klik atas

backlink

gambar laju

Thursday, December 3, 2015

Azam Sayang Ibu

Saturday, November 28, 2015

Selamat Datang ~ 21st Century ~

Friday, November 20, 2015

Anggota ASEAN 2015

FAKTA ASEAN

Moto : Satu visi, Satu Identiti, Satu Komuniti
Ibu Pejabat : Indonesia
Setiausaha Agung : Le Luong Minh (Vietnam)
Ditubuhkan : 8 Ogos 1967
Mesyuarat tahunan dalam kalangan negara anggota ASEAN membincangkan pelbagai aspek termasuk ekonomi, politik dan kebudayaan.
Sidang kemuncak sulong diadakan pada Februari 1976 di Bali.


AGENDA UTAMA

Sebanyak 10 sidang kemuncak akan diadakan termasuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-27, Sidang Kemuncak Asia Timur ke-10 dan Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga (China, Jepun, Korea Selatan)

Kelahiran Komuniti ASEAN pada 31 Disember 2015, satu peristiwa besar dalam sejarah pertubuhan berusia 48 tahun itu yang akan dicatatkan di Kuala Lumpur menerusi upacara menandatangani satu deklarasi oleh pemimpin rantau berkenaan.
Mereka juga dijngka mengeluarkan sati lagi dokumen yang merangka haluan ke hadapan bagi Komoniti ASEAN dalam tempoh 10 tahun akan datang hingga 2025.

Dua deligasi bakal ditandatangani iaitu Deklarasi Kuala Lumpur Berkaitan Penubuhan Komuniti ASEAN dan Deklarasi Kuala Lumpur Berkaitan ASEAN : Maju Bersama-sama.


ANTARA ISU BAKAL DIBINCANGKAN

Usaha menentang keganasan dan ekstremisme

Perkara berkaitan isu Laut China Selatan

Pemerdagangan manusia

Masalah jerebu bermusim


ACARA SAMPINGAN

Persidangan Inovasi Perkhidmatan Awam ASEAN

Sidang Kemuncak Pemimpin Muda ASEAN

Sidang Kemuncak Bisnes dan Pelaburan ASEAN 2015

Program untuk isteri pemimpin menampilkan beberapa acara menarik seperti sesi mengenai Suara Wanita ASEAN : Meninjau Peluang Perniagaan untuk Wanita Desa.

Acara masakan dan budaya ASEAN.

Monday, November 9, 2015

Bajet 2016 dalam Pasaran Hartanah



Bajet 2016 telah pun selesai dibentangkan.. Banyak pengumuman yang menarik untuk  sesetengah pihak dan antaranya adalah pengumuman kenaikan gaji minimum kerajaan dan swasta dan juga beberapa pengumuman berkaitan isu perumahan yang menjadi antara tumpuan utama kerajaan.  Topik utama berkaitan perumahan yang dinanti-nanti seperti Rumah Mampu Milik, PR1MA, Rumah Mesra Rakyat (RMR) juga antara yang diumumkan oleh Perdana Menteri.


Dalam isu perumahan, antara intipati pembentangan Bajet 2016 adalah:-

Friday, November 6, 2015

Rumah Mampu Milik di Terengganu

Berita baik untuk warga Terengganu....

Berita baik untuk warga Terengganu...

Berita baik untuk warga Terengganu...

Cepat... Cepat,....Tarikh tutup 30hb November 2015

Sistem Pendaftaran Terbuka

Rumah Mampu Milik (RMM) Terengganu dibuka sekarang...... apa lagi... klik la....

Sunday, October 4, 2015

Jenis-jenis Seni Silat di Malaysia



Sehingga kini, telah direkod / dikenalpasti terdapat sebanyak 360 jenis silat yang diamalkan dan mempunyai pengikut terutamanya di Malaysia. Wow...Banyak betul tu Tapi tak semua jenis silat tu kita ketahui atau biasa dengar sebab ada yang terdapat di negeri2 dan kawasan tertentu dan tak ada kat tempat lain. Pengamal ilmu persilatan daripada mana-mana aliran pula sememangnya mempunyai kemahiran dan ada yang telah menguasai lebih daripada 1 jenis ilmu persilatan. Ini sama ada kerana minat atau ingin menimba lebih banyak pengalaman dan kemahiran oleh sebab setiap silat mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Dalam gerak jurusnya pula gerakan tubuh adalah bebas saja baik ke hadapan, ke belakang, ke kanan, ke kiri, dengan gerak lurus atau gerak sendeng atau rencong semua boleh dan bebas belaka mengikut situasi serta tempat bergelut serta keselesaan diri manusiawiyahnya. Kedudukan dan pergerakan tuboh juga bebas tidak terikat dengan satu-satu kaedah kedudukan persilatan sahaja, ia menggunakan gerak manusia sejatinya – boleh bertukar bila-bila masa saja asalkan dirinya selesa untuk membuat belaan, serangan atau LARI.

Kedudukan tubuh juga mengikut situasi tempur atau pergelutan dan situasi tempat bertempur samada di kawasan lapang, kawasan sempit, di darat, di air, di bukit, di lembah dan sabagainya dengan kedudukan dan gerakan sama ada baring terlentang, terlungkup, berbaring pada lambong kiri atau kanan, keadaan bersila, bersila panggong atau pun bertinggong, duduk berlutut, berdiri dalam keadaan berbongkok, berdiri berkekuda atau berdiri tegak lurus terpacak sahaja atau pun apa saja kedudukan biasa manusianya ia tetap boleh bergelut atau bertempur jika diserang oleh musoh ketika itu dengan menggunakan seluruh alam diri persilatannya. Wallahu`alam.

Sunday, September 20, 2015

Blogspot.com berubah jadi Blogspot.my

Setelah google berubah wajah, korang perasan tak anime4nz.blogspot.com berubah menjadi anime4nz.blogspot.my pulak.


Perubahan ini untuk lebih spesifik lagi untuk platform blogspot kepada sesebuah negara. So, sesapa yang menggunakan platform blogspot.com, semua akan berubah kepada blogspot.my secara rasmi. Begitu juga dengan negara2 luar lain. contoh terdekat Singapura akan bertukar ke blogspot.sg

Kod internet .my khusus untuk negara MALAYSIA

Menurut para blogger kenalan, perubahan ini dibuat sebagai satu kaedah kerajaan Malaysia menyekat penerbitan perkara2 yang terlarang seperti lucah, fitnah, hasutan dan sebagainya melalui laman sosial. Ini mungkin benar, memandangkan MYNIC merupakan agensi yang mengawal kod domain internet .my.

Yang menggunakan domain sendiri tak payah la nak risau. Berbayar... mestilah kena jaga.... Memang anda tidak kena apa-apa effect dari penukaran url ini. Yang jadi masalah dan ralat, blog yang free macam anime4nz ni la.... Dulu lagi saing bagitau pastikan beli domain... kalu tak nak domain kau berubah... degil.... haha...

Makanya dengan perubahan ini, kita dapat tahu dari mana sesebuah blog itu berdasarkan dot yang belakang tu kan. Perubahan yang bagus juga ni..... Seawalnya mungkin ada masalah..... tapi rasanya dah lama pertukaran dot.com ke dot.my ni... so pihak google, blogspot, nuffnang, alexa and so on mesti dah alert masalah ni.....dah solve dah pun ekkk....

Takut ke SEO, trafic blog dan iklan anda terKESAN dengan perubahan ini..... Boleh ja anda google nak tukar ke dot.com semula...... Tapi anime4nz rasa tak perlu kut lagi, nampak macam kita sayang negara sikit... (kalu beli dot.my ni MAHAL tau....) rugi... rugi.... ru.... gi........ ahakssss

Klik ja anime4nz.blogspot.com tu..... dengan automatik anda akan dibawa ke anime4nz.blogspot.my

So ... link kita masih okay... masalah solve..... done.... TK

Anda ada masalah ngan blog anda? adsense anda? Iklan anda? Jom kongsikan, BOLEH?

Wednesday, September 16, 2015

aktiviti budak zaman dahulu yang belum dirasai

BERIKUT INI 100++ AKTIVITI BUDAK BIJAK ZAMAN DAHULU YANG BAHAGIA DALAM HIDUP YANG BUDAK ZAMAN INI TAK DAPAT RASA.

Hidup dah berubah....atau zaman dah berubah.....  rasa-rasa ada tak lagi game yang korang pernah main zaman dahulu..... zaman sekarang dah kenal PS 2 3 4......  

harap kita tak hilangkan tradisi..... tak hilangkan game kita zaman kecil.... mana yang tak pernah dengar dan main tu... lepas ni bolehlah bermain......

Wednesday, July 1, 2015

Rumah Kedai 2 Tingkat di Pekan Jabi, Besut, Terengganu




Lot rumah kedai 2 tingkat untuk dijual. Keluasan 20' x 60'.
Tingkat atas siap dengan 1 bilik, ruang dapur, 1 tandas.

UPDATE !! (HABIS TERJUAL)

Jangka siap 2016. Bagus untuk melabur.
Sebagai aset masa depan, Pekan Jabi akan menjadi bandar baru masa depan.

Lokasi di sebelah kedai Satay Lanang. Tepi Jalan Utama, berhampiran Stesen Minyak dan sekolah.
Harga promosi : RM 364,000. Siapa cepat dia dapat.
5% potongan bumiputra
Proses urusan pinjaman perumahan, peguam dan runding cara disediakan.

Kami sedia ke tempat anda untuk urusan tempahan lot dan ambil dokumen.
Deposit : Rm1,000.00 shj
Nadia : +6014 811 4452
Suha : +6019 940 7028
Pej : +609 617 3405 / 6405

"Pemaju Hartanah Berdaftar" 

Layari Laman web kami untuk projek perumahan lain. Tk 



Thursday, June 18, 2015

Ulangkaji Bab Puasa

Alhamdulillah.... dah masuk  bulan Ramadhan... Satu bulan yang dirindui oleh semua ahli ibadah ... satu bulan yang lebih baik dari 1,000 bulan.

Jom anime4nz kongsikan fakta ringkas dan padat yang diperolehi dari pencarian, sebagai ingatan dan ulangkaji kepada semua para pembaca blog anime4nz.





Wednesday, May 27, 2015

Rumah Berkembar Mampu Milik di Manir, Kuala Terengganu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
PELANCARAN
🎉PROJEK TERKINI KOPERAT🎉
Taman KOPERAT Peradong,
Banggol Peradong, Manir,
Kuala Terengganu.
[Satu Projek Perumahan Berkonsep Rekabentuk Yang Moden]

╰☆╮Unit Terhad & Harga Berpatutan.
╰☆╮Rumah Semi-D 1 Lapis

√v^√v^√♥  Fasa 1D (28 unit)   √v^√v^√♥
╰☆╮Luas Tanah : 35' x 75' (2,625kp)
╰☆╮Luas Rumah : 26' x 45' (1,170kp)
╰☆╮4bilik tidur 2bilik air
Ruang Tamu yang luas, Ruang Makan yang selesa, siling kapur, tile seluruh rumah, dapur basah n kering

RM 295,000.00 RM 353,000.00
5% diskaun kepada bumiputera

Jangka mula : JUN 2015

Amat sesuai kepada yang berminat untuk dijadikan kediaman sendiri atau dijadikan aset, pelaburan dll.
Proses urusan pinjaman perumahan, peguam dan runding cara disediakan.
[Pinjaman 100% bagi yang layak]

Kami sedia ke tempat anda untuk urusan tempahan lot dan ambil dokumen.
ƸӜƷ  Deposit : Rm1,000.00 shj
Nadia : +6014 811 4452
Suha : +6019 940 7028
Pej : +609 617 3405 / 6405
Facebook/koperat
www.koperat.com.my
®Layari Laman web kami untuk projek perumahan lain. Tq





Tuesday, May 5, 2015

HUDUD : Persoalan dan Jawapan

Apa itu Hudud ?

Hudud adalah sebahagian dari *undang-undang syariah di bawah bab Kanun Jinayah Syariah.

[*Undang-undang Syariah ; terkandung didalamnya undang-undang jinayah, undang-undang munakahat, undang-undang iktisoddi, undang-undang perlembagaan islam dan banyak lagi undang-undang islam yang lain.]

Di bawah undang-undang jinayah / Kanun Jenayah Syariah inilah dibahagikan kepada 4 jenis hukuman iaitu HUDUD, QISAS, DIAT dan TAKZIR.

Apa makna Hudud ?

Batasan yang dibuat oleh Allah S.W.T dan ia tidak boleh dilanggar oleh sesiapa pun.

Apa itu Hukuman Hudud ?

Hukuman Hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah S.W.T. di dalam Quran/Hadith.

Apa yang nak ditakutkan dengan hudud... ?

Hudud dan Qisas.... Ini faktanya

Hanya melibatkan penganut beragama islam, orang yang bukan islam tidak terlibat, kecuali jika mereka memilih untuk terlibat.

Hanya orang islam yang telah dewasa dan sempurna akal fikiran yang terlibat. Kanak-kanak dan yang sakit mental tidak terlibat.

Apabila sabit kesalahan oleh Mahkamah Syariah.

Saturday, February 7, 2015

cara siang atau belah pari / tuka / ketuka

Assalamualaikum ...

Hari nie rasa nak kongsi cara - cara nak menyiang ikan pari / tuka kepada pembaca anime4nz.....Rerase dah banyak artikel mengenai cara-cara menyiang ni kan... Tapi try la jugak google... rupanya tak banyak la pulak...

[Pari = Besar]
[Tuka/Ketuka = Kecil]

Kebetulan ada terbeli semalam 2 ekor 'tuka' kecil.... So... isteri tak berapa pandai menyiang ikan nih... Terlepaslah kepada bahu / tangan yang kasar nih... hehe..

Oh ya.. sebelum anime4nz teruskan.. Nak juga kongsikan sedikit petua atau cakap-cakap orang lama mengenai ikan ni.... Siapa biasa dapat makan / beli pari atau tuka berbau hancing.... Apa sebabnya ya.. Jika terbau hancing... mak aihhh... tak payah makang la.... nak makan kene tutup hidung arrr... tapi rasanya pulak mari di lidah....

Antara sebab-sebab ikan pari / tuka / ketuka berbau hancing

1. Ikan pari nie macam perempuan jugak. Ia beranak dan bertelur. Ada ketikanya pari nie akan datang bulan. So bila pari nie datang bulan, satu badan akan berbau hancing.

2. Ketika siang ikan pari, terpotong bahagian pundi kencingnya, maka satu badan ia akan berbau hancing malah akan lebih teruk dari bau ikan pari yang datang period tu....


Thursday, February 5, 2015

Hikmah Musibah dan Rahsia Di Sebalik Dugaan

Assalamualaikum wbt..

Bile jadi nde2 (musiboh)..kite sokmo kate..sabo deh...ade r HIKMAH tu hok TUHAN nok bui..hok kite pahang HIKMAH tu adeloh KEBAIKANG KEBAHAGIA'ANG KENIKMATANG tuk esk2...kite pikir mukeng rezeki kite koho tamboh ke..pitih koho banyok ke.

Ade dok dalang rama2 nih kite dok tau dang mukeng dok tepikir lasong..HIKMAH tu adeloh merangkumi kesedorang tentang KESILAPANG kite dimase lalu..dang bile kite kene musiboh..kite pung mari deggak dalang hati,...APE BENDE HOK LAME KENING AKU BUAK..TUHANG MAROH DANG DOK SUKE KAKKU?

Cottoh la hok paling mudoh hok biase org rama kene...KETE RUSOK...dok kire la rusok nde2 pong..(kete lame tuh osoh kire la mmg byk nyakitang nye)...mmmm biase gop kite mari nittah lam palle kite..'nok kene paka pitih lebih la pulok bulang nihh..'..'macam tau2 je buleh gaji/bonus..ye wak pranga la pulok'..dang banyok lagi hok lam palle kite mase tu op?...tp kite dok ingat pong mase kite duk gune paka die tuh..kite bowok ye g mane? kite gune ye ngang tujuang nde?..mase bowok ye kite ade ke makihamung penggune jalangraye laing hok bowok pe br buleh pegang stereng tuh?

Selaing tuh..bukang pasal kete je..pasa KESIHATANG pong..pasa RUMOH pong..pasa KEHIDUPANG kite pong gitu la jugok...hok kete tuh cottoh je..makne kate SETIAP MUSIBOH TUH ADE HIKMOH MASING2 hok berkaitang dang dok berkaitang..

Hoo...cakap bab KESIHATANG pulok..rama doh kite tau op...kalu DEMANG tuh, nok HAPUH DOSE2 KECIK kite la op..jd kite kene pikir la...susoh hok kite buleh nih ibarat MENCUCI DOSE2 kite di mase lalu..maka kite sedo..kite insap dang kite rase nyesal doh..xmboh buat doh lagi...hok tu la HIKMOH SEBENO KITE..Allahurobbi....

“Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan; ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali.’ Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan-Nya, dan mereka ialah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Al-Baqarah: 156-157)

Khalifah Umar bin Khattab r.a. berkata: Sebaik-baik ucapan kemuliaan bagi orang yang ditimpa musibah adalah ucapan kedua ayat di atas, sebagaimana yang dijelaskan pula di dalam hadith Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:
“Tiada suatu musibah pun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin Allah, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya.” (HR Bukhari)

Di dalam hadith yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Apa pun yang, menimpa diri seorang mukmin dari kepayahan, kesakitan, kesusahan dan apa pun keresahan yang dirasakannya, melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian dari keburukan-keburukannya.” (HR Muslim)

Sabda Baginda lagi yang bermaksud:
“Tiada musibah apa pun yang menimpa diri seorang muslim melainkan Allah menghapuskan keburukannya (dosanya) walaupun duri yang mengenai dirinya.” (HR Bukhari & Muslim)
Imam Ahmad dari Yunus, dari Ibnu Saad, dari Yazid bin Abdullah, dari Amir bin ABu Amir, dari Muttalib, dari Ummi Salamah berkata: “Pada suatu ketika Abu Salamah mendatangiku setelah ia kembali dari menemui Rasulullah s.a.w., ia berkata: ‘Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang sungguh membuat saya berasa gembira, sebagaimana sabdanya, “Tidak ada musibah apa pun yang menimpa diri seorang muslim lalu ia membaca Istirja’ (Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un) pada saat musibah itu menimpanya, lalu ia berdoa seperti di bawah (melainkan Allah akan mengabulkan doanya);

Sesungguhnye hok baik mari dari ALLAH swt..hok dok molek tu dari ambe sediri...wallahu a'lam bissawab..

Dari Catatan Facebook.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online