jenama di negara ini.

Dalam kegilaan masyarakat yang berlumba-lumba memiliki pelbagai gajet moden itu, syarikat enjin pencarian Yahoo! mengeluarkan statistik model-model telefon bimbit popular yang dicari pengguna menerusi inisiatif Yahoo! Search Trends.

Berikut adalah hasil pencarian 10 model telefon bimbit paling popular oleh Yahoo! Malaysia Search untuk sepanjang bulan Jun 2011 :

* iPhone 5. Apple memang tidak pernah mengumumkan tarikh pelancaran rasmi untuk model telefon bimbit pintar terbaru iPhone 5. Namun, disebabkan minat mendalam pengikut setia gajet itu, mereka telah mengeluarkan khabar angin bahawa Apple menyediakan 15 juta unit iPhone 5 yang dibangunkan di Taiwan sebagai persediaan memasuki pasaran menjelang September tahun ini.


* iPhone 4. iPhone 4 merupakan telefon bimbit pintar berskrin sentuh dibangunkan oleh syarikat teknologi Apple. Generasi keempat iPhone itu hadir bersama keupayaan sokongan panggilan video dan kepelbagaian akses web serta multimedia. Ia didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.


* Samsung Galaxy S. Telefon bimbit pintar Android ini telah diumumkan oleh Samsung pada bulan Mac 2010. Ia disempurnakan bersama pemproses Hummingbird 1 GHz, binaan memori Flash 6 hingga 16 gigabit (GB), skrin sentuh empat inci dengan resolusi 480 x 800 piksel Super AMOLED, kamera belakang lima megapiksel dan kamera depan.



* Samsung Galaxy SII. Samsung Galaxy SII merupakan telefon bimbit paling berjaya pernah dihasilkan oleh Samsung. Ketika ini, model tersebut diiktiraf sebagai telefon bimbit super pintar dengan pemproses berkembar kedua ternipis di dunia.



* Sony Ericsson Xperia. Xperia merupakan rangkaian telefon bimbit pintar dihasilkan oleh Sony Ericsson. Sejak 2010, syarikat itu banyak memberi fokus kepada pembangunan portfolio berkenaan dengan separuh daripada keuntungan Sony Ericsson disumbang oleh model-model Xperia.




* Nokia C3. Nokia C3 merupakan telefon bimbit mampu milik dengan spesifikasi cukup lengkap untuk menarik perhatian pengguna. Ia dilengkapi capaian Wi-Fi dan papan kekunci QWERTY.




* Nokia N8. Model telefon bimbit untuk siri N ini dipacu oleh sistem operasi Symbian 3. Ia merupakan peranti telekomunikasi Nokia pertama dilengkapi kamera beresolusi 12 megapiksel.




* Samsung Galaxy Ace. Samsung Galaxy Ace merupakan telefon bimbit pertama Samsung menggunakan sistem operasi terbuka daripada Android. Ia hadir bersama skrin TFT sentuhan pelbagai 320 x 480 piksel bersaiz 3.5 inci.

* Blackberry Bold. BlackberryBold 9000 atau lebih dikenali sebagai Bold 1 merupakan model Blackberry yang popular dengan fungsi pintar, mempunyai papan kekunci QWERTY serta keupayaan mesej berkesan.





* Blackberry Curve. BlackBerry Curve merupakan antara model awal yang diperkenalkan syarikat pengeluarnya, Research In Motion (RIM). Curve 8520 adalah peranti Blackberry pertama mempunyai kawalan pad trek.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online