klik atas

backlink

gambar laju

Sunday, June 14, 2009

Solat Subuh Jumaat Sujud Sejadah

Assalamualaikum....
Aku terpanggil untuk merencanakan sedikit kisah untuk tatapan sesama Muslim..... Suatu hari aku terdengar perbualan antara hamba Allah mengenai satu persoalan... ianya kecil tapi sepatutnya dijadikan iktibar akan datang... Alkisahnya hamba Allah ini kebetulan pulang ke kampung halaman dan singgah di masjid untuk solat Subuh.... Hamba Allah ini kehairanan kerana solat subuh pada pagi itu berlainan seperti biasa....lagipun Hamba Allah ini terlewat untuk memulai dari awal..... Solat subuh pada pagi itu dikatakan 3 rakaat....
Persoalannya.... Betulkah Sembahyang Subuh 3 rakaat?

Macam ni sahabat..... Subuh jumaat sunat baca surah as-Sajadah. dan dalam surah tu (ayat 15), disunatkan sujud sajadah atau juga dipanggil sujud tilawah. Sunat sujud sajadah ini bukan kerana solat, tapi kerana bacaan tilawah. Kalau dalam solat tu kita tak membaca ayat sajadah, maka takde la sujudnya. Maka betullah 3 rakaat .. tapi tanpa rukuk bagi rakaat pertama...(dari berdiri terus sujud sajadah) dan teruskan 2 rakaat seperti biasa.
Sujud tu sunat bukan kerana solat subuh jumaat, tapi kerana ayat 15 surah as-Sajadah. Hukum sunat untuk sujud sajadah di dalam solat pula hanyalah untuk imam. Bagi makmum pula hukumnya samada wajib atau haram.
sebabnya? makmum wajib mengikut imam semasa solat jemaah. kalau imam sujud, makmum wajib sujud. kalau imam tak sujud, haram untuk makmum sujud. tapi kalau imam tak sujud, makmum masih boleh buat sujud sajadah selepas habis solat, atau selepas mufaraqah dengan imam, dan hukum sujud itu adalah sunat.

Bacaan yang sunat dibaca ketika sujud sajadah ialah: Ertinya: "Aku bersujud dengan wajahku kepada Dzat yang telah merupakan dan menciptakannya, dan menciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan kekuatan-Nya. Maha memberkati Allah, sebaik-baik Pencipta".

"Ayat-ayat sujud sajadah ialah:1. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 2062. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 153. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 504. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 1095. Surah 19 (Maryam) Ayat 586. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 187. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 778. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 609. Surah 27 (An Naml) Ayat 2610. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 1511. Surah 38 (Shaad) Ayat 2412. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 3813. Surah 53 (An-Najm) Ayat 6214. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 2115. Surah 96 (Al-'Alaq) Ayat 19

Nota:
Perlu dinyatakan bahawa bacaan Surah 38 (Shaad) Ayat 24 menurut Syafi'iyah dan Hanbaliyah tidak termasuk ayat sajadah, tapi ayat yang disunatkan untuk sujud syukur . Bacaan surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77 pula menurut madzhab Syafi'iyah dan Hanbaliyah dimasukkan sebagai ayat sajadah.Wallahu'alam.

Jawapan Ust Zaharuddin:
Tempatnya di dalam al-Quran sekitar 15 ayat. Perbuatan sujud ini disunatkan bagi orang yang membaca dan mendengar, tetapi bagi orang haid dan nifas ia tidak di tuntut menurut pendapat yang disepakati (Al-Fiqh al-islam wa Adillatuhu, 2/1128)

Sujud semasa sampai ke ayat-ayat sujud adalah sunat sahaja menurut majoriti mazhab dan wajib menurut mazhab Hanafi (Rujuk Fath al-Qadir, 1/380; Mughni al-Muhtaj, 1/214; al-Mughni 1/616), Ini kerana Rasulullah SAW pernah tidak melakukan sujud ketika dibacakan satu ayat sujud dari surat an-Najm kepada baginda; ini menyebabkan semua sahabat yang ada ketika itu tidak sujud (Hadith ini diriwayatkan oleh al-Bukhari, Abu Daud Ad-Dar al-Qutni dan lain-lain - hadith Shohih).

