klik atas

backlink

gambar laju

Tuesday, March 22, 2011

Botol Susu Bayi

Saya salah seorang dari berjuta pengguna yang menggunakan botol susu. bukan untuk diri sendiri tapi untuk anak-anak kita sendiri. Dari kecil kita berikan mereka gunakan untuk menyusu tanpa kita sedari botol itu memberi kesan jangka panjang. Baru-baru ini kita dikejutkan pula dengan pengistiharan penggunaan botol plastik diharamkan. Walhal benda ini dah lama diwawarkan tapi tidak dibangkitkan di dada-dada akhbar. So apa lagi, jom anime4nz menyelami botol yang anda gunakan itu, lawati juga info di Keluarga Avail. Bahaya atau tidak? TINDAKAN!!... terpulang pada pembaca budiman.... Ingatilah dan jagalah warisan kita di masa depan....

Botol Susu Bayi Polikarbonat tidak selamat untuk digunakan kerana mengandungi Bisphenol A (BPA). Apa itu BPA? Kenapa BPA itu boleh membahayakan bayi? Bagaimana mahu mengecam botol susu polikarbonat itu? Apa yang perlu dilakukan pada botol susu bayi yang mengandungi BPA?

Monday, March 21, 2011

Kedudukan Bulan Paling Rapat Dengan Bumi

ENGLAND - Buat pertama kali sejak tahun 1992, bulan yang besar (super moon) dapat dilihat pada titik kedudukan paling rapat antara bumi dan bulan di menara St. Michael di Glastonbury, England, lapor sebuah akhbar semalam.

Kelihatan beberapa pengunjung sedang berdiri berdekatan menara itu untuk melihat bulan yang hanya dapat dilihat selepas dua dekad lalu.

Fenomena tersebut berlaku apabila bulan berada sangat rapat dengan bumi daripada kebiasaannya. Ketika itu, bulan akan kelihatan sangat terang dan bercahaya. - Agensi

Saturday, March 19, 2011

Supermoon 2011

Apa Terjadi Hari Ini, 19 Mac 2011??

Mungkin korang sudah mengetahuinya, sudah membacanya, tapi pasti masih ramai juga yang belum tahu sesuatu akan berlaku kepada bumi pada hari 19 Mac 2011 (hari ini) ini. Apa yang bakal berlaku kepada bumi pada malam ini ? 

Apa yang akan berlaku pada 19 Mac 2011 ialah fenomena luar biasa yang dikenali sebagai ‘Supermoon’. Supermoon berlaku apabila bulan berada sangat dekat dengan bumi. Ia menyebabkan bulan kelihatan cukup besar dan dianggarkan 30% sehingga 50% lebih besar daripada yang lazim dilihat apabila bulan mengambang.

Thursday, March 17, 2011

Tuesday, March 15, 2011

Paksi Bumi Berubah Akibat Gegaran Di Jepun - Kehancuran Bumi Pasti Tiba Bila Sampai Masanya

Paksi Bumi Berubah lagi - Tsunami Penyebabnya

Jom saya kongsikan dari sumber bolg.wartashubhi  kedalam anime4nz nih pula.  Bila gempa mula menggegar, tsunami mula mengganas, Kepulauan Jepun menjadi mangsa.. Jom amik dan dengar sedikit fakta tentang kejadian gempa kuat yang melanda jepun hari jumaat lalu. Antara perkara hebat yang berlaku adalah :

ANTARA CINTA DAN PERSAHABATAN

Andainya diberi pilihan untuk memilih diantara kedua-duanya, akan kupilih kedua-duanya sekali. Kerana bagiku ianya sangat penting dan bernilai dalam hidupku.

Monday, March 14, 2011

UFO di Tsunami Jepun

Tokyo - Satu angkatan cahaya objek terbang tidak dikenali (UFO) dilihat dekat Gunung Fuji sebelum gempa bumi kuat berlaku di timur laut Jepun pada Jumaat lalu, laport laman Allnewsweb.com kelmarin.

Imej UFO itu dilihat kira-kira seminggu lalu dan ia disiarkan di laman web YouTube.

http://www.youtube.com/watch?v=44Zp_lJRlKU

Sebelum kemunculan cahaya itu dirakamkan, beberapa saksi turut merakamkan kelibat UFO lain di Jepun.

Gunung Fuji terletak lebih 300 kilometer dari pusat gempa bumi bawah laut yang kuat di timur laut Jepun pada Jumaat lalu -Agensi


Ingin Tahu Kenapa Paksi Boleh Berubah??

Gajet Perang Masa Hadapan

SELAMAT menyambut Hari Tentera Darat kepada seluruh anggota Angkatan Tentera Malaysia yang disambut pada 1 Mac lepas.

Sempena sambutan itu, satu pameran dan perarakan secara besar-besaran telah diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur untuk memberi peluang kepada rakyat mengenali lebih dekat dengan pasukan anggota keselamatan negara.

Filem Animasi Rango - Sesumpah yang Dramatik

SELEPAS mengikat penonton dengan rangkaian filem The Pirates Of The Caribbean yang berjaya mencatat kutipan berbilion ringgit, Gor Verbinski kembali dengan animasi pertama garapannya, Rango.

Mengekalkan pelakon kegemarannya, Johnny Depp sebagai teraju animasi berdurasi satu jam 48 minit ini, Verbinski berjaya menampilkan satu lagi karakter yang berpotensi memikat jiwa pengikut setia karyanya.

Sunday, March 13, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa mencabar Yusry

PEMBIKINAN filem Hikayat Merong Mahawangsa memberikan cabaran besar kepada pengarahnya, Yusry Abdul Halim hingga ke peringkat mahu menarik diri daripada meneruskan penggambaran filem tersebut.

Menurut Yusry, banyak detik-detik yang mencemaskan berlaku semasa penggambaran yang mengancam nyawa pekerja produksi dan ini memang mencemaskan.

Kini jerih dan perit Yusry menghasilkan filem kedua arahannya memberikan hasil yang memberangsangkan selepas melalui banyak cabaran.

Saturday, March 12, 2011

Berita Tsunami 12 Mac 2011


Mungkingkah Bumi di hampiri Bulan pencetusnya???

 

Gempa bumi di Jepun mengemparkan kita 2 @ 3 hari ini. Kekadang tak tidur malam bagi yang tinggal di kawasan pantai. Mungkin nostalgia tsunami lepas masih terpahat lagi. anime4nz sekali lagi mengajak pembaca sekalian mengetahui berita lanjut di sini. sekadar berkongsi 

 

Friday, March 11, 2011

Amaran Tsunami!! Jauhi aktiviti di Pantai

Amaran berjaga-jaga!!!

Kemungkinan TSUNAMI melanda.  

TOLONG JAUHI KAWASAN PANTAI.!!!!


Bulan Dekati Bumi. 19 Mac 2011 ada Bencana??

WASHINGTON (Berita SuaraMedia) - Dongakkan kepala Anda ke arah langit malam, Sabtu 19 Mac 2011 akan datang.Jika langit tidak mendung, akan terlihat kelibat Bulan lain dari kebiasaannya.

Satelit Bumi itu akan nampak lebih besar. Di malam itu, Bulan akan berada dalam jarak terdekat dengan Bumi sejak tahun 1993, 18 tahun yang lalu. bulan akan berjarak 356.577 kilometer dari Bumi

Thursday, March 10, 2011

Sajok Loghat Tranung - Guane Gamok Orang Kiter

Guane gamok orang Tranung kite
(Apa khabar orang Terengganu Kita)
Arak-arak se’gor megor
(Harap-harap segar bugar)
Dok kemama lagi
(Tidak lalai lagi)

MillatFacebook saingi Facebook

MillatFacebook optimis mampu saingi Facebook

MillatFacebook atau mFacebook (MFB) mungkin bakal menyaingi rangkaian sosial Facebook yang memungkinkan anggotanya untuk berinteraksi dan berkomunikasi antara anggota dari seluruh dunia.

MillatFacebook adalah laman sesawang sosial Pakistan yang pertama dicipta sekumpulan anak muda profesional di bidang IT di kota Lahore pada 30 Mei 2010.

Wednesday, March 9, 2011

Skim Rumah Pertamaku Dilancar

Pendapatan
Kurang RM 3,000.00 Sebulan

Layak Pinjam
100%

Bagi Rumah RM 100,0000.00
hingga RM 220,000.00

Cara Masuk Parkir Automatik di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu

Di atas permintaan dan sokongan anda semua, aku kan cuba ceritakan dan sekaligus mengajar anda dalam anime4nz nie macamana cara nak memasuki parking autamatik 'Rotary Type' kat Jalan batas Baru, Kuala Terengganu nie.

Sebelum nie aku dah ceritakan serba sedikit mengenai Sistem Parking Automatik 'Rotary Type' di Bandar Kuala Terengganu yang mana ianya hanya satu seadanya di Malaysia setakat ini. Memang wajar Kerajaan Negeri meluluskan pembinaan parking automatik ini supaya nisbah parking yang kekurangan di negeri ini dapat membantu rakyat terengganu khususnya dan orang luar amnya.

Tuesday, March 8, 2011

Dedah rahsia pertahanan negara, gugat kredibiliti ATM

KUALA LUMPUR 7 Mac – Pendedahan maklumat berhubung keupayaan pertahanan negara akan menggugat kredibiliti negara dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta mendedahkan aspek keselamatan dan rahsia negara kepada pelbagai ancaman seperti jenayah, tohmahan dan fitnah.

Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Mohd. Izani Mohd. Zain berkata, keupayaan pertahanan negara adalah rahsia yang perlu dipertahankan oleh setiap lapisan warga Malaysia yang mempunyai akses terhadapnya.

Imtiaz jayakan Program Tadarus al-Quran

KUALA TERENGGANU 7 Mac - Sempena musim cuti sekolah pertengahan bulan ini, Radio Malaysia Terengganu (TFM) akan menganjurkan program Tadarus al-Quran yang bermula 13 Mac depan. 

Filem animasi Rango terlaris

LOS ANGELES 7 Mac - Filem animasi Rango dibintangi oleh Johnny Deep yang mengisahkan seekor sumpah-sumpah menjadi syerif untuk membersihkan pekan Dirt menduduki tangga teratas dan terlaris carta box office Amerika Utara semalam, dengan mencatat jualan tiket sebanyak AS$38 juta (RM115 juta).

Sunday, March 6, 2011

Apple iPad 2 Terbaru

Apple iPad 2 baru saja dilancarkan oleh Steve Job, orang kuat syarikat gergasi Apple. Seperti yang diketahui, iPad 2 telah ditokok tambah dengan elemen-elemen yang baru terhadap gajet paling popular sekarang iaitu Apple iPad 2. Kegilaan gajet terbaru ini mesti tercari-cari apa yang telah digodam iPad 2 ini menjadikannya lebih banyak kelebihan dari segi perfomance, processor dan fungsi menarik yang terkandung disebalik iPad 2 ini.

Spesifikasi iPad 2 terbaru adalah

Landskap Makanan

Gubahan Ajaib Dari Makanan
anime4nz : Landskap Fantasi ;sayur brocoli, roti & rumpai laut


KREATIVITI mampu menukarkan apa sahaja kepada sesuatu yang menarik. Di London, seorang jurugambar membuktikan makanan bukan sekadar bahan untuk mengisi perut tetapi mampu dijadikan hasil seni animasi yang menakjubkan.

Thursday, March 3, 2011

Kempen ChurpChurp

Tentu anda dah tahu pasal ChurpChurp si  burung biru bersama buih tu kan....So sekarang ni anime4nz teruskan dengan kempen dari churpchurp nie pulak.

1. Kempen dari ChurpChurp. Kempen terbaru hari ini. Daftar sekarang anda dapat ganjaran berganda. Hanya invite kengkawan anda dapat ganjaran. Mari kita ramaikan kawan-kawan dan ramaikan komuniti churpchurp ni pulak.


Wednesday, March 2, 2011

Artis Reka Wajah Manusia 5,300 Tahun Lalu

BOLZANO, Itali - Dua artis menggunakan animasi imej tiga dimensi (3D) untuk menghasilkan wajah manusia zaman ais yang berusia 5,300 tahun.

Ia dihasilkan berdasarkan satu mayat lelaki yang beku dengan wajahnya mengalami keretakan menyebabkan sukar untuk mengenal pasti bentuk rupanya yang sebenar.

Model wajah manusia itu dihasilkan oleh dua artis dari Belanda, Alfons dan Adrie Kennis.

Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke 78

KUALA LUMPUR: 1 Angkatan : Tetap Gagah Tetap Setia, itulah slogan sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-78. Slogan tersebut secara rasminya diisthiharkan semasa Acara Perbarisan Pembaca Perutusan Hari Ulang Tahun Tentera Ke-78 yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Tuesday, March 1, 2011

Bertawassul dengan Hak Para Nabi

Kali nie anime4nz mahu mengupas satu persoalan atau perbahasan tentang isu tawassul, suatu persoalan yang boleh menjadi punca kekeliruan dalam masyarakat.

Penentangan sesetengah pihak terhadap tawassul boleh menjerumuskan mereka kepada sikap merendah-rendah kemuliaan dan kelebihan yang ada pada diri Rasulullah SAW dan para ulama pewaris baginda. Ini bukannya suatu kegelinciran yang kecil.

Oleh itu, wajarlah kita menghabiskan sedutan tentang perbahasan isu ini dari kitab Mafahim karya al-Allamah al-Muhaddith Dr. Sayyid Muhammad bin Sayyid 'Alawi al-Maliki.

Monday, February 28, 2011

Ilmu Imam dan Makmum

DALAM kitab Durratun Nasihin, Rasulullah SAW menerusi hadisnya menjelaskan mengenai manfaat sembahyang berjemaah.
Melalui hadis itu Rasullullah bersabda yang bermaksud :
"Barang siapa sembahyang lima waktu berjemaah, maka baginya lima perkara (hadiah).

Pertama, dia tidak ditimpa kefakiran dunia.
Kedua, Allah membebaskan dia daripada seksaan kubur.
Ketiga, dia akan menerima kitab catatan amal dengan tangan kanannya.
Keempat, dia melalui jambatan (siratulmustakim) sebagai kilat yang menyambar
Kelima, Allah memasukkannya ke syurga tanpa hisab dan seksa."

Cara Bebas Komputer dari Virus

Apakah langkah terbaik yang perlu diambil untuk memastikan komputer bebas daripada virus?.

Dunia sekarang sering berlaku keadaan membabitkan sesebuah komputer yang telah dilengkapi perisian anti virus tetapi masih berhadapan dengan masalah serangan virus. — anime4nz

Beberapa langkah mencegah virus

Ops Piramid

Kecekapan TUDM lancarkan Ops Piramid


BERMULA akhir Januari lalu, situasi keselamatan di Mesir semakin meruncing ekoran demonstrasi menuntut Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan keadaan itu turut memberi impak kepada keselamatan warga Malaysia yang berada di sana.

Ekoran itu kerajaan Malaysia memutuskan untuk memindahkan warga Malaysia yang berada di Mesir ke Arab Saudi dan seterusnya ke Malaysia. Operasi pemindahan itu dinamakan Ops Piramid yang bermula 2 Februari dengan melakukan penerbangan dari Pangkalan Udara Subang menuju ke Jeddah iaitu Pusat Operasi Barisan Hadapan.

