klik atas

backlink

gambar laju

Wednesday, December 7, 2016

Penjagaan Gear Auto dan Tips



PERJAGAAN GEAR AUTO DAN TIPS TERKINI PENGGUNAAN GEAR AUTOMATIK

JIKA anda sayangkan kereta yang anda beli dengan harga puluhan ribu ringgit dan bertahun-tahun menanggung hutang, Sila baca hingga habis artikel ini...

1) Kebiasaannya kereta AUTO ada enam “step” gear. Bermula dengan P, R, N, D, 2, L (bergantung kepada model kenderaan) kebiasaanya tiga step di bawah "N" nombornya berlainan tetapi fungsi tetap sama.

Tekan tombol semasa menukar:
P > R
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D
Jangan sesekali tekan antara:
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

KENAPA?

Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear. Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak. Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear terus ke R.

Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear, kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. Akibat pertukaran mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan tombol gear.

Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat.

Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P – Parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat.jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.
R – Reverse, untuk mengundur kereta anda.
N – Neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.
D – Drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive – gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj.
3 – Setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3.
2 – Ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu.
L – Low gear, gear pertama.

ketahui lanjut : Cara masuk Gear Kereta

Thursday, November 24, 2016

anugerah fuskas Faiz Subki gol ajaib



KUALA LUMPUR: Pemain bola sepak Pulau Pinang Mohd Faiz Subri disenarai pendek untuk Anugerah Puskas FIFA 2016, sekaligus menyertai senarai 10 pemain bola sepak yang tercalon untuk anugerah yang mengiktiraf gol terbaik daripada puluhan ribu jaringan gol sepanjang tahun.

Ketika aksi Liga Super di Stadium Bandaraya pada Februari lepas, gol hasil sepakan percuma yang dilakukan Mohd Faiz dari jarak 35 meter melencong masuk ke gawang gol ketika membantu Pulau Pinang menang 4-1 ke atas Pahang.
Berikut 10 jaringan yang calonkan bagi Anugerah Puskas FIFA 2016:
  1. Mario Gaspar (Sepanyol) - 13.11.2015, Spain V England, persahabatan antarabangsa
  2. Hlompho Kekana (Afrika Selatan) - 26.03.2016, Cameroon V South Africa, Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika
  3. Marlone (Brazil) - 21.04.2016, Corinthians V Cobresal, Copa Libertadores
  4. Lionel Messi (Argentina) - 21.06.2016, USA V Argentina, Separuh akhir Copa América Centenario
  5. Neymar (Brazil) - 08.11.2015, Barcelona V Villarreal, La Liga
  6. Saúl Ñíguez (Sepanyol) - 27.04.2016, Atlético Madrid V Bayern Munich, Liga Juara-Juara Eropah
  7. Hal Robson-Kanu (Wales) - 01.07.2016, Wales V Belgium, EURO 2016
  8. Daniuska Rodríguez (Venezuela) - 14.03.2016, Venezuela V Colombia, Kejohanan Bola sepak Wanita B-17 Amerika Selatan
  9. Simon Skrabb (Finland) - 31.10.2015, Gefle V Ã…tvidaberg, Liga Allsvenskan, Sweden
  10. Mohd Faiz Subri (Malaysia) - 16.02.2016, Penang V. Pahang, Liga Super Malaysia
Undian bermula pada Isnin sehingga 2 Disember, di mana tiga gol yang mempunyai undian tertinggi akan diumumkan.

Undian akan dilakukan sekali lagi diantara tiga gol ini sebelum pemenang akan diumumkan pada anugerah The Best FIFA Football pada 9 Januari 2017.
Jom rakyat Malaysia... kita memberi sokongan kepada Mohd Faiz dan MENGUNDI DI SINI. 

Thursday, September 15, 2016

Biri biri bukan kambing

Kuala Lumpur: Kekeliruan istilah menyebabkan ramai yang beranggapan bahawa perkataan ‘lamb’ dan ‘mutton’ merujuk kepada daging kambing sedangkan ia daging biri-biri yang mengandungi kadar lemak yang tinggi.

Dengan kadar lemak sehingga 12 peratus daripada keseluruhan dagingnya, biri-biri yang biasanya dimasak di restoran atau dijadikan ‘kambing golek’ pada majlis tertentu, ia tidak sesuai untuk mereka yang menghidap tekanan darah tinggi berikutan kolesterol tinggi.

Pensyarah Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Azhar Kasim berkata, daging biri-biri matang dipanggil ‘mutton’ namun salah faham istilah itu menjadikan masyarakat menganggap mereka makan daging kambing.

“Dari segi istilah, kambing dipanggil ‘chevon’ manakala biri-biri muda ialah ‘lamb’. ‘Lamb chop’ dari segi istilah merujuk kepada daging biri-biri muda dan bukannya kambing.

Saturday, August 27, 2016

This Too, Shall Pass

THIS TOO , SHALL PASS

Satu hari.. Mari sorang hok bijok..

Mitok tulong kpd sorang Tukang Emas hok Vetereng wak cicing Dan tulih sesuatu dalang cicing tu
Sang bijok tu berkata

" tulih r sesuatu hok buleh menerangkan seluruh pengalamang dang perjalanang hidup tokki ( tukang mah ni Tue doh ) supaya buleh jadi pelajaran dan panduan pade hidup ambe pulop...."

Wednesday, May 4, 2016

Kuliah Maghrib : Hukum gi Funfair

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Shortnote kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus di Masjid Titian Baru Kedai Buloh Trg.

Selasa | 3.5.2016

Kitab 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman
m/s 77

Hadis ke 34

1. Peristiwa akhir zaman bukan nk kiamat cume ianya peristiwa yg berlaku pada hujung dunia. Kadang2 kita salah faham peristiwa akhir zaman dgn alamat kiamat lain lain tu. Jangan tertukar pulok. Tp keduanya ada kaitan. Tanda pertamanya bumi nak kiamat ialah lahirnya Nabi yg terakhir yakni Nabi Muhammad saw.

2. Hadis drpd Huzaifah Al Yaman yg tinggal di Yaman, Hufaizah ni sahabat nabi, Huzaifah kata Nabi kata " Islam ni akan 'dawah' akan luntur akan 'season' atau akan tua, dawah ni mu reti dok bahasa tranung?Dekpung sibuk nk ckp KL wak naik la budaya tranung,g KL xdok mslh tp biar r cakak tranung selagi mana org yg berurusan dgn kita tu paham kite cakak. Ke guana?

3. Maka islam pun akan dawah krn lama kelamaan islam itu sudah tidak diketahui olih penganut penganutnya, suatu masa nanti akan ada org dok reti bab smyg hinggakan ade dok smyg, raja pun ada dok reti smyg, org blajo tggi pun dok reti smyg, erti smyg pun dok tahu, mu tahu dok? mu hok paka serbang tahu dok erti smyg? dok tahu? tu paka serbang doh or, mari dgr sokmo duk depang skali dokleh jawab doh, hok duk blkg sohbeng kata ah hok depang kali dokleh jawak doh. Kalu dok mari dgr lagi ah dokleh jawab, sbb tu wajib mari dengor krn fardhu ain kalu tinggal berdosa. Banyoknye alasan xmbuh mri sejid bile mati baru sibuk nk mari myg mayat sejid.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online