Bagaimanapun secara umumnya Allah SWT menegur orang yang tidak melakukan sujud apabila dibaca ayat-ayat sujud sebagaimana firman Allah SWT : erti : "Dan apabila di bacakan kepada mereka ayat al-Quran mereka tidak sujud" ( al-Insyiqaq : 21)

Manakala hadith yang menyebut tentang kepentingan sujud ini adalah datangnya dari Abu Hurairah (ra) : Ertinya"Apabila anak Adam membaca ayat sajdah, dan ia sujud , maka Syaitan akan melarikan dirinya serta menangis lalu berkata : „celaka ia, di perintah untuk sujud lalu ia sujud, dan baginya Syurga, dan aku pernah di suruh sujud tapi aku enggan dan bagiku neraka" (Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, no 133; dan Ibn Majah)

Alternatif jika si pembaca atau pendengar ayat-ayat sujud dalam keadaan yang tidak sesuai untuk sujud, maka harus kepadanya untuk membuat isyarat sujud sahaja (iaitu menundukkan kepala sedikit sambil membaca tasbih yang biasa. Ini disepakati oleh seluruh mahzab (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 1/301, cet Dar al-Fikr ) Ia berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Umar ertiya : "Sesungguhnya Nabi SAW membaca ketika hari pembukaan Mekah, ayat Sajadah, maka semua sahabat sujud, ada di antaranya yang berada di atas kenderaan dan dan di atas bawah, dan terdapat yang menunggang sujud di atas tangannya" (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, Abu Daud, no 1411, ms 171)

Manakala berkenaan membaca doa sujud 3 kali sahaja tanpa melakukan sebarang isyarat sujud, maka tidaklah diketahui dari mana sumber yang mencadangkan amalan sedemikian. Wallahu a'lam

21 comments:

  1. Di harap artikel ini dapat membantu saudara / saudari di luar sana

    ReplyDelete
  2. Kalau Rakaat pertama Baca Al fatihah dan surah sajadah sampai ayat ke 15 sujud tilawah, bangun habiskan sampai mukasurat kedua,
    kemudian sujud biasa,
    Rakaat ke dua solat subuh baca al-fatihah dan surahnya baca baki mukasurat ke tiga surah sajadah..
    PERNAH KE DI BUAT OLEH IMAM2.....

    ReplyDelete
  3. Kebiaasaan imam akan akan membacakan rakaat pertama dngn surah sejadah hingga ke ayat 15 dan sujud tilawah.. bangun dan teruskan dengan pembacaan hingga ke akhir ayat... sujud biasa... dan teruskan rakaat terakhir dengan surah lazim biasa... Imam juga boleh teruskan dengan pembacaan surah sejadah atas kehendak kerana surah seadah juga adalah satu surah yang dibolehkan pembacaan selepas surah al-fatihah.....

    ReplyDelete
  4. info yg bagus.saya baru sahaja mengalami peristiwa 3 rakaat ini di pagi subuh jumaat yg lepas ( 12/8/2011 ).Mula2 agak pelik dalam hati tapi kena ikut imam la.Rupa2nya saya masih jhil lagi tentang agama islam dan banyak lagi yg perlu saya pelajari.Subhanallah.Tq kpd info ini.Salam wbt.

    ReplyDelete
  5. nk tny dari segi niat nye...tetap dengan niat solat subuh kan??....dan pd rakaat kedua mse imam sambung bca surah sejadah, adakah makmum wajib membaca surah al-fatihah??...

    ReplyDelete
  6. Niatnya sama mcm solat subuh. Sebenarnya solat subuhnya tetap 2 rakaat, cuma bila sampai ayat ke 15 kita disunatkan sujud sejadah dan bangun semula. lepas dari bangun makmum hanya mendengar bacaan imam sahaja sehingga imam ruku'.

    ReplyDelete
  7. niat tetap sama solat subuh 2 rakaat bersama makmum kerana Allah Taala....sujud bila imam sujud pada ayat ke 15.... dan bangun teruskan pembacaan kerana ianya masih dlm rakaat pertama.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum... Sy ada satu pertanyaan. Situasi hampir sama seperti diceritakan. Sekiranya sy bermula setelah imam bangun dari sujud sajadah, adakah saya perlu menggantikan satu rakaat selepas imam memberi salam. Terima kasih

    ReplyDelete
  9. Sembahyang SUBUH berapa rakaat kawan2...
    2 rakaat..

    Jika kita pasti kita telah cukup 2 rakaat maka sempurnalah solat kita. walaupun kita ketinggalan sujud sejadah bersama dengan imam. solat kita tetap cukup dengan 2 rakaat. (*kalau was was boleh sujud sahwi selepas imam salam-kena niat cerai imam)
    Lain halnya kalu satu rakkat sahaja ikut maka kena bangun sambung rakaat kedua selepas imam salam.

    ReplyDelete
  10. Baru first time sembahyang subuh jemaah hari jumaat hari ni.. Agak pelik jugak. Memang pernah dengar pasal sujud sejadah. Tapi tak pernah buat sendiri atau alami ketika solat.

    Surah yg dibaca oleh imam pun mcm lain. Masa saya rukuk, saya tgk semua orang terus sujud. Saya tertanya2 kenapa?

    Pada rakaat berikutnya pun takder bacaan qunut dan sebab saya tahu subuh cuma 2 rakaat, saya terus duduk untuk tahiyat akhir bila semua orang bangun semula.

    Terus hilang fokus untuk solat. Cuma pertanyaan demi pertanyaan berlegar kat kepala.

    Memandangkan, masa tu tgh dalam waktu kerja, lepas salam (ikut jugak imam sembahyang sampai habis). Saya terus menyambung tugas macam biasa.

    Petang lepas solat asar baru teringat nak google dan terjumpa blog saudara. Terima kasih untuk penerangan.

    Tapi tulah masalahnya. Saya solat dalam keadaan was-was. Dan secara jujur jugak, saya memang tak pernah buat dan tak tahu tentang sujud sahwi pun.

    Jadi mcm mana cara nak tebus solat subuh saya tu?

    ReplyDelete
  11. Kita mmg jarang melakukan sujud sajadah apabila kita tak rajin membaca al-qur'an mahupun berjemaah di pagi jumaat... apatah lagi kita tak hafalpun surah as sajadah & tidak kenali dimana ayat yg disuruh sujud itu berada.... Itulah gunanya Imam yang hafazan....

    apabila kita membaca al-quran di masa lapang contohnya... apabila terjumpa dengan ayat as-sajadah disunatkan kita sujud sajadah....( hanya sujud atau tundukkanlah kepala anda ketika itu barang sejenak) tak bacaan tak apa... janji tunduk dan INGATT!! ianya hanyalah sunat....(buat dpt pahala)... kalau kita pahami ayat sebenarnya ketika itu... mmg Allah suruh kita tunduk/sujud... maka kita tunduklah...Allah suruhkan...
    p/s Ketahuilah tanda-tanda sujud sajadah dlm al-qur'an... ada tandanya....

    Apabila kita sembahyang mengikut Imam... maka ikutlah Imam sehabisnya tanpa keraguan..atau tanpa was-was... jika was-was juga bolehlah sujud sahwi selepas salam.

    Bagi pandangan kasar saya, Solat anda dah sempurna dan mengikut Imam.... Cuma perasaan was-was sahaja menyelubungi diri...
    kembalilah kepada Allah... Qada Sembahyang / sujud sahwi.... moga Allah mengampunkan diri kita yg terlalai... Kita yg lemah disisi-Nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Ustaz, hurm saya ada kemusykilan hurm contohlah kalau time ayat ke 15 tu kita xsujud, jemaah sebelah kita sorang je yang sujud adakah solat subuh itu diterima atau perlu diqada' kan ya ustaz. macam kawan kita juga saya agak jahil berkenan ini. Hal ini adalah disebabkan saya ingatkan jemaah sebelah tu dia tersalah jadi saya tidak mengikutnya. Tambahan pula, saya tidak dapat melihat perbuatan imam dihadapan. Mohon percerahan ya Ustaz

      Delete
    2. serahkan pada Allah... dalam jemaah, kita diharuskan ikut imam.,.. bukan jemaah... maksudnya... jemaah/makmum harus teliti pergerakan dan suara imam.. dan imam harus pastikan suaranya sampai ke pengetahuan makmum. barulah sempurna sembahyang.
      walaupun imam salah kita kena ikut.... selepas selesai baru kita qada/sujud sahwi.... boleh rujuk kepada seseorang yang lebih arif untuk ketahui lebih ilmu.

      Delete
  12. terima kasih untuk penerangan saudara.

    ReplyDelete
  13. salam saudara, solat subuh pada hari jumaat yg disertakan ini hanya dibuat mengikut imam je ke? kalau sembahyang sendiri dekat rumah, wajib di buat jgk ke sujud sejadah seperti y diterangkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena baca dan fahami betul betul sujud sejadah tu... wajib ke sunat ??

      sunat ja ....... jika anda baca surah selepas al-fatihah yang ada bacaan 'sajadah' maka sujudlah.... jika anda baca surah al ikhlas...(contohnya)... maka tak perlulah sujud sajadah....

      tapi jika mengikut imam.... walaupun sunat... tapi kita tetap wajib mengikut imam.... maka sujudlah..... ada paham.... :)

      Delete
  14. kenapa pula disebut tiga rakaat?tetap dua rakaat seperti yg diniatkan. disebabkan ada ayat sajadah maka sunat kita sujud apabila sampai kat tanda sujud( lambang kubah dalam al qur'an.bila bangun masih lagi rakaat pertama.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. persoalanyanya : benarkah solat subuh 3 rakaat? jawapanya : TIDAK

      solat subuh tetap 2 rakaat.

      Delete
  15. pada rakaat pertama imam baca surah fatihah kemudian surah sajadah hingga ayat ke 15 dan terus sujud sajadah, kemudian bangun berdiri utk teruskan bacaan surah sajadah hingga ayat ke 30. Imam kemudiannnya rukuk, iktidal dan baca doa qunut kemudian sujud, duduk antara 2 sujud, sujud kembali, tahiyat akhir dan bagi salam.

    Apa pandangan ustaz

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sah solat jika tak cukup rakaat... solat subuh 2 rakaat.
      jika tak cukup tambahlah 1 rakaat lagi dan sujud sahwi . semoga Allah mengampuni dan menerima solat kita.
      [sujud sajadah bukanlah 1rakaat]

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online