Sunday, February 27, 2011

Jom Daftar ChurpChurp

               
Pernah tengok gambar kat atas ni? Apa??
tak pernah dan tak tau apa benda ni?
Nama dia ChurpCurp yang merupakan satu lagi anak syarikat Nuffnang.
Sebenarnya Curpchurp lebih kepada Twitter dulu tapi sekarang korang jangan terkejut sebab diorang dah integrate system dengan Facebook dan ini bermakna lepas ni selain daripada earn duit dari Twitter kita boleh earn jugak melalui facebook.


Seni peralatan Astronomi Islam

ASTRONOMI merupakan bidang yang mendapat perhatian manusia sepanjang zaman dan di setiap tamadun. Ia merupakan kajian tentang ciptaan Allah di alam cakerawala seperti bulan, bintang, matahari dan planet-planet lain yang terdapat di ruang angkasa.

Kali ini anime4nz ada butirannya.

Ilmu mengenai kajian astronomi berkembang pesat di wilayah Islam pada abad kesembilan hingga abad ke-15 Masihi.

Ia adalah bidang yang amat penting bagi golongan terpelajar dan pemikir pada waktu itu.

Saturday, February 26, 2011

Whoa! #MiloFuzeJamPack is having a contest and to start off, all you gotta do is tag your friends with respective personalities. I know who is going t

Whoa! #MiloFuzeJamPack is having a contest and to start off, all you gotta do is tag your friends with respective personalities. I know who is going t

Cara Masuk Parking

Agak lambat pulok masuk blog ari ni.... bukannya apa, buat pembersihan sikit sebanyak kat dalam rumoh... terjumpa diari lama.... Rasa nok buang doh memori-memori lama... Dulu masa remaja..... muda lagi tu... asyik duk conteng je dalam diari... Apa!!!!! korang tak pernah ader diari... Belambok kat kedai nun... Gie lalu beli sutir... he he..... Lening... diari korang tentu dengan blogger....

Belek punya belek... tercatit satu catitan.... catitan masa aku belajor amik lesen kereta dulu-duluan.... Maklumlah jenis mudah lupa... kena la catit apa-apa patut kan.... Sebelum aku buang jer memori tu dalam garbige.... Aku perturunkan kat anime4nz untuk pembaca budiman. Ini ilmu cikgu keta tu bagi... mungkin ader kesilapan.... Tapi yang pasti... dengannya aku PAS lesen kereta...... he he.. Terima kasih Cikgu...

Thursday, February 24, 2011

Khasiat Budu Terbongkar

Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Baca Seterusnya >>

Inspirasi Seni Khat

KUALA TERENGGANU – Usaha memartabatkan seni khat kepada umum khususnya golongan muda mendorong Taman Tamadun Islam (TTI) menganjurkan Seminar, Pertandingan dan Pameran Inspirasi Seni Khat yang akan berlangsung pada 12 dan 13 Mac depan.

Pengerusi jawatankuasanya, Zubir Embong berkata, program yang akan diadakan itu adalah bagi peringkat nasional yang melibatkan penggiat karya seni khat dari seluruh negeri.

Menurutnya, sehingga kini TTI telah menerima lebih 300 penyertaan dari seluruh negeri, malah TTI turut mengundang pengkarya seni khat dari Brunei, Indonesia dan Selatan Thailand untuk mempamerkan karya mereka sepanjang seminar berlangsung.

Dinosaur Thunder Thighs

LONDON 23 Feb. - Saintis Britain dan Amerika Syarikat (AS) dilapor telah menemui sejenis dinosaur dipanggil Thunder Thighs yang mempunyai kaki berotot besar yang membolehkannya menendang dengan kuat.

Para penyelidik menemui tulang-tulang daripada dua rangka yang tidak lengkap milik seekor spesies dewasa dan anak dinosaur itu di sebuah kuari di Utah, barat AS.

Saintis mendapati, spesies yang juga dikenali sebagai Brontomerus mcintoshi dalam bahasa Latin itu mempunyai bentuk tulang pinggul yang unik dan luar biasa besarnya jika dibandingkan dengan dinasour berleher panjang sauropod seperti Diplodocus dan Brachiosaurus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online