klik atas

backlink

gambar laju

Thursday, March 20, 2014

Skim Myhome 2014 bagi Subsidi Rumah RM30,000

Kerajaan akan menawarkan bantuan subsidi maksimum sejumlah RM30,000 bagi membeli rumah kos rendah kepada rakyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah menerusi program perumahan yang dikenali sebagai “Skim MyHome”
Skim My Home itu akan dilancarkan 1 April ini dan program yang membantu rakyat itu akan mensasarkan pembinaan 10,000 unit rumah bagi tahun 2014


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat pertama Majlis Perumahan Negara, yang dipengerusikan beliau sebelum ini.
Beliau berkata mesyuarat juga bersetuju memperuntukkan RM300 juta tahun ini bagi menjayakan program berkenaan, yang disasar untuk melibatkan 10,000 unit rumah.
Katanya menerusi program itu, subsidi akan diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli pada harga rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri.
"Misalnya kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat itu di bangunan Perdana Putra di sini-BERNAMA

Friday, February 21, 2014

cara bunuh nyamuk



CARA BUNUH NYAMUK (BUATAN GENIUS)
==========================
Bunuh nyamuk di sekitar rumah versi genius. Cubalah.

Bahan-bahan :

• 200 ml air
• 50 gram gula merah
• 1 gram ragi
• botol plastik saiz besar

Langkah-langkah:

1. Potong botol plastik ditengah-tengah. Simpan bahagian atas/mulut botol.
2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga sejuk kemudian tuangkan ke dalam potongan bawah botol.
3. Masukkan ragi. Tidak perlu dikacau. Tujuannya untuk menghasilkan karbon-dioksida.
4. Masukkan potongan botol bagian atas sebelum ini dengan posisi terbalik seperti corong.
5. Lilit keliling botol dengan tape hitam atau kain, bukan di bahagian atas botol dan letakkan di bahagian sudut rumah.

Dalam dua minggu, anda akan melihat sejumlah besar nyamuk yang mati di dalam botol.

Selamat mencuba.

Saturday, January 18, 2014

Kenangan anda zaman budak-budak

Apa kenangan anda zaman menjadi budak-budak?

1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.

2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle' , rasa hebat.

4. Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.

5. Lukis burung guna huruf 'm' dan 'v'.

6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

7. Masa kecil fikir bentuk hati macam bentul 'love'

8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.

Wednesday, January 15, 2014

Rumah Berkembar 1 Lapis di Banggol Peradong, Manir, Kuala Terengganu

Pemaju Perumahan

Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn. Bhd.
(KOPERAT)

Rumah Berkembar 1 lapis

Banggol Peradong, Mukim Belara, Manir, Kuala Terengganu

28 unit

35' x 75'

RM 250,000.00 - RM 305,600.00

www.koperat.com.my

facebook / koperat








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online