klik atas

backlink

gambar laju

Sunday, June 14, 2009

Keretakan tiang LTSM



Semasa Aku berkesempatan masuk ke terminal... Aku terpandang sesuatu....tidak tahulah orang ramai sedia maklum atau pun tidak.... Keretakan sedia ada di beberapa tempat.... yang pastinya di betul-betul tiang hadapan pintu masuk terminal....



Setakat berita yang aku dengar hanya Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang belum dilaporkan mengalami kecacatan walaupun sebelum ini lampu panduan penerbangan dan ‘jetway’atau jambatan laluan penumpang masuk kedalam kapalterbang dilaporkan mengalami kerosakan. Setelah lihat dengan mata kasar barulah keraguan terdetik di hati.... baru ja Terengganu kehilangan kemegahan stadium baru-baru ini.... janganlah hendaknya berjangkit ke bangunan lain.... Kisah-kisah seperti "sekali aku tiup habih runtuh bangunan', "raksasa dah mem'fire' stadium hingga hancur musnah tanpa Utraman tak sempat mengambil tindakan" begitu sinis kedengaran... menjadi buah mulut orang...

Semoga segala keretakan atau pun rekahan diperbaiki segera agar ianya tidak merebak menjadi ancaman yang besar kepada rakyat jelata dan Terengganu Khasnya. Pastinya selenggara bangunan-bangunan besar diperlukan dari masa ke masa. Jangan dijadikan alasan kerana orang ramai boleh menilai dari kaca mata itu sendiri.... dan jangan pula seperti menutup bangkai gajah.... kerana lama kelamaan orang mula sedar dan keraguan sedikit sebanyak akan merisaukan orang ramai... Lihatlah berita mencanangkan bagaimana Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terenggannu (MBKT) di Batu Burok di Kuala Terengganu menunjukkan tanda-tanda bermasalah. Laporan Utusan Malaysia (5 Jun 2009) dan sebuah portal berita minggu lalu mengatakan air dari kolam renang di pusat itu dikesan meresap masuk ke lorong yang memisahkan kolam renang dengan 13 buah kedai di sisi pusat itu menyebabkan air bertakung lalu memasuki premis perniagaan itu. Wallahuaklam.......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online