klik atas

backlink

gambar laju

Saturday, September 13, 2014

Bahagian Pinjaman Perumahan (BPPPM) jadi Badan Berkanun

Tempah Rumah Dengan KOPERAT sekarang.... Anda Tidak Rugi sebelum ia benar2 terlaksana.....



BPPPM vs BANK


BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN JADI BADAN BERKANUN
Utusan Malaysia
8/9/2014

PUTRAJAYA 8 Sept. - Kerajaan bercadang menjadikan Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan sebagai sebuah badan berkanun bagi membolehkan sistem pengurusan yang le­bih sistematik dapat dihasilkan.Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata, cadangan penubuhan badan berkanun tersebut tertakluk kepada syarat Skim Pinjaman Perumahan dengan mengekalkan faedah sedia ada yang dinikmati penjawat awam.


"Pada masa ini, Bahagian Pinjaman Perumahan dengan perunding yang dilantik bagi proses pemerbadanan itu sedang menyediakan rang undang-undang penubuhan badan berkanun tersebut dan Skim Saraan Baharu untuk kakita­ngannya. "Perbincangan dijangka diadakan dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) apabila rang undang-undang itu diluluskan," katanya yang mengulas bantahan CUEPACS mengenai pemansuhan Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan tersebut.


Sebelum itu, Ahmad mengadakan mesyuarat tertutup bersama wakil Pergerakan Pemuda UMNO dan Suara Anak Muda 1Malaysia mengenai input Bajet 2015 di sini hari ini. Semalam, media melaporkan ura-ura Kementerian Kewangan mempertimbangkan cadangan memansuhkan satu jabatan di bawahnya untuk digantikan dengan sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) atau institusi kewangan bagi menguruskan pinjaman perumahan penjawat awam. Dalam pada itu, Ahmad berkata, kenyataan CUEPACS berhubung pemansuhan bahagian di kementerian tersebut adalah tidak tepat. Beliau menegaskan, kerajaan memberi jaminan pengurusan pinjaman perumahan di bawah badan berkanun tersebut tidak akan merugikan penjawat awam.

Posted by CUEPACS at 5:38 PTG

www.koperat.com.my

Saturday, August 16, 2014

Rafflesia Ditemui di Besut, Terengganu

Bunga Pakma atau Rafflesia, sejenis tumbuhan unik dengan bunga terbesar dan taburan sangat terhad di dunia ditemui di ladang penyelidikan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Pasir Akar, Besut beberapa hari lalu.

Pensyarah Fakulti Pertanian, Bioteknologi dan Sains Makanan UniSZA, Norhayati Ngah menyifatkan penemuan itu membuka ruang kepada penyelidikan spesies tersebut di samping tumbuhan tradisi yang lain.

“Belum pernah penemuan sebegini dilaporkan di sini dan ini suatu khazanah alam yang berharga. Kajian boleh dilakukan dari segi ekologi, pemulihan atau pengekalan termasuk melalui pembiakan.

“Difahamkan, tumbuhan ini yang mudah melalui proses pereputan jika disentuh tidak boleh hidup apabila diambil atau dipindahkan ke tempat lain manakala pembiakannya berlaku secara semula jadi.

“Dalam kalangan masyarakat kita, bunga Pakma dikaitkan sebagai tumbuhan herba terutama bagi kegunaan wanita. Justeru, kajian lebih mendalam mengenai potensinya boleh dijayakan kelak,” katanya semalam.

Thursday, August 14, 2014

Sertai Askar Wataniah

SERTAI ASKAR WATANIAH

Permohonan Askar Wataniah

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Individu yang ingin berkhidmat dalam Askar Wataniah sama ada sebagai anggota biasa (Lain-lain Pangkat) atau pegawai mesti memenuhi syarat-syarat asas seperti berikut:

Warganegara Malaysia.
Berumur antara 18 hingga 40 tahun.
Sihat tubuh badan.
Lulus persekolahan sekurang-kurangnya Darjah 6 (Lain-lain Pangkat) atau lulus Sijil Pelajaran Malaysia sekurang-kurangnya Gred 2 (Pegawai).
Penerimaan tertakluk kepada keputusan tapisan keselamatan (tiada kes jenayah).


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Mempertahankan negara adalah tanggungjawab setiap warga. Jika anda terpanggil untuk sama-sama memikul tanggungjawab ini, anda hanya perlu mendaftarkan diri di pasukan-pasukan berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen berikut:

Salinan Kad Pengenalan Awam.
Salinan Sijil Warganegara (Jika ada).
Salinan Sijil Kelahiran.
Salinan Sijil Nikah dan Surat Beranak Anak (Jika berkahwin).
4 Keping Gambar Warna Ukuran Pasport.
Salinan Sijil-sijil Akademik/Tamat Persekolahan.

Tuesday, August 12, 2014

Pasaran Rumah Di Terengganu

SEMEMANGNYA isu harga pasaran rumah di Terengganu yang meningkat kini menjadi isu paling menjadi perhatian bagi rakyat selain kos sara hidup yang semakin tinggi.

Umum mengetahui, pasaran barangan binaan perumahan dikawal oleh sebilangan pengilang, kos bahan binaan, upah pekerja, manipulasi oleh spekulator hartanah, harga / keuntungan kontraktor atau sub-kontraktor dan kawasan tumpuan penduduk itu sendiri.

Bukan setakat rumah harga rumah, harga makanan di terengganu dah meningkat naik ... ada perasan tak?

Apa sebabnya kenaikan harga di terengganu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online