klik atas

backlink

gambar laju

Thursday, February 24, 2011

Maharaja Lawak Di Kalangan Pelawak

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Program pencarian pelawak terbaik, Maharaja Lawak (MRL) yang akan memulakan siaran setiap Jumaat, pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132) mulai 1 April ini menawarkan hadiah wang tunai RM600,000 kepada pemenang.

Hadiah itu merupakan yang tertinggi dipertaruhkan berbanding dengan program Raja Lawak Astro (RLA) yang secara keseluruhan, menawarkan hadiah berjumlah RM180,000 kepada pemenang.

Wednesday, February 23, 2011

Tip tip Menjual Rumah

Pening? Risau? Tak tahu cara nak menjual rumah? Jangan khuatir mungkin dengan membaca artikel kali ini anda dapat penyelesaiannya!

Menjual rumah bukanlah sesuatu yang mudah. Perkataan ‘mudah’ itu hanya bagi mereka yang pakar dalam urusan jual beli hartanah sahaja.

Tuesday, February 22, 2011

Tip beli rumah idaman

MEMILIKI kediaman atas nama sendiri menjadi idaman semua individu namun, tidak ramai yang tahu prosedur pembelian rumah, malah lebih memeningkan kepala memikirkan faktor kewangan bagi membayar ansuran bulanan.

Kebanyakan individu keliru memikirkan soal rumah sebagai keperluan atau kemahuan yang mana pada akhirnya akan menimbulkan pelbagai masalah berikutan kekurangan wang bagi menampung perbelanjaan bulanan yang hampir separuh disalurkan untuk membayar ansuran rumah yang diidamkan.

Ikuti temu bual wartawan Bisnes Metro, Syarifah Dayana Syed Bakri bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Hijrah Wealth Management Sdn Bhd, Mahdzir Md Isa, mengenai panduan sebelum membuat keputusan membeli rumah bagi mereka yang pertama kali bercadang memiliki kediaman sendiri.

Monday, February 21, 2011

animasi

Animasi ialah paparan pantas susunan imej-imej seni 2-D atau posisi model agar menghasilkan ilusi gerakan. Animasi ialah sejenis ilusi optik pergerakan disebabkan kejadian penerusan penglihatan, dan boleh dihasilkan dan didemonstrasi dalam pelbagai cara. Kaedah persembahan animasi yang paling laris ialah sebagai program wayang gambar atau video, namun juga terdapat cara-cara lain untuk mempersembahkan karya animasi tempatan.

Sejak itu, industri ini berkembang dengan adanya perkakasan, teknologi dan inovasi dari negara Barat terutama Perancis yang membawa era baru animasi negara dalam animasi empat dimensi, khusus pada pertengahan 1990-an.

Keghairahan menggunakan teknik 3D perlu dibuat atas dasar daya tarikan yang kuat terhadap golongan kanak-kanak.

BoBoiBoy

Boboiboy, nama yang diberikan syarikat pembikinnya, Animonsta Studios Sdn Bhd, diterajui Pengarah Urusan, Mohd Nizam Abdul Razak dengan tujuh rakannya yang lain melonjakkan kemampuan bakat muda untuk mencipta hasil setanding produk Amerika Syarikat.

Pembikinan animasi Boboiboy mencecah kos RM2.6 juta untuk 30 episod dengan 25 tenaga pakar dikerah untuk menyiapkan siri BoBoiBoy yang mengambil masa 18 bulan untuk dihasilkan.

“Setakat ini, semua tenaga kerja berumur 30 tahun ke bawah dan kebanyakannya lepasan universiti dan kami bercadang untuk menambah lima lagi juruanimasi menjadikannya jumlah keseluruhan kepada 30 tenaga,” katanya.

Animasi Malaysia

Sejarah Animasi Malaysia

ADAKAH kita masih ingat animasi pertama yang diterbitkan di negara kita suatu ketika dulu.... Mari kita imbas kembali nostalgia bersama penglipur lara beranimasi kita. Dari sang kancil, monyet dan buaya, silat lagenda, usop santorium, anak-anak sidek, kluang man, upin dan ipin dan terbaru boboiboy.

Sunday, February 20, 2011

Manusia Ciptaan Terbaik

AL-MARAGHI berkata: Surah al-Tin termasuk Surah Makiyyah. Ia terdiri daripada lapan ayat dan diturunkan selepas Surah al-Buruj. Surah ini berkait dengan surah al-Insyirah.

Surah al-Insyirah telah dijelaskan oleh Tuhan perihal makhluk Allah SWT yang paling sempurna iaitu Nabi Muhammad SAW. Berikutnya dalam surah ini Allah SWT menerangkan perihal keadaan manusia sehingga akhir saat urusan mereka dan balasan yang telah disediakan oleh Allah SWT untuk orang yang beriman kepada rasul-Nya.

Firman Allah SWT: Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun.


Hotel Nabi Nuh

KADANG-KADANG terfikir juga kita bagaimana jika bumi ini satu hari dilanda bencana yang sangat besar, apakah yang akan terjadi kepada kita? Ke manakah kita akan pergi?

Jika bencana itu merupakan tanda-tanda berlakunya hari kiamat, tentu tiada apa yang kita boleh dilakukan tetapi bagaimana pula jika ketika itu dunia mencapai hari terakhirnya walaupun kedudukan bumi hampir musnah.

Tentu keadaan ini mengingatkan kita mengenai kejadian bah besar yang pernah melanda bumi pada zaman Nabi Noh.
Jika ia berlaku pada zaman moden ini, adakah kita benar-benar bersedia?


Thursday, February 17, 2011

Tasik Kenyir

Tinjau Khazanah Tasik Kenyir

Tasik Kenyir, Terengganu. Terpegun dalam pesona, nyata sekali kawasan takungan air seluas 260,000 hektar itu telah menyuburkan warisan alam semula jadi yang ada di sekelilingnya.
siapa sangka di dalamnya 300 spesis ikan - anime4nz
 Selain bersuka ria di pekarangan resort, ada yang memilih untuk memancing, meredah keluasan tasik, meneroka gua ataupun bersendirian atas penginapan bot.  

Tebuan

Persoalan mula timbul. Sejauh manakah daya ketahanan seseorang untuk ia melepasi risiko maut sekiranya disengat tebuan? Adakah ia berkaitan dengan faktor kesihatan dan usia? Paling utama, ramai yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai serangga itu yang selama ini sekadar dianggap ‘kumbang biasa dengan bisa yang lebih’.

Kosmo! telah menemui seorang pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dari Bahagian Kawalan dan Gangguan Hidupan Liar untuk menjelaskan kejadian itu.

“Tebuan tergolong dalam keluarga Order Hymenoptera, daripada keluarga Vespidae yang terdiri dari lebih 5,000 spesies tebuan dan serangga lain.


Wednesday, February 16, 2011

3 Peringkat Perguruan

PANDUAN UNTUK YANG INGIN BERGURU
ANDAINYA kita membuat anggaran, andainya kita belajar dengan 7 orang guru bagi setiap tahun daripada darjah satu hingga ke tingkatan lima, iaitu dengan sebelas tahun persekolahan, kita sudah menuntut dengan 77 orang guru. Jikalau dicampur dengan guru-guru lain seperti Guru Besar, Guru Disiplin, guru-guru sekolah agama dan guru-guru tuisyen, ini bermakna, dalam usia 7 hingga 17 tahun, kita sudah berguru tidak kurang dengan 100 orang cikgu.

Anda Mungkin Juga Meminati

Baru jer siap belajar cara tutorial nak pasang 'anda mungkin juga meminati' kat blog anime4nz.

Susah tul nak cari entry ni... tup tup jumpa..... Apa pun kena explore lagi... dan lagi...
Senang sangat cara dia. Ingatkan main coding ke apa..... maklumlah kita pakai blogspot bukannya wordpress.... mestilah lain.. Lagipun FREE.... Yessssss

Rupanya ada website yang dah sediakan application ni dan automaticcally set dalam blog kita.

Kelas Maya

Terengganu Perintis Kelas Maya Sekolah Rendah

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata sebagai permulaan tiga kelas di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga, Sekolah Kompleks Seberang Takir di Kuala Terengganu, dan Sekolah Teluk Kalong di Kemaman dipilih untuk melaksanakan projek perintis itu.

"Kos untuk mengadakan sebuah kelas maya ini dianggar antara RM25,000 hingga RM30,000 bergantung kepada kemudahan yang ada dan kita akan perluaskannya secara berperingkat ke sekolah lain jika ia menunjukkan pencapaian yang memuaskan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kelas maya di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga di Kuala Terengganu, Rabu.

Cara Rasulullah

Rasulullah... Sikap Prihatin Cara Baginda

Buat sekian kalinya kita menyambut Hari Maulidur Rasul yang diraikan pada 12 Rabiulawal. Kita menyambutnya untuk mengingati seorang pemimpin agung, seorang mahaguru hebat, malah seorang insan yang sewajarnya mendapat tempat di hati kita sebagai idola di sepanjang hayat.

Dalam pada kita mengingati kelahiran baginda, tulisan ulama-ulama muktabar mencatatkan bahawa Rasulullah s.a.w juga wafat pada bulan Rabiulawal. Malah, buku The Sealed Nectar terjemahan dari Ar Raheequl Makhtum, penulisnya Saifur Rahman Al-Mubarakpuri menulis, baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 12 Rabiulawal juga.


Tuesday, February 15, 2011

Sek. Men. Keb. Kerteh JUARA CIP-KPS Terengganu

KUALA TERENGGANU 13 Feb. - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerteh yang menghasilkan bekas pembakar BBQ daripada tin terbuang menjuarai Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah peringkat negeri (CIP-KPS 2011)

Sekolah dari daerah Kemaman yang diwakili empat pelajar itu mengatasi enam sekolah lain dengan mengetengahkan idea, kreativiti dan inovasi lebih menarik.

Produk kitar semula yang dihasilkan membolehkan mereka membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM1,000 dalam pertandingan yang berlangsung di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, dekat sini hari ini.


Monday, February 14, 2011

Selawat Ke Atas Rasul

Sempena bulan baik hari mulia anime4nz mengajak pembaca blog budiman, marilah kita semua berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Hukum Sambutan Maulidur Rasul


Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala. 

Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat. 
 
Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. 

Maulidur Rasul - Aku Merinduimu Ya Rasulullah

RASULULLAH.

"Ya Rasulullah, hina nya diri aku menjadi umat mu.. tak layak nya rasa diri aku ni menjadi umat di bawah bimbingan mu suatu ketika dulu... diri aku ni penuh dengan dosa, hina dina.. kotornya aku rasa diri ni.. sehingga kan aku rasa malu nak menyebut yang kau la NABI ku, pembimbing seluruh umat akhir zaman.."

"Ya Rasulullah... payah nya aku rasa nak menjadi umat mu yang sempurna.. kadang2 aku kalah dengan godaan dan nafsu dunia.. teringat aku saat nyawa kau ingin di ambil ALLAH, kau lebih risaukan umat mu ini berbanding dengan nyawa kau yang bakal di tarik itu...

"Ya Rasulullah.... sedih nya aku lihat generasi aku kini, iaitu umat mu ni... semua telah berpaling tadah dari ajaran mu, ajaran ALLAH... dapat ke kami semua ini di selamat kan?dapat ke YA RASULULLAH...??
kini kau telah jauh.... kau tak dapat menyelamatkan lagi umat mu ini... tapi kau telah meninggalkan amalan dan ajaran mu untuk kami semua ini amalkan, ini lah ganti diri mu untuk kami... untuk bantu kami...

Sunday, February 13, 2011

Eksekutif Google diangkat sebagai wira kebangkitan

KAHERAH - Eksekutif pemasaran serantau syarikat enjin carian Internet terkemuka dunia Google, Wael Ghonim (gambar) menyatakan beliau sangat gembira apabila mendengar berita peletakan jawatan Presiden Mesir, Hosni Mubarak lewat malam semalam.

Aktivis siber itu diangkat sebagai ikon revolusi kerana menghasilkan satu akaun Facebook untuk seorang mangsa kekejaman polis yang akhirnya menjadi pencetus kepada kebangkitan rakyat untuk menentang pemerintahan Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 25 Januari lalu.


Hari Kekasih Bertentangan Islam

PUTRAJAYA 12 Feb. - Penolakan kepada sambutan Hari Kekasih bukanlah disebabkan ia berasal dari Barat tetapi kerana bertentangan dengan ajaran Islam.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, sebab itu apa saja sambutan yang bertentangan dengan prinsip Islam maka ia akan ditolak walaupun datang dari Timur.


Bilakah Hari Kiamat ?

Polemik hari kiamat bukan perkara baru. Ia sudah bermula sejak Nabi Muhammad SAW (selawat dan salam buat beliau) masih hidup lagi. Jibril (salam ke atasnya) pernah menguji Nabi tentang hari kiamat dan beberapa sahabat pernah bertanya kepada Nabi ‘bilakah hari kiamat?’

Beriman dengan hari kiamat termasuk salah satu rukun iman yang wajib diyakini oleh setiap orang Islam. Ia bukan semata-mata ajaran Nabi Muhammad SAW, bahkan ajaran semua nabi-nabi sebelum baginda termasuk ajaran umat Yahudi dan Kristian. Justeru tidak hairan apabila ada filem Barat yang menggambarkan hari kiamat persis disebutkan oleh al-Quran dan Sunnah Nabi.


Jangan sambut Hari Valentine

KENAPA TIDAK BOLEH SAMBUT HARI KEKASIH "VALENTINE DAY" :-

14 Februari? Jadi kalau sebut jer 14 Februari anime4nz tau je apa dalam kepala hotak u all…. Hari Kekasih, Hari Dating, Hari bagi bunga, hari di mana kedai-kedai bunga kehabisan stok bunga Rose… senang cerita Hari ni adalah Hari Valensetantine’s Day.

Kadang-kadang heran jugak bila ditanya bilakah Nabi Muhammad dilahirkan, tak tau, bilakah jatuhnya Maal Hijrah, tak tau, bilakah jatuhnya Nisfu Syaban, hoh yang ni lagi la tak tau pasal susah sket, bilakah jatuh Hari Aidilfitri, tak err… eh melampau ni  kalau Raya pun tak tau. Berbanding Hari Valentine’s Day masing-masing dah pakat ngan kepala hotak mesti sambut… tak kurang jugak yang awal-awal tahun baru hari tu dah bulatkan 14 Februari tarikh penting seolah-olah ia dah jadi budaya… ishkk3x sedihnya.

Sedikit info yang dapat saya pastekan untuk korang semua kali ini.

Saturday, February 12, 2011

Q33 NY

Rahsia di sebalik nombor Plat Q33 NY

PERHATIANNNNNNNNNNNNN....!!!!

Bukak Microsoft Word korang.
Taipkan dlm huruf besar, Q33 NY (no. pesawat langgar WTC).
Tukar saiz font tu kpd saiz 48. 
Korang highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kpd font WINGDINGS.
Apa yg korang nmpak? Kebetulan atau dirancang?????????? jeng2.....

Thursday, February 10, 2011

Logo Halal Malaysia

Assalamualaikum...

Nampaknya isu logo halal semacam tiada kesudahan.... Semakin rancak ianya diperkatakan.... sehinggakan saya sendiri tergerak hati meletakkan tanda halal di blog anime4nz ni.... Jika ianya semudah itu.... copy & paste... dah tanda bukti ianya halal.... maka tiadalah istilah yang mana halal... yang mana haram. Adakah setiap blog di malaysia punyai cop halal di blognya menandakan blognya halal dimakan???.....

Saya halalkan saja ilmu yang dikutip di blog anime4nz ini untuk santapan rohani dan dijadikan ilmu yang berguna untuk kita dimasa-masa akan datang.

Blog bukan sejenis makanan untuk dijadikan halal haram..
tapi blog boleh jadi haram kalau ianya terarah kepada maksiat.....atau seumpamanya..
so ... jadikanlah blog kita bermanfaat... halal untuk dimakan oleh otak.... akal kita. " nilai-nilai positif ".


Tips meringankan blog dan loading page di anime4nz

Seperti yang kita semua maklum, punca utama kenapa blog kita menjadi berat dan loading menjadi lambat adalah disebabkan oleh penggunaan widget ataupun plugin yang banyak dan tidak praktikal yang kita letakkan pada sidebar. Paparan jumlah entri di frontpage (muka depan) juga merupakan punca utama kenapa blog tersebut menjadi berat.

Pada info kali ini, aku nak kongsi satu tip bagaimana untuk mengurangkan beban pada blog dengan mengurangkan jumlah entri pada front page supaya blog tersebut dapat loading dengan lebih cepat dan pantas. ( Ini pun ku dapat dari rakan blog yang lain... semoga ianya ilmu yang berguna untuk kita)


Jom test drive blog anda laju ker tak

Assalamua'laikum. Berjumpa lagi dalam ruangan IT 4 blog, he he. Kali ni saya nak ajak kalian test blog masing-masing. Tak tau pulak yang kita boleh tau kelajuan loading page blog kita. So saya nak kongsi la dengan rakan-rakan blogger untuk buat speed test cikit. huhu. Kalau blog kalian lebih dari 100kb maknanya ditahap yang agak lambat cikit la. Yang terbaik adalah bawah 100 kb. Cubalah!! Senang je caranye, just letakkan link, lepas tu check.

Jom ramai-ramai pakat klik kat sini:


Monday, February 7, 2011

4 tanggal aneh di tahun 2011

Tahun 2011 ini mempunyai 4 tanggal aneh / tarikh aneh / pelik kan:

1-1-11,
11-1-11,
1-11-11,
11-11-11.

Sekarang cuba ini !! :


Episod 3 - Aming gi bala... rekaang Faizul Faiezi

Tambahan wak sukaan bacaang.... doh bace dok agi citer sebelum??? Klik jer kat label Cerpen Tranung sebeloh kanan bawoh tu ajer atau klik jer kat link ni ha??? sonang..... Layang....

http://anime4nz.blogspot.com/search/label/Cerpen%20Tranung

Ingak ke aming, Tok Imang nge mok ajie wase nok sukke. Due, tige minggu gok ah, nok ke rede. Kelih ke gere mesti suke kerah, ingat tungging jatoh jerembab situ.Tengok aming nge ayoh ye mesti suke selok. Lame doh tok Imang nge Mok Ajie dok suke gitu. Bese gok, dudok atah kusi nok makang,sedih sokmo brase, aku kelih mung, mung kelih kaku. Gok tu nok berra air mate…bukang mende,sedih teringat ke anok cucu.

Sunday, February 6, 2011

Sistem Parking Automatik 'Rotary Type' Di Bandar Kuala Terengganu

Pengalaman baru bagi pengguna kenderaan di dalam bandar Kuala Terengganu apabila Sistem Parkir Automatik “Rotary Type” diperkenalkan mulai 3 Februari 2011, di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu. Ia adalah yang pertama seumpamanya di negara ini dan terbesar di Asia Tenggara.

Pencetus idea pembinaan parkir berharga RM 9.8 juta itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said telahpun merasmikannya baru-baru ini.

Wednesday, February 2, 2011

Tebuan Tanah Mem 'ambush' Ku

Baru jer sari aku post kisah ku disengat lebah lalat...... Adus... kesakitan ku bertambah lagi dengan sengatan tebuan tanah.

Tebuan tanah yang kelihatan kehitaman dan ada jalur kuning di sekitar sengatannya..... perghhhhhh..... sakitnya terasa..... kali ini terkena tepat di dada sebelah kanan.... ngat.. ngat... waser... Adakah aku wajar terima sengatannya itu..... Kuasa Allah... Hanya Allah yang Maha Mengetahui..... Dari Nya ku memohon maaf dan petunjuk dari Nya. Aku juga insan yang kerdil dan tak lepas dari melakukan kesilapan.

Adakah aku menganiaya binatang???

Salahkah kita memusnahkan ancaman yang mengganggu keluarga???

Ku bermohon perlindungan dari Mu, Ya Allah....


Monday, January 31, 2011

Adus!!!! Sakitnya Tanganku di sengat sang lebah

Pagi-pagi di hari lahirku ku terima satu hadiah hari lahir dari yang tak dijangka...
Bukannya santa claus omputeh tu datang bagi hadiah tapi LEBAH LALAT memberikan sengatnya tepat pada atas tangan sebelah kiri.... Arghhhhh..... bergegar sekejab Bilik Air rumahku.... Aduiii.... du... du..... Tercacak sengatnya atas tanganku.... Ku buang sengatnya..... auch...... Ku lihat lebah yang menyengatku... erm... dah terkapai atas lantai bilik air..... Ku curahkan air laju menuruni corong air lalu....

( betul ker lebah akan meninggalkan sengatnya ker kita dan ia akan mati sejurus itu - adakah ianya mitos ???)


Saturday, January 29, 2011

malam semakin panjang

malam yang panjang ... itu apa yang ku rasa di kala ini. duduk termenung bukan mencari ilham..... tapi terbangun di kala malam.. apa yang ku buat serba tak kena..... Ku capai laptopku... ku curahkan rasa hatiku.... kosong.... apa yang ingin ku coretkan.... masih lagi tercari-cari apa yang ku cuba sampaikan.....

erm....... keluh kesah menjadi tanda tanya, indahnya malam ini serabut perut didalamnya...Adakah dunia ini begitu adil untuk kita semua??? Adakah semua impian kita akan tercapai akan maksudnya.... tak terjangkau akal kita untuk memikirkannya. kekadang akal kita pun tak digunakan sepenuhnya.....


Thursday, January 27, 2011

Potensi Kenyir sebagai destinasi Bebas Cukai

DALAM tempoh kurang dua tahun, Tasik Kenyir sepatutnya berubah wajah. Mengikut perancangan kerajaan negeri Terengganu, Tasik Kenyir akan menjadi pusat pelancongan yang lebih terkenal berbanding sekarang dengan wujudnya kawasan bebas cukai serta pelbagai tarikan lain.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ketika mengumumkan rancangan itu berkata, Tasik Kenyir akan diisytiharkan sebagai kawasan bebas cukai pada 2012.

Tuesday, January 25, 2011

Lawak Kedai

Ader ser citer live kat Tranung

Ader sekali tuh time tulung abang kawang yer nege di kemamang, adela sorang customer mari beli di kedai runcit kitaorang. Time tu adik kawang jage keda.Abang kawang takdok, tubik meta gi bando. Customer tu banyok gok nok beli. Pahtu last2, time nak bayo die mitok gajut. Adik kawang cari gok la barang hok jenama gajut. Dok tau gajut simpan mmane. Lamer ngok cari, pahtu die kabo ker customer tu.....


Sunday, January 23, 2011

Komik Niaga Edisi 3

Assalamualaikum dan salam semua

Setelah pihak komikniaga melancarkan edisi 2 dengan jayanya pada 3 bulan lepas,
kini tiba masanya untuk saya kongsikan e-book terkini edisi ke - 3 untuk pembaca blog saya pula. Sebelum ni saya dah poskan edisi sebelum.

Tema edisi kali ini adalah " buat duit dengan produk fizikal ".

Bagaimana anda mahu buat duit???

Bagaimana Produk Fizikal mampu jana duit???


Tuesday, January 18, 2011

Kelas cakap terengganu

Nok kabo wi lalu, lorat ganu ni kurang common ah ngan orang2 luor...
Kalu dengar orang luor nak cakap ganu, pelik dengor,
Kadang2 banyak masuk Kelantang dalam ayat dier dari Tranung..
Orang sokmo konfius antare ganu n Klate.. ahah..

Monday, January 10, 2011

Sajok Loghat Tranung - Kalu Dulu

Mari kite pakak beli blede,
(Mari kita berpakat beli agar-agar)
Bukang beli berger,
(Bukan beli burger)

Thursday, January 6, 2011

Kalendar 2011

Tahun baru dah sampai.... padahal doh beberapa hari kita sambut tahun baru..... Mesti merioh.... Ader kengkawan yang berpeluang melihat percikan api.??.... bunga api menjelang tahun baru.... Kebetulan time malam tu hujan sikit, anak pulak dok berapa sihat. Pakat tengok kat dalam tv dah la... tu pun hawa-hawa nak masuk bilik tido...... kuang 3X

Azam baru..... Semangat baru.... Segalanya perlu diperbaharui..... Itulah yang kita patut usahakan di tahun baru ini... Semoga kedatangan tahun baru kita lebih beretika, senyum sokmo orang tranung royak.

Mungkin kengkawan masih tercari-cari kalendar 2011 terbaru..... Klik jer kat TITLE atas tu.... pastu download ar kalu dapat..... extract ar sendiri...... comey arr.... jangan segan segan nak amik tau..... besor..... lagi besor kalu print A3..... atas bijok pandai kengkawan.... Apa pun terima kasih atas jasa Kedai Kreatif yang memberikan secara percuma kepada saya untuk dikongsikan bersama dengan pembaca blog saya. nak tepek di dinding..... di dahi..... seme dapat sebab resolusi dia terang nerang..... pelajor pelajor lagi suka sebab design yer menarik... tertarik.... saya tak lebong..... memang cun.... muahhhhhhh....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online