klik atas

backlink

gambar laju

Thursday, November 25, 2010

Kuota Haji

Musim haji belum berakhir, mungkin dah ada penerbangan awal pulang ke tanah air sudah tiba. Selamat menunaikan Ibadah Haji. Semoga haji kita diterima oleh Allah S.W.T.

Kali ini saya nak berkongsi satu penjelasan yang saya dapati di suratkhabar hari ni ; mengenai KUOTA HAJI. Kenapa?? penting sangat ker kuota ni?? Dah tu sapa yang layak?? Hok sulong doh pernoh gi haji ni bila layak?? Asyik-asyik muka sama jer dapat gi haji..... perbagai persoalan timbul bila dikaitkan dengan haji.



Pihak Tabung Haji (TH) menjelaskan bahawa tidak ada merujuk mana-mana satu sistem pengurusan sebagai sistem kuota. Apa yang ada ialah 'Sistem Pendaftaran Haji Terbuka'. Di bawah sistem ini, umat Islam Malaysia digalak merancang dan mendaftar lebih awal untuk pemergian haji mereka dan tidak hanya mendaftar pada tahun semasa atau menghampiri musim haji dengan harapan agar dapat terpilih pergi haji dalam tahun semasa.

Di bawah sistem ini, mereka yang mendaftar lebih awal mendapat peluang pergi haji lebih awal atau dengan kata lain, "yang mendaftar dahulu didahulukan".

Olek kerana keupayaan pergi haji kini dihadkan oleh kuota haji OIC sejak 1987, maka jumlah pendaftaran telah disusun mengikut negara dan Malaysia mempunyai kuota 26,000 orang bagi setiap tahun berdasarkan nisbah 0.1 peratus daripada jumlah penduduk negara. (permohonan juga telah dikemukan bagi meningkatkan kuota Malaysia kepada 28,000 berdasarkan penduduk Malaysia kini berjumlah 28 juta orang.

Kini susunan 26,000 orang setiap tahun telah pun siap dibuat untuk 23 tahun ke hadapan berdasarkan jumlah pendaftaran yang diterima dan berpandukan prinsip "yang mendaftar dahulu didahulukan".

Satu nak tambah nampaknya dengan perkembangan terkini, perkiraan matematik mudah.... Umur kita sekarang 30 tahun maka doh boleh gi mendaftar dengan bersyarat.... simpanan kita minimum RM3,000.00 dalam akaun TH. dan 30 + 23 tahun = 53 tahun..... Umur kita 53 tahun baru leh pergi haji daaa..... kalu yang dah berumur kira sendiri la..... Jom berdaftar....

Berkenaan larangan pergi haji melebihi sekali, mulai tahun 2010 ini Th telah menguatkuasakan larangan mendaftar haji kepada mereka yang baru balik menunaikan fardu haji. ( * Mereka yang telah pergi haji pada tahun lepas 2009, tidak boleh membuat pendaftaran baru kecuali selepas lima tahun 2014.)

Namun terdapat sejumlah kecil yang diberi kelonggoran khususnya berkaitan dengan keadaan:
1. Kerana mengiringi mahram yang terpilih tahun semasa.
2. Kerana mengiringi warga tua yang diberi keutamaan tahun semasa.
3. Kerana bertugas di bawah Rombongan Haji TH dan syarikat yang dilesenkan.

Sekiranya mereka terpilih di bawah salah satu kategori di atas, Th tidak dapat menghalang mereka mengikut kaedah asas muassasah oleh kerana mahram atau jemaah yang mereka iringi hanya mampu untuk mengikut kaedah asas muassasah